nuffnang ads

March 22, 2012

Random

Moh la kita layan picca ya.

Sekali lagi putehku dilanggar kereta orang di trafic light. Tak faham aku, kot ya pun nak cepat, takyah la nak laju2.. aku tau ko nak cepat sebelum lampu bertukar merah tapi akhirnya ko dah menyusahkan 2 buah keta yang lain. Ko lak sedap2 lari entah ke mana. Total RM450, thank you to Adam yang memberi kerjasama. Sangat mudah, jumpa, hantar bengkel, amik, settle. Cuma tetiba je lampu kat gear tu mati. Maybe wiring or mentol rosak. Keta aku diketuk, dicat dan diganti 2 biji sensor reverse baru.

Maggi sedap dimakan time sejuk. Fuhhh sluurrppp

Sayur goreng campur, aku masak. Ya, aku masak, napa luarbiasa ke? hahaha

Kekdahnya kalau bosan di opis. Apa yang ada kat atas meja aku ni akan dijadikan props tuk ditembak.

Lauk makcik aku masak, aku tapau bawa g opis. Kenyang, alhamdulillah.

March 19, 2012

PrtSc

Terima Kasih.


March 15, 2012

Makan Lagi ++






Makan-makan di Tawau bersama sahabat baik masa di kolej. Bai namanya. Rindu gila kat dia, kebetulan aku ada event kat sana so paksa dia turun kat event tu. Anak dah sorang, cute, petah, nakal dan pandai cakap cina. Suami dia, kawan aku juga tapi takde la rapat sangat. Kelakar la depa tu kalau teringat zaman2 belum kahwin.. merajuk, putus, sambung n so on la..

Aku makan oyster okey.. 1st time.. not bad tapi liat. overall makanan orang tawau masak sedap juga. Banyak n yang penting MURAH.

So, sekian.

March 8, 2012

Diet La Sangat!

Lunch aku selama 2 hari, diet la konon, tapi pagi belasah nasi suku, sayur dan ayam.. haisshhh!!


Roti berserat, sayuran dan ham (ayam)


Sayuran, ham (ayam pedas) bawah ada telur

Sekian.

March 7, 2012

Baby Octopus Sushi

Hamek kooo, berangan Jepun sangat! Bukan aku punya la, memba aku beli kat Jusco. Aku, no way nak makan sotong gulung2 camni.. geli tekak! Memba aku sibuk suruh try makan, aku try la satu tapi bukan yang ada sotong seketul atas tu, aku amik yang dah potong kecik2. Sebelum makan, aku suruh kawan aku amikkan, kang aku tengok sotong aku teringat lak aku tengah makan sotong tu.

Rasa?

Entah, rasa manis je.








Enjoyyyy!! huhuuhuhu

March 6, 2012

Terima Kasih



Kepada: MARA

Terima Kasih kerana sudi memberi pinjaman kepada saya untuk menimba ilmu di kolej. Terima Kasih juga kepada pihak MARA kerana telah mengurangkan jumlah pinjaman sehingga 90%. *Pandai la katakan, ops! Saya juga MINTA MAAF sebab suka bayar lambat, kejap bayar kejap tak, sehinggalah diberi notis BLACKLIST. Dengan perjanjian saya dengan MARA, akhirnya semua pinjaman telah HABIS dibayar. Alhamdulillah.. Saya BEBAS dari HUTANG.
TERIMA KASIH

*Aku bebas hutang sudahhhhhh..

March 2, 2012

Zam Zam

Terasa sekejap je minggu ni berlalu. Minggu ni adalah minggu yang paling aku depressed, frustated, benda yang aku ingat dah hantar tapi tak berhantar lagi, beria2 la suruh buat cepat, tapi action non ado.. cakap je lebih! Ada lagi, arrrghhh banyak la.. malas pikir, teruskan je selagi boleh bersabar.

Berharap dapat peluang di tempat lain. Aminnn!

Lunch tadi makan di Restoran Zam Zam dekat Jalan Tar. Memba suruh try sup tulang merah. Tapi end up makan nasi beriani ayam/kambeng dan murtabak. Overall rating aku boleh bagi 8/10. Meh tengok gambar..


Masa nak bayar tadi, aku baca la notis kat dinding tu, restoran ni tutup masa solat jumaat tapi non ado.. notis je


Murtabak terbaik dowhhhhhhhhhh!! RM8 yang kecil.. siap ada yang jumbo.. tak dapat mak nak bayangkan betapa besarnya murtabak jumbo.

Nasi Beriani ayam RM16, kambeng RM18.. sedap, lembut isi ayam.
Memba aku cakap kambeng pun lembut.

So, sila la cuba.. aku nak ulang balik.. nak try sup tulang merah lak.

March 1, 2012

Cartoon Camera


Saja je test guna cartoon camera.. takde la macam cartoon sangat.. byk guna strokes je.. untuk suka2 boleh la

Nuffnang Ads