Tinggal sehari je lagi..
takde la sehari, tapi dah setengah hari.. lagi 9 jam je.
Semalam aku jumpa parents aku di Swiss Garden dah seminggu sebenarnya mereka di KL tapi baru semalam aku berkesempatan jumpa. Alang2 mereka pun celebrate la birthday in advance di hotel. Bapak aku tak tau nak g mana konsep malas nak jalan so dinner je la kat restoran hotel.
Tempat yang dituju.. kami pilih menu ala carte je, malas nak berbuffet2 memandangkan aku tengah diet ketat.. chewahhhh!! korang percaya laaa aku diet..
Nasi goreng kampung bertahtakan telur mata kerbau seketul, bersisikan satay ayam dan dihiaskan dengan sayur-sayuran mentah. Sedap okey!! ayam berketul2 harga pun berketul2 laaa.. aku suap 2 sudu je, kang bapak aku marah makan banyak2.
Fav food mak aku, beehoon kongfu.. memang marvelos, penuh dengan ayam dan udang 3 ketul.. jadi la kannn!! dan makan bersama cili padi jeruk.. fuhhhhh!! lazat juga dan tukang habiskan makanan.
Ya dan inilah dinner pilihan aku, grill chicken bersama puluhan jejari kentang dan beberapa ketul sayur-sayuran. not recommended sebab tak terasa sangat black papernya.. tapi boleh laaa sedap juga.. so diet tak makanan aku? hahahaha
Lepas makan sudah pastilah masa untuk menyampaikan ucapan dan pesanan utk bday girl.. bday girl tak sesuai ok, wanita bekerjaya comel cantik meletop dan diva equine. Jijon bagi i merasa jadi diva equine sekali je sempena umur i 30han.
mama: ni dah masuk 30, semayang tu jangan la tinggal.. kat opis tu semayang jgn lupa. Ouuuccchhhh bagaikan tertusuk paku, kayu dan segala macam benda yang tajam ke dada aku.
aku: baik ma. (ya, ini benda pertama yang aku nak ubah selama ini.. mencari keredhaan Allah)
mama: kaklong taknak sambung study ke?
aku: nak!
mama: kat mana?
aku: UITM je la.. senang dekat, mama nak sponsor ke?
mama: insyallah, taknak belajar kat luar negara?
aku: terkedu!! tgk la dulu.
nasib baik mereka tak tanya bila nak kahwin, kalau tanya, time tu juga aku akan menangis bercucuran air mata dan meratap macam orang kehilangan suami. hahaha!! amboi mentang2 la sponsor nak hantar jauh terus. aku memang teringin nak ke uk, jepun ke, australia ke.. nak start tu malas.. GGO jom sambung study!!
5 comments:
waaa...
diet laa sangat..
meh juin aku diet meh...
Owh...
heppi besdei yang advance..
walopon sebaya ngan aku..tapi aku hujung taon nie baru genap 30..
masih lagi 20 an... ngeh ngeh ngeh...
pergi main jauh2 boleh.. ini blog jajahan umur 30han je.. hahahaha! ala masa aujinz akan tiba juga..
jom jogging weekend ni? :)
wahhh!!!! sure yu makan mushroom & carrot jek kan? kan ke diet? hahaha.
neway, Happy Birthday.
p.s: eh, mo jogging kt mana?{nada kepoci}
thxs sunplawer..
bayar mahal2 takkan makan cendawan ngan carrot jek! tak baik membazir hahahaha
jogging area bukit jalil.. indah la uoll jog dalam hutan simpan
jom jogging kt subang :p
ai dh xmo study..cukup2 la terseksa nk abiskan degree. tak mahu lg
Post a Comment