nuffnang ads

March 31, 2011

Awan

Hari ini tiada gambar makanan. Aku hanya ada gambar Menara KL dan KLCC sahaja yang dihiasi dengan kepulan awan gemuk-gemuk. Cantik!

Siapa la agaknya yang sesat sampai ke blog aku. Dari Israel, agaknya apa dia tengok. Gambar makanan or dewman yang nak kata howt tapi macam tak pun.. hahahaha *fengsan


Sekian, itu sahaja untuk hari ini. Aku selalu letak gambar makanan kan? Si sunflower sudah tertipu, dia ingat dewman ni gigih masak lepas balik kerja. Owhhh tentulah tidak.. itu semua masakan makcik aku, t. linda, jojet, makayah aku dan kedai. Aku? kalau di hitung adalah 2..3 masakan dari semuanya :)

March 29, 2011

Lunch

Aku n the geng (budak2 opis) selalu di ajak 'cuci kereta' (hint tuk keluar makan tengahari) oleh brader bear. Alang2 cuci kereta, brader bear ajak la kami makan tengahari. Selama aku menjalankan aktiviti terlarang ini (terlarang sebab cuci keta bos yang besar itu dan ambil kesempatan dengan transport yang ada untuk jalan2) tempat makan yang kami pergi tak sah kalau harga tak melebihi 10 hinggit. Paling murah pun 8 hinggit.. ya aku pernah kena 8 hinggit untuk 2 lauk tanpa air di meja.

Bawah ni salah satu tempat yang mahal.. Aku tau nasi padang mahal tapi agak2 la kan. Murah lagi makan nasi padang dekat minang apa tah.. tapi area kampung baru.





Selamat menjamu selera.. makan juga walaupun dalam hati membebel sebab mahal. Walaupun kekadang aku tak kisah berhabis duit kat makan.. tapi kekadang membebel juga.

March 28, 2011

Orang Baru

Berakhir sudah Merlin season 3.. lepas ni tak perlu nak tunggu pukul 10.30 malam so, boleh la tidur awal. Dulu aku minat sorang je actor lelaki berketurunan omputeh ni.. now aku ada 3 orang.. wahh tamak!

Pertama jatuh kepada: Bradley James
Sebab suka: senyumannya



Kedua jatuh kepada: Chord Overstreet
Sebab suka: bibirnya yang fuhhhh.. seksi n besar..




Ketiga jatuh kepada: Colin Morgan
Sebab suka: dia cute walaupun skinny


Puckerman tetap di hati.. tapi dah nombor 4.. :)

Gambar, credit to google and facebook

March 27, 2011

Nasi Ayam

Makan bersama cyber dan kawan cyber. Nasi ayam pandan, Nasi ayam kari dan aku punya Nasi ayam kung pow. Suka hati bagi nama. Tgk la gambar.



March 22, 2011

Dating Bersama Ahli GGO

Buat pertama kali aku dating dengan GGO utk tahun 2011. Walaupun kami hanya berkomunikasi secara email berantai tapi kami tetap rindu untuk bersua, menatap muka masing2. Besar ke, lebar ke, kuncup ke.. jijon je maintain.. sakit tu!

Kami janji nak jumpa di Sunway Piramid pada pukul 10 pagi. Aku sampai pukul 10 lebih.. pastu jumpa si hsm bersama soljer.. call si sunflower terkejut mak ok, awal bebeno kalah kami berempat. Selalunya bila acara makan tengah berlangsung baru nampak si sunflower datang. Hehehe, tipu je jangan marah! Awal pun bersebab, si suami tak join. Patut la awal.

Lepas makan, gossip2 sket.. teman si sunflower berbelanja.. susah okeh nak cari baju saiz double, triple L ni.. penat, keluar masuk, bilik tukar baju. Ketat sana la ketat sini la. Sebab tu aku jarang beli baju atau seluar. Setahun ada la 3..4 kali. Sebab aku kumpul duit dulu sebelum nak beli baju. Oleh kerana saiz aku ni saiz omputeh, baju aku banyak kat butik2 seperti si mark dan spencer, doroti perkin ke, joan ke.. kedai2 biasa jarang jual baju besar.. nak beli kena g kat isetan atau parkson and so on.. baru ada.. paling murah pun scarlet plus. aku rajin juga beli kat blog.. blog plus size..

Dah la, panjang lak bercerita.. jom tengok gambar.. Aku sempat masuk kedai si mark dan spencer tu.. beli biskut.. kalau harga biasa belas2 ringgit tapi disebabkan dah mark down, harga jadi 7.90.. murah pun sebab expired bulan jun tahun ni.


Choc ni sedapppp.. tq to suami si hsm

Makan di thai2.. tomyam superb, daging lembut, sohoon kerabu meletup dan ayam pandan.. ermm so so je







Gambar kenangan kami bersama. Sayang anda semua

Patut Atau Tidak Patut

Aku bukannya nak pandai2, tapi aku teruja dengan kartun ni. Sabtu lepas aku bangun awal.. dah bosan online aku ngadap tv pula. dah bosan tengok csi, ncis, criminal mind.. b4 that aku tengok modern family.. mmg marbelos series ni! akhirnya aku tertengok kartun kat channel ntv7. Negima, anime dari Japan, aku baru google tadi..

Serius ke tak, apa yang aku tengok ni.. bukan calang2 kartun. Lain dari yang lain. Tak serupa langsung dengan kartun spongebob berseluar kotak tu. Kartun Negima ni aku tak nampak pengajaran yang nak di sampaikan untuk episode yang aku tengok la, episode lain aku tak tahu.

Aku ada amik gambar.. tapi tak berapa nak clear, rupanya camera aku selama ini di setting ke size kecil.






Episode kali ni mengisahkan siapa akan menjadi roommate kepada cikgu Negi. So, budak2 sekolah ni pun buat la undian siapa paling berat akan jadi roommate cikgu. Kalau ikut berat, aku paling berat dan paling sesuai duduk ngan cikgu Negi ni. Kannn!! Budak2 ni aku tengok macam naked je.. situasi kat swimming pool.

So, si Negi ni taknak la roommate baru, so disebabkan dia ada kepakaran magic.. dia telah membesarkan boobs si Asuna (kawan si Negi, student dan juga roommate). Bila dah besar dan berat, secara automatik Asuna la yang akan menjadi roommate si Negi. Budak2 lain teruja la tengok boobs si Asuna membengkak begitu besar sekali. Bukan setakat bengkak tapi meletup terus. Apakah pengajaran untuk budak2 dari letupan itu?

Overview

Negi Springfield is a ten-year-old wizard from Wales, who dreams of becoming a Magister Magi (Approximate Latin translation: "Master of Magic" or "Master Mage"), a special wizard who uses his powers to help normal people, using covers such as working for NGOs.

Negi's reason for becoming a Magister Magi is to find his father, Nagi Springfield, the legendary mage also known as the "Thousand Master", who is believed to be dead.

After graduating from the Merdiana Magic Academy in Wales, Negi is given a duty as a cover in the real world, and training, before he actually becomes a Magister Magi. That duty is to become an English teacher at Mahora Academy in Japan. The task will not be easy, however, as Negi will become a teacher to a Middle School class of 31 older girls, each very special in her own way. The series details his time and adventures in Japan as he gains acceptance and respect from his students, helps them in their problems, and faces magical threats from inside and outside Mahora Academy. Although each of the girls has her own back story and personality, Negi's main relationship is with Asuna Kagurazaka, his student and roommate, who dislikes him initially but later accepts him as a friend and becomes his partner, helping find clues about his father and his life.



March 21, 2011

Es di Sinar Garut

Aku sangat bertuah kerana berdarah kacukan dari 2 negara. Malaysia dan Indonesia. Statement taknak kalah, kacukan walhal seberang je. Percintaan antara arwah nenek aku dan arwah atuk aku, maka lahirnya ibu aku yang gorges dan pada tahun 1980 lahirlah pula anaknya yang masih single walaupun dah 31 tahun, besar tapi baik hati, comel, gebu, meletup, simple dan ayu.. ya itulah aku. Nangis!!

Aku ramai saudara kat sana. Jakarta ada, Bandung ada, Bogor ada, Bukit Tinggi ada. Kalau aku pergi sana, tempat tinggal dah ada, transport nak kemana2 pun dah ada. Makan minum pun ada. Senang bukan. Owh saudara aku kat sana cantik2 ya.. dan educated.. Aku tau ada cousin aku yang baca blog aku ni, thank you sebab belanja dan bawa dewman jalan2 di sana. Paling aku suka, food.. yes, food.

Gambar bawah ni, cousin aku Thia, bawa makan abc atau es kat mana? aku tak ingat.. tapi bukan restoran.. kedai kecil tepi jalan. Best!


Tak sempat nak rasa bakso.


Es kelapa.. ke nangka.. ke es buah.. tah tak ingat


Es avocado

March 19, 2011

Android Mini

Cute, tapi mahal. $122.50 - $249.99 untuk 12 ketul. Ada series 1 dan 2. Total up, boleh beli sebijik iPhone 3g. Harga tu aku check dekat ebay.com. Kalau seketul, kat Malaysia jual RM30++ tapi tengok jenis patung. Berbaloi kalau jenis suka kumpul, tapi memang aku suka pun. Nampak gayanya selamat tinggal ipad2 selamat datang Android Mini.. Bila, NON tahu! Berangan, simpan duit beli rumah lagi bagus. Dapat gambar pun jadi la. Apa kata birthday aku yang ke-32 nanti, setiap seorang beli satu. Bernaskannn idea!
Comelnyaaaaaaaaaa...

March 18, 2011

Makan Lagi

Tengok je la gambar..






Aku makan tempe, ayam goreng ngan ikan masak asam pedas. Total RM8.30 dan dapat diskaun RM0.30 sebab aku takde syiling.

March 17, 2011

Pecal

Seperti biasa, aktiviti makan di rumah makcik aku merangkap chef. Makcik aku masak pecal tapi pecal segara yang di terbangkan khas dari Jakarta. Kalau aku pergi sana selalunya cousin aku akan tapaukan bumbu pecal, tak pun pempek, atau ikan bilis+kacang goreng sambal. Macam tau je aku ni malas masakkan!






Ayam masak sos tiram. Terbaik!

March 16, 2011

Ewww Freak

Kartun macam ni takpe, tak menjejaskan semua pihak hanya yang tertentu sahaja akan terasa. Perli baik punya!


See, camna nak kurus.. :)

Nuffnang Ads