nuffnang ads

October 27, 2010

Pesta Cikwar

Masih dan masih lagi gambar2 dari pesta cikwar. Next entry juga kemungkinan besar gambar2 dari kenduri tapi makanan je. Esok aku akan mula bercuti sampai hari isnin. Maknanya akan banyak lagi gambar2 dari hp. Tunggu okeh!

Jom tengok gambar..

Lorang yang menghubungkan tempat makan pengantin dan orang ramai.

Hiasan dari endah ke n'dah aku tak ingat.

Fake fruit but nice.

Gambaran dari atas siling.

Rupa bentuk tempat makan beradab.

Masih lagi lorong.

Fresh flower.

Teka apa ni?

Hand bouquet. Anda suka, boleh tempah dengan makchu aku.

Hiasan tuk bilik.

Chantek!

Pelamin.

.. with chandelier

marron theme.

Selamat pengantin baru (basi dah pun)

October 24, 2010

Fish and Meatball

Gambar yang dah lama terperuk dalam hp aku. Lokasi di Ikea bersama t.linda n makcik aku. Sebelum shopping sudah tentulah melantak dulu. Aku teringin nak makan meatball yang lain makan ikan salmon. Aku tak berapa suka ikan salmon tapi kalau ikan kembong goreng garing makan ngan nasi panas letak sambal dan kicap pastu gaul.. pergghh terbaik! Lepas shopping makan lagi.. makan cakoi dengan air soya panas.

Ini t.linda punya.. 2 ketul tapi harga satu.

Ini makcik aku punya.. okla sedap juga tapi pastikan gravy banyak.

Nomm Nomm Nomm

Bau ikan.. hehehe

Mineeeeeeeeee!!

Aku paksa diaorang makan juga.. muak la makan byk2! amik yang 10 ketul lak tu.
Tamak!!

October 23, 2010

Minggu Pentest

Aku masih lagi di opis dari pagi sampai ke malam. Nak cuci mata barang2 kat pwtc pun tak sempat memandangkan ada kerja pembaikpulihan coding. Kerja aku adalah copy dan paste sanitze($_??) dan full cycle testing. Motif function adalah untuk cleankan speacial character supaya orang luar susah sket nak inject apa2 yang patut. Tapi bila sendiri test inject non adooo jadinya.

Akhirnya claim yang ditunggu berbulan2 sudah dicashkan. Duit tak masuk lagi tapi dah makan chicken rice shop 'grill chicken with butter souce' berharga RM19.20. Pastu shopping baju lak.. gara2 ikut si raf la ni!

Minggu depan dari Khamis sampai Ahad aku takde.. nyah kenanga sila jaga jajahan kita. Sila scan cikjan yang boleh di buat suami. Eh, suami tuk aku, tuk kauuuu? anak hekan boleh kann!!

Bila la nak ada kamera, tak perlu dslr, compact pun jadi laa.. 3.2 mp juga la yang berjasa utk aku selama ini. View kl di waktu malam!

October 21, 2010

Degil, Main Tahi Lagi!

Aku dah pesan banyak kali jangan main tahi, degil tak bertempat, padan ngan muka! Main tahi lagi.. busuk tau tak dah la geli! lain la kalau terpegang tahi sendiri.. takde la geli sangat macam terpegang tahi orang. Cukup2.. aku malas nak cerita panjang2.. buat sakit hati je.

October 19, 2010

Hantaran Gorges Part 2

Oleh kerana masa amat mencemburui aku, so, aku update secara ringkas sambungan dari pesta cikwar. Last week adalah pesta cikwar di sebelah lelaki. Sangat cantik! nanti aku upload gambar. Tante2 dan Om2 dari jakarta juga datang untuk memeriahkan suasana yang agak panas di hari pesta. Dah la kipas tetiba rosak.. Kerja aku sebagai penyambut tetamu, bila aku malas aku bagi sisa pada tetamu, bila malas lagi aku minum cendul.

Owh ya, sebelum terlupa thanxs to awek hot keramat kerana sabar dengan aku yang memang tak tau langsung jalan di kl. Dia, aku jadikan mangsa tukang penunjuk jalan. Rupanya menyetir ini sangat la penat! tapi tidak mengapa, habuannya aku dapat makan spegeti air tangan abg rambut.. hahaha!!

Selepas kenduri, aku bawa Anisa dan Israr jalan2 di kl dannnn buat pertama kalinya selama 30 tahun aku di dunia, aku menjejakkan kaki ke batu caves. Cousin aku ni jenis suka benda2 yang unik. Dah la berbaju kurung, agak kekok juga la kan! Kesimpulannya, dapat juga aku tengok tempat orang dari dekat. 1 Malaysia mehhh, so ok what! Nak harapkan aku pergi sendiri, terima kasih je la.. tapi nyah kenanga maybe pergi.. geng dia ramai! maybe jadi tukang foto.. merasaaa!!

Buat Anisa dan Israr, hope uoll happy di bawa nyetir sama kak dew. Sorry, kalau kalian penat di dalam kereta sambil kak dew mencari jalan ke mamak kembar di putrajaya. Sampe tersasar parah! Jangan serik ya.. datang lagi ke Malaysia, bisa makan2, bisa ke pulau dan lain2 bisa.

Ok, gambar pula..

Ada jambu air, baby tomata, kiwi dan strawberi.

Diceriakan lagi dengan menambah bunga.

Nomm Nomm Nomm

Campuran warna yang menarik!

Cincin..

Wang mas kahwin.

Nice to see, if broken consider sold.. :)

Wang hantaran.

Bunga itu flower

Chantek macam bunga!

Beg pula

Teka la harga? $$$

Sekian, terima kasih..

October 13, 2010

Hantaran Gorges Part 1

Masih lagi dalam suasana perkahwinan cikwar, kali ni aku nak post gambar hantaran yang digubah oleh makchu dan makanjang. Bertemakan ala garden dan warna pilihan adalah maroon. So, pada sesiapa yang rasa nak jadikan hantaran kahwin atau hadiah yang gorges, marbelos, bombastik, nak tambah ulat ke, nak tambah pasir ke, nak letak tali rafia ke, boleh lah email kepada dewman80@gmail.com.

Siyes, aku tak tau apa benda dalam kotak tu.
.
Coklat dan kek.

Cupcakes datang khas dari kuantan.

Sireh junjung ala moden, penuh bunga je dari sireh.. tapi hasil nahhh so beautiful.

Telekung sembahyang.. aku ada telekung yang sama patern macam gambar di atas. Pada sesiapa yang nak beli boleh inform pada aku. Aku beli kat Tanah Abang, Jakarta.

Kalau tak silap ada 11 dulang, eh jangan memain bukan dulang sebarang dulang tapi kristal yang datang khas dari poland. Pecah semua, 5 keturunan pun tak mampu nak bayar.

Balasan dari pihak perempuan. Tema pink tapi warna hijau yang lebih.

Memperkenalkan, Cikwar si pengantin lelaki yang sudah bergelar suami. Seronok ke? auuummmm!!

Memperkenalkan juga Si pengantin wanita, Ummi namanya. Ini adalah kali pertama aku jumpa orangnya.. kecil molek dan comel. Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu.

Tidak lupa juga, lauk kenduri.. ayam goreng paling lazat! Nomm Nomm Nomm.

October 12, 2010

10.10.10

Cik War's Wedding @ Kg Baru

Banyak aktiviti setiap minggu terutamanya aktiviti makan. Last Sunday, sepupu aku kahwin. Sekali lafaz je dah jadi suami orang. Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu. Sabtu ni majlis menyambut menantu perempuan pula. Makan lagi!

PC aku kat opis rosak.. hardisk problem. So, edit guna picasa.. sangat tak best!

October 8, 2010

Zivka yang Lucu

Zikva ni anak kepada Feda, sepupu sepapat aku di jakarta. Aku tak pernah jumpa dia, adik aku pernah la. So, nak di jadikan cerita, aku kenal dia di friendster ke facebook, sorry deh aku lupa di mana. Bermula detik itu, kami berdua semakin rancak berbual di facebook.

Baru2 ni, masa aku di Jakarta, buat pertama kalinya aku jumpa Feda dan Zivka. Tapi sayang aku tak berkesempatan untuk lepak di rumahnya, memandangkan keluarga dari Malaysia telah di bagi2kan tempat tinggal. Makayah aku di Cinere aku di Rawamangun.

Si puteri Zikva sangat la comel.. geram je tengok! aku ada hadiah tuk dia.. anak patung! Jom tengok gambar..

Lembu dan paper bag hello kitty..

Bye bye..

Memperkenalkan Zivka.

p/s: nanti aku post gambar homemade klappertaart goldies cheese almond dari Feda..

October 6, 2010

KLM Royal Dutch Airlines

Kali ni aku ke Jakarta naik KLM. Takde la mahal mana pun.. RM293 pergi balik. Lebih sikit je dari Airasia. Alang2 baik naik KLM tak perlu nak beli nasi lemak mahal kat Airasia tu. Esok mak aku ke Jakarta lagi.. ada kenduri kahwin anak tante wati.. naik MAS lak harga tiket RM303 je..

Lets tengok gambar!

Tengah tunggu yang lelain solat, aku ngan cousin layan hutan!

Makanan sudah sampai dari Malaysia.

Kuih gula hangus dan kerabu mangga.. Terbaik la kerabu mangga!

Nasi goreng plus sate ayam berkuahkan percik.. Marbelosss!!

Gatal, dah nak balik kl baru nak minum teh botol.. tapi air botol ni dah ada perasa.. tak sama, tak nikmat!

Makanan sudah sampai.. ni dari Jakarta.

Nomm Nomm Nomm

Apatah nama makanan ni.. tapi tak berapa la! Mak awek hot keramat yang tolong habiskan.

Nasi goreng ngan ayam masak merah.. Enak sihh!

Sudah hampir sampai.. ehh ada kuantan laaa :P

Penutup.. pisang salai bertahtakan hirisan cheeseeeeeeeee!! marbelos gila

Nuffnang Ads