nuffnang ads

August 28, 2011


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin to all who are celebrating & happy holiday to the rest. To all who's driving back to hometown, please drive carefully and have a safe journey.

August 25, 2011

Puasa ke-27

Sekejap je dah 27 hari berlalu, rasa sedih pula nak meninggalkan bulan Ramadhan. Macam tak cukup lagi nak tambah pahala. Aku balik kampung hari Isnin selepas kerja. Aku malas nak apply cuti sebab aku sayangggggg cuti.

Puasa ke-25, aku berbuka seorang di rumah. Aku tapau mee goreng ayam garing dan pedas versi mamak. Banyak gila sampai tak habis. Pembaziran sungguh.

Semalam, aku berbuka dengan sheleq dan adzra.. oh dengan adik sheleq sekali kila. Makan kat foodcourt klcc. Aku order beehoon kari.. meletop kebabowww.. sedapppp!! Lepas makan, kami window shopping. Dapat la aku beli beg dan kasut. Beg tu mak aku punya. Long Champ, mahal nak mati. Mak aku kata beli beg mahal adalah satu kepuasan. Aku tak kisah beg murah ke mahal, tapi semalam time aku bayar dan dapat beg kertas gedabak.. aku rasa puas walaupun bukan aku beli. Bolehh!!

Then dapat la aku beli kasut. Dah 2 tahun aku tak beli kasut. Biasa la tapak kaki gajah and aku prefer pakai selipar je g opis. Selipar offfff cozzz la yang mahal.. adidas, itu pun dah 2 tahun aku belasah elok lagi. Kat Isetan banyak la jenama kasut saiz besar. Terasa la normal. Aku boleh pakai saiz 8, kira normal la kan.. sapa kaki kecik saiz 3.. itu tak normal la kan.. hahaha

Kesimpulan, bagus juga jadi orang besar ni, shopping kurang. Tapi sekali shopping nangis.. tapi tetap saving sebab jarang beli. Orang lain 2 tahun agaknya ada 15 pasang kasut. Aku dua tahun baru satu. Tapi tahan lama.




Akhir sekali, ni aku ada jawapan template tuk sesiapa sahaja yang belum kahwin. Aku copy paste dari fb.

Jawapan Tentang Perkahwinan ;

Kenapa Lambat? = Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku..
Dah Berpunya? = Ya.. Kerana setiap org telah ditetapkan jodoh masing2..
Siapa? = Nanti Allah akan perkenalkan kepadaku...
Bila? = Bila kami da dipertemukan..InsyaAllah jemput datang ke walimatul urusku nanti...

P/S: Jgnlah selalu bertanya bila org tu nak kawen..Hehehehe.. Kerana semua rahsia dia,terletak di tangan Allah... Sampai masa Allah akan membongkarkannya.. (^_^)

August 24, 2011

Puasa ke-24

Puasa ke-22, aku buka beehoon goreng singapore dan mee goreng.
Puasa ke-23, aku beli roti nan cheese makan dengan ayam bbq.
Hari ini, nasi goreng t.linda.. rasa macam nak beli lauk buat tambah2.. tengok la camna

Semalam, aku singgah plaza rakyat jumpa client. Sepanjang jalan tu, aku kena tahan dengan makcik dan pakcik. Pakcik tu OKU penglihatan, dia minta tolong carikan no. yang makcik minta aku tolong buka msg dan bacakan. Huhuhu comel je.. Diginya iklan 'Merdeka Day' aihhh ni la aku paling tak suka.. iklan2 ni.. Pantang! Mana la tau time kita tunggu sms urgent tetiba dapat msg iklan. Tak ke kena maki. So, aku call diaorang stopkan iklan ke hp aku.

Seperti dijanjikan.. tadaaaaa gambar nasi ayam aku masak, kuih keria aku buat, ayam paprik adik aku masak, selebihnya mak aku.









Alhamdulillah.. rezeki di bulan ramadhan


*update, aku beli ayam masak kicap dengan tempe goreng

August 22, 2011

Puasa ke-22

Bagaimana dengan hari minggu anda?

Hari minggu aku sangat seronok sebab aku masak. Ya, aku masak. Sangat ajaib! Oleh kerana aku update guna hp, maka aku akan up gambar later.

Seronok ya masak, lebih seronok sebab masak satu lauk je iaitu nasi ayam. Saja je nak masak nak tengok skill masak aku sudah pudar atau belum. Alhamdulillah, sedap ya nasi ayam siap bertambah2 lagi. Aku tambah itu sudah pasti, adik2 aku, mak aku.. happy ok tengok orang lain makan dengan sedapnya.

Aku sangat mengantuk di opis. Sempat juga aku tidur beralaskan lengan di atas meja. Tertidur aku sangat2 mengantuk tak boleh nak buka mata. Gara2 nak buka puasa 2 hari kat kampung, maka ini la hasilnya. Aku touch down pukul 7.35, budget sempat la sampai opis b4 9.10 minit.

Dari perut kapal ke erl punya la jauh berjalan kaki.. takde la jauh sangat tapi bagi aku nak cepat so terasa la jauh. Then tunggu erl datang lak. Dalam erl confirm la tertidur. Pastu tukar naik star kat bandar tasik selatan. Tunggu train lagi. Aku sampai opis pukul 9.22 pagi. Haihhhh!!

Balik ni nak kena tunggu komuter lagi.. pastu naik bas sampai ke rumah. Siyes aku kepenatan n mengantuk.

*update, gatal sangat nak naik star semalam.. akhirnya aku sampai rumah 9.21 malam. Bas takde.. ada satu bas tu taknak amik penumpang sebabbbb 'saya nak buka puasa, saya shift dari pukul 5 ptg sampai sekarang, ada bas kat belakang nanti'. Ya, pakcik sorang je la yang puasa, saya tak.. macam la tak boleh berbuka dalam bas. Lepas tu g la melantak kat kedai. Aku tunggu bas dari 6.14 ptg sampai 8 mlm. Aku buka dengan air milo dan coklat je.

August 19, 2011

Puasa ke-19

Seperti yang dirancang, aku balik kampung hari ni. Bas bergerak pada pukul 6.30 ptg. Aku rasa mesti sampai macam hari tu juga hampir pukul 11 mlm. Aku hanya tapau roti hotdog dengan twister apple santapan untuk berbuka nanti.

Semalam aku makan nasi kukus dengan ayam berempah. Sangat marbelos. Beratur panjang aku nak menapau, hari sebelumnya takde la sampai beratur. Next time aku nak tapau nasi kerabu lak. Macam enak je.

Oleh kerana aku balik kampung maka aku tak tinggalkan si puteh. Aku naik bas dari rumah. Kebetulan hari ni ada meeting pukul 9 pagi. Meeting ngan gomen terpaksa la bangun awal. Aku tunggu bas dari pukul 6.48 pagi. Bas sampai pukul 7.01 pagi. Lepas tu aku tunggu bas lain pula. Setengah jam aku tunggu so nak taknak aku terpaksa tukar plan naik ktm. Pukul 7.58 pagi baru train sampai. Tapi HAMPA tak muat nak naik. Peha aku sebelah pun tak muat. So, tukar plan lagi terpaksa naik bas. Masa aku keluar dari KTM tu, bas sampai o berlari marathon la aku nak naik bas.

So, kesimpulannya.. aku pergi kerja macam hari biasa aku tunggu bas. Sedikit frust la kan, budget kuar pagi dapat sampai opis awal. Rupanya....

Ok, see ya. Pening kepala naip dalam bas.

August 18, 2011

Jual Jual

Aku suka kumpul rantai. Lebih-lebih lagi style vintage. Aku ada enam utas rantai yang hendak dijual. Aku try la tepek gambar kat fb, okla ada gak orang dok tanya dan ada yang dah beli.

So, tinggal lagi 2 utas yang perlu dijual. Gamaknya aku je la yang beli dan pakai.

Baru aku sedar, banyak bentuk love. Adakah??

August 17, 2011

Puasa ke-17

Pejam celik dah pun puasa ke 17. Cepat sungguh masa berlalu. Hari ni aku berbuka puasa sangat simple. Roti John semalam, kuih seri muka padahal kepala dia custard je dan cheese pasta.

Alhamdulillah. Esok macam nak makan nasi kukus. Harap2 gerai tu buka la. Jumaat ni balik kuantan. Weeehhhooooo! Tapi aku ada meeting pukul 9. Demmit harap2 bas tak buat hal. First time ni aku pergi meeting awal. Dah la kerja swasta, masuk kerja pun pukul 9. Haihhhh layan je la.

Okla masa utk tidur. Ngantuk sudah. Nite!

August 16, 2011

Puasa ke-16

Holla.. berbuka apa anda hari ini. Aku berbuka di opis sahaja ditemani opismate. Acara tahunan setiap kali bulan ramadhan mesti nak berbuka di opis. Cuma kali ni makan di kedai hanya tapau kuih muih di kg baru. Seperti biasa amshah la tukang bawa. Kali ni kuih byk tak habis. Aku dapat bawa balik roti john yang berharga RM4 dan kuih seri muka. Mahal sungguh roti John sekarang walhal inti sama je.

Banyak gambar yang aku amik. Tunggu aku install photoshop dulu ya. Sebelum aku beransur pulang aku terserempak dengan jejaka yang aku suka tengok. Sebelum ni aku berselisih bahu kat star je so takde la jelas sangat muka dia. Tapi kali ni dia berada dekat dengan aku. Memang mengambil peluang untuk scan sampai puas la. Sedapnya mata memandang. Comel je. Ada sket2 cam orang Korea. Nak juga tu orang korea. Hahahahaha

Okla aku on the way balik rumah. Hope train tak rosak. See Yaa!

*update gambar











Ni jenis melantak ke apa ni.. tukang makan 6 orang je, 2 orang lagi segan2 nak makan

August 15, 2011

Puasa ke-15

Salam Ramadhan

Sejak photoshop dalam lappy aku telah di uninstall gara2 kononnya ada orang nak spot check maka entry2 yang akan datang aku akan update gambar kemudian.

Sabtu lepas, aku sepatutnya berbuka puasa dengan ahli2 GGO's tapi aku tak dapat join di atas sebab2 tertentu. Aku tengok blog sunflower ada gambar mereka bergumbira dihadapan lauk pauk Chinese style. Tampak begitu enak sekali. Takpelah parjumpaan hari raya masih ada chance lagi utk hadir.

So, sabtu tu aku berbuka makan lauk pauk yang ada dalam peti ais. Ada kari ikam aku makan dengan pasta. Then ada murtabak aku beli seblmnya. Settle santapan aku hari tu.

Ahad, aku window shopping di pavi. Tapi tak beli apa pun. Hajat dihati nak carikan beg tuk bonda tapi xde yang berkenan. So beli je la secara online. Malam tu aku berbuka mee wantan special masakan makcik aku merangkap kegemaran aku. Thank you makcik. Then jojet buat sushi.. delicious dan t.linda roti bakar bertahtakan hotdog, nenas, dan cheese. Meletoppp!

Dan hari ini, seperti biasa menghabiskan makanan semalam. Aku ada la beli kuih keria dan badak berendam. Alhamdulliah kenyang

August 12, 2011

Puasa ke-12

Sepatutnya semalam nak makan makaroni cheese tapi t.linda yang baik hati telah menghantar lauk kari. So, dari memenuhkan lauk dalam peti ais, baik kita hidangkan. Ada 4 jenis lauk, ayam masak sos tiram, paceri nenas, kari ikan dan acar. Semuanya lauk yang sedia ada dalam peti ais tunggu panaskan je.


Hari ni, aku akan berbuka puasa di tropicana golf resort anjuran company. Ini adalah kali yang ke-4 aku berbuka puasa di tempat yang sama. Agak bosan, sebab menu sama je. Tapi layan kan je la.

Jap lagi nak cuci mata di Matta Fair.. saja je nak tengok harga.. $$$$$ kena simpan tuk bergumbira..


Suka tengok asap2 tu.. aku pening kepala ni dengan salah satu bank. Tengah buat modul tuk depa. Gila pening, berterabur. Semua nak senang, nak auto tapi end up menyusahkan aku sedikit. Takpe layankan je. Aku suka serabut2 ni.. at least aku ada kerja.. tup tup dah pukul 5 petang. Balikkk weehoooo!! now layan lagu

August 10, 2011

Puasa ke-10

Juadah hari ini sangat sempoi. Menghabiskan lauk2 yang ada. Mee bandung, kuew teow goreng dan ayam percik. Clear la Sket peti ais. Tinggal nasi, paceri nenas dan ayam masak sos tiram. Tu akan diselamatkan pada hujung minggu ini.

This week ada matta fair kat pwtc. Nak taknak aku kena pergi juga. Nak survey harga. Tak sabarnya nak jalan2. So now duk diam2 saving duit sampai lebam. Ya, tahun ni aku agak kedekut. No duit raya tuk budak2.

Okla, selamat bertarawikh.

August 9, 2011

Puasa ke-9

Hari ni aku sampai rumah agak awal. Singgah jap kedai cuci keta. Puteh aku dah berkerak sangat. Kelam je.
Petang tadi dalam pukul tiga, aku kirim ayam percik dengan amsyah. Murah RM3. Sama je harga dengan tahun lepas. Aku tak tau lak makcik aku masak apa. t.linda sms bagitau makcik masak mee bandung. Sedap tu.

Aku dah faham apa masalah web semalam. Ada orang dari German try talk-talk with the server but not ours others company. Disebabkan kongsi firewall n switch, switch jadi malas dan tidur sebab penat bekerja melayan tetamu dari german dan menyebabkan semua port web aku down.

Hari ni dah ok. Hope berpanjangan la sampai bila2. Kesimpulan dari masalah ini, sila la update file2 dari live server, production, dan juga backup server. Maka bila swap ke backup server module semua dah update.





*update gambar, first time makan buah kurma yang belum dikeringkan lagi rasa masih kelat2 sebab belum masak sangat.

August 8, 2011

Puasa ke-8

Aku masih lagi berada di stesyen keretapi. Hari ni kat opis kelam kabut. Problem apa tah. Aku dengar pasal switch problem. Kena tukar, bila dah tukar tetap tak boleh masuk web.

Balik umah pun kena standby. Katanya nak tukar segment jadi satu. Jangan tanya aku apa kebenda tu. Sebab aku faham pun sket2 je. Blur la tadi. Kalau aku budak network takyah tanya, aku dah buat nota tuk korang.

Malam ni berbuka kuew teow goreng air tangan t.Linda. tak sabar nak sampai umah. Penat otak.

*update, hampa problem masih tak resolve.. banyak lagi modul aku nak betulkan sebelum esok. Risau client bising je. Demmit!


August 7, 2011

puasa ke -7

Jap lagi bas bergerak ke kl. Hopefully tak jem. So, sempat la berbuka di rumah.

Semalam berbuka puasa stemboat mak aku masak. Fuhhh enak bangat. Sejak puasa ni aku tak amik nasi lagi. Agak2 turun tak berat badan? Kita tunggu dan lihat resultnya.

Semalam aku tolong bapak aku kat kedai, tolong nyibuk je sebenarnya. Tadi pun aku singgah kat kedai lagi, end up bapak aku bagi duit belanja. Hip hip horrey la kannnn! Joget lambak dalam opis.

Aku budget lagi dua minggu aku nak balik lagi. Kali ni balik naik flight boleh berbuka puasa dua hari.

Okla aku nak tengok pakcik bas ni bawa bas. Semoga aku selamat sampai ke destinasi. Amin..

*update, sampai je rumah makcik aku masak nasi lauk ayam masak sos tiram. Alhamdulillah.. Akhirnya makan juga nasi.


August 5, 2011

Puasa ke-5

Aku on the way ke kuantan. Hampir 4 jam aku dalam bas. Penat pinggang aku dibuatnya. Kali ni aku tak balik seorang tapi ditemani seekor roboski. Adik aku suruh kakak kesayangannya belikan. Dan dan la sayang kan.

Setakat seludup benda alah ni takde la susah sangat sebab roboski ni tak berbunyi macam binatang lain. Roboski ni lari2 je dalam kotak. Nanti la aku upload gambar since aku guna hp.

Tadi aku sempat sedut 2,3 kali je air green tea. Ngantuk dowh tapi takleh nak tido gak.

Ok dah nak sampai. Selamat berpuasa semua.

*update, sampai je umah aku kebulur, ratah lauk je, tempe+terung berlado+ayam goreng tepung

August 4, 2011

Puasa ke-3

Semalam kononnya nak makan yong taufu tuk berbuka. Tapi hampa sebab gerai tu tak berniaga. So, second plan terpaksa la beli makanan goreng2 dekat situ. Aku tapau beehoon sup, makcik aku nasi goreng ikan masin.

Takde gambar since setakat beehoon sup mana2 kedai pun rupa ia sama je.

For today, aku x tak tau nak makan apa. Aku beli murtabak ayam kat tempat biasa. Pastu makcik aku masak mushroom sup so boleh la cicah dengan roti aku beli 2 hari lepas. Settle santapan tuk berbuka puasa hari ini.

Ok, selamat berbuka puasa.

*update gambar, lappy aku dah takde potosop.. sob sob since kononnya ada orang datang check ori ke tak software.


August 2, 2011

Salam Ramadhan

Selamat menyambut bulan Ramadhan..dewman ingin mohon maaf jika ada salah silap, terkasar bahasa, tesinggung perasaan.. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan diberkati.
Amin.

Aku update guna handphone. So, gambar takde. Puasa pertama aku hanya berbuka puasa dengan beehoon goreng dan murtabak. Sedap juga.

Hari ni menghabiskan beehoon goreng semalam. Aku ada beli wantan goreng dan garlic bread konon nak makan dengan mushroom soup tapi sampai je rumah aku teringat coding. Aku layan coding guna hp. Sangat mencabar. Nasib baik bos ajar macam mana nak jump2 server guna ssh.

Sampai di sini saja nanti aku letak gambar.

*update gambar





Nenas paling manis pernah aku makan.. Alhamdulillahhhh settle puasa pertama dan kedua

Nuffnang Ads