nuffnang ads

July 30, 2012

Ramadhan - 7, 8 & 9

Bertemu kembali dalam rancangan Makan2 eh, gomoknya kau! bersama dewman..

Jumaat lepas aku makan secara buffet di tropicana golf resort. Keluar ofis pukul 5.15 petang sampai sana lepas maghrib. Dengan jamnya dengan sesatnya. Memba aku si raficyber sampai pening dan muntah2. Aku lak pening sebab aircond ada bau asap dan minyak, rupanya setting aircond salah derrr! haduiihhh pengsanss..

Gambar takde la uolls.. kelaparan sangat! aku makan kuey teow sket, spegeti sket, kuah durian sket, roti apatah sket, seafood yang tawar, lauk pauk, buah, n aiskrim sebatang. Takde selera, what takde selera.. hamboihhhhhh, macam2 makan takde selera kononnnn! Pada aku biasa je, kecuali kuah durian tu.. nyummyyy!

Sabtu, makcik aku takde so berbuka sorang2. Makcik aku pesan ada nasi arab dalam peti ais tapi berlaukkan kambeng. Fuhhhhhhhh, mmg kena kuar la kan cari lauk lain, tapi malas punya pasal, aku panaskan nasi separuh, kambeng aku dah asingkan dalam bekas lain, aku kuarkan kuah lemak ayam 2 bulan lepas.. huawhuawhuawhuwa gila lama, nak letak ayam, ayam masih beku, so aku letak telur seketul. Aku makan dengan sambal belimbing. Owh goreng2an yang mak aku bekalkan tu dah BASIIIIIIIIIIIIII.. sedeyyyyy

Semalam aku makan dengan GGO dekat Noodle Station Shah Alam. Pastu depa bising2 dalam Whatapps kat depan diaorang ada Kamarul Hisham dengan wife dan anak2. Aku, seperti biasa tak kenal, mungkin pernah tengok dia berlakon tapi tak tahu nama. Si yun googlekan.. owhhhhh diaaaa! nampak puteh la kat luar.. lepas makan, shopping jap. Sebelum sampai ke Shah Alam, dalam keta banglong kata 'Aku YAKIN tak shopping sebab NON ADO pitih' Ok kata aku. Sekali dia yang shopping.. aku lak dapat rembat inner jubah.. weeehooo settle masalah tuk raya. Biasa je makanan kat sana, dalam gambar chentek sekali dapat berterbangan udang atas pinggan.. hehehehe

Jom tengok gambar




Gambar ehsan sunflower

July 27, 2012

Ramadhan - 4, 5 & 6

Sekejap je hari Jumaat. Malam ni aku berbuka puasa dengan budak2 opis. CEO belanja. TQ, semoga dimurahkan rezeki. Every year pun tempat yang sama, makanan pun hampir sama. Teringin juga la nak tengok menu lain. Bos aku kata, KFC boleh pulak makan hari2.. itu lain! sebenarnya ada je ayam goreng lain, Mcd ke, Popeyes, A&W, Burger King, Carl's J, Wendy's, Nando's, Pizza Hut, Kenny Rogers, Taco Tico, Taco Time, Tago's, White Castle, Vapiano, Wingstop.. ok STOPP tacos2, viano2 takde kat malaysia ya.. kalau teringin sangat nak ayam lain, pasar malam ada, ko nak apa, tunjuk je, leher ada, dada ada, bontot ada, hati ada, tulang pun ada.. tepuk dada tanya selera.. hwua huwahwua derhaka kat bos ni.. ampunnn!

Iftar hari keempat, aku beli roti arab makan dengan kari semalam tapi makcik aku tambah ayam. Aku add on tempe+kentang+tauhu yang mak aku bekalkan tu. Alhamdulillah kenyang.

Hari kelima, aku makan mee goreng t.linda masak. Seperti biasa aku add on goreng2an yang mak aku bekal tu.. 2..3 kali makan habis la bekalan tu.. uwaaaaaaaaaaa nak lagiiii!


Semalam, makcik aku takde, aku tapau tomyam ayam then makan dengan mee goreng t.linda lagi.. hehehehe jgn membazir bulan2 puasa ni. Makan je apa yang ada. Alhamdulillahhhh kenyaaannggg..

Jom tengok gambar..


 Roti arab+kari ayam+goreng2an

Mee goreng t.linda.. hazabnya gambar

July 24, 2012

Ramadhan - 3

Aku takde benda nak citer! tapi tetap nak post.. semalam aku makan nasi tomato dengan kari ikan bawal.. lauk semalam, cousin aku kirim. Petang smalam aku tapau murtabak ayam RM2 tapi tak makan pun. Kenyang! ada lagi dalam peti ais tu.

Masakan orang sarawak, acar tu sedap.. tak sama macam orang semenanjung masak. Alhamdulillah!

Ada masa aku nak tepek gambar2 antik.. tunggguuuuu

July 23, 2012

Ramadhan - 1 & 2

Marhaban ya Ramadhan, selamat berpuasa ya kawan2..

Syukur aku dapat berpuasa dan berbuka di kampung bersama bonda, ayahanda dan adik2. Seronoknya balik kampung. Hari pertama berbuka, ayahanda masak asam pedas ikan parang, dengan sayur peria style sabah.. ayahanda aku tengok tv pagi tu, resepi peria dengan ikan masin pastu tambah santan pekat, petang tu terus try. Sedap juga! Mak aku buat kuih resepi cousin aku dari Indon. Makcik aku lak masak ketam 3 rasa style cina. Fuhhh, alhamdulillah..


Hari kedua, aku tak join berbuka dengan cousin aku kat ampang. Aku penat sebab dari kampung. Aku tak selesa nak tido, baring2 kat umah orang. Petang tu aku makan popia basah cousin aku buat, dia jual kat pasar ramadhan.. not bad sedap juga. Pastu aku layan kentang+tempe+tauhu goreng resepi mak aku. Kenyang.. 


Jom la tengok gambar..




 Ketam.. nyummmyyyy

 Peria

Asam pedas ikan parang

July 19, 2012

Kelik Kampung

Aku kat kampung yoooooo! Happy gila, rasa macam lamanya tak balik. Aku sampai tengahari tadi, lambat sejam sebab kl jam. Hujan je jam kalau tak dah lama sampai. Pukul 3 petang aku kuar ngan mak aku ke bandar cari langsir, berlangsir baru la kita raya ni. Gila lama tak beli langsir.. 4..5 tahun kot! Ni baru nak rehat, makcik aku, mak aku ngan aku2 sekali tengah ngadap lappy n tab. Anti social sangat!

Last week aku homesick, aku call mak aku, borak2.. pastu mak aku kata dia ada kerja, jap lagi call.. sekaliiiii lepas 3 hari baru call.. kelas mak aku.. nak kata kerja dah pencen. Tah apa yang dibusykannya pun tak tau la.. bercucuk tanam agaknya tak pun sibuk ngan saham dia. huhuhuhu.. sedih aku tauuu, kalau masa dia kerja dulu, aku faham la kalau dia bz.. iniii pencennn kottt.. 

Malam semalam aku ke pasar borong, dah jadi rutin setiap kali balik kampung aku akan beli barang2 dapur. Sambil membeli, sambil belajar nama2 sayur, nama ikan dan macam mana nak pilih ikan or lain2 makanan laut. Seronok, aku suka! Dekat sejam juga la aku kat sana. Aku suka beli kat kl ni sebab lagiiiii murah dari kuantan.. contoh, tempe, kl RM0.60 sepaket, kuantan RM1.00. Kentang, bawang semua2la.. kaya orang2 kuantan ni. 

Dengan RM100 aku beli:

1. Ketam 1/2 kilo
2. Udang 1/2 kilo
3. Sotong 1/2 kilo
4. Ikan Kerapu
5. Kacang buncis
6. Kacang panjang
7. Kangkong
8. Sawi 
9. Corny flower
10. Kacang peas
11. Baby kailan
12. carrot
13. brokoli
14. tomato
15. lada merah
16. lada hijau
17. cili padi hijau & merah
18. Kentang 2 kilo
19. bawang india sekilo
20. bawang puteh 
21. bawang besar sekilo
22. serai 12 barang RM1
23. daun selasih
24. Halia kampung

Puas hatiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. pada aku murah dari Kuantan.

Gambar jommmm

 Breakfast dulu kat Shell, nasi lemak sedap

 Lupa weii nama sayur ni

Kentang hutan, gila besar dah macam ubi

July 16, 2012

Kering Sudah

Jumaat lepas adik aku turun KL sebab nak redeem kupon Spa Suri kat Bangi. Masa beli tu harga RM50 dan boleh pilih 3 jenis Spa. Aku pilih la sauna, mask dan scrub. First time aku ber'spa'2 ni. Bila masuk bilik, dia bagi sepender g-string pakai buang. Uwaaaaaaa perlu keee? Adik aku kata 'ko tak boleh jadi orang kaya?' hah!!

Aku pun berkemban dan bersauna selama 20 minit. Best, sebab ada akar kayu. Wangi je.. then sapu scrub.. uwaaaaaaaaa segannnn gila.. satu badan makcik tu tonyohhhh.. tetek2 pun dia tonyoh.. 'Adik nak scrub tetek tak?' malu2.. 'boleh je'.. hahahahahhaha kelakar.. aku ingatkan scrub belakang badan je.. depan pun kena.. celah2 kangkang abis kena scrub.. tanggal semua kerak2 hitam celah kangkang tu..

Settle spa, pergi Mines lak.. adik aku teringin nak makan roti kapit sayur, sos dan daging kat subway. Aku on je.. pastu beli hp biasa2 tuk bapak aku.. tengok langsir, sebelum balik, layan aiskrim yogurt bukan tutti fruti yang mahai tuu.. ni kedai biasa je, not bad, sedap dan murah.. then layan cream puff durian n yogurt.. delicous!

Owhhh.. Jumaat tu lepak Midv dengan 2 orang cousins aku.. belanja makan korean food kat duba duba.. pastu shoppingggg.. menggila adik aku shopping, aku ikut je, sekali terjebak.. beli juga beg setelah 6 tahun tak membeli. Kebanyakkan beg yang aku ada semua mak aku punya. Ngan mak2 aku pun beli beg, dia nak beg long champ.. limited edition.. aku tak mampu a.k.a nanti boleh pinjam.. hahahaha

Oklah, jom tengok gambar

 Chicken Teriyaki

 Aku dengan kasut turqoise

 Penny Asian Western, makcik aku masak, resepi baru

 Yogurt n cream puff.. Alhamdulillah

July 12, 2012

Face Mask

Meh la tengok barang yang aku beli tuk korang tengok, kalau ada yang terasa nak beli, aku boleh je jual tapi macam kedekut pun ada.. sebab macam best, aku ada banyakkkkkk!!

Face mask ni made in Korea, ada 25 jenis.. Ada snail la, ular la.. tapi takde la aku nak belikan. Sekeping aku jual RM3, murahkannnnnn :) tapi tak boleh lawan SAVEE laa, RM1 sekeping masa promotion je la.. lepas tu harga RM5 kalau tak silap.











July 10, 2012

Terbakar

♫♪♫Rumah terbakar panggil bomba.. Bomba datang berlumba - lumba.♫♪♫

Opis tempat aku bekerja terbakar manja sebab fius terbakar. Aku orang yang pertama bau macam plastik terbakar, then orang lain pun bau juga. And thennnn, popppp letupan kecil berlaku.. bau takyah cakap la.. hazab! And thennnnn, letupan kedua dan berapi2.. nasib baik la pemadam api dah amik, tapi kelam kabut nak bukak.. 

Benda pertama aku selamatkan.. handphone.. kendian dah settle sket baru amik lappy and handbag.

Jom la tengok gambar..


 Kuala Lumpur, sebelum hujan

 Lunch RM5

Lunch RM4.50

*Update 11/7/2012 - ni la rupa benda terbakar tu

July 7, 2012

Geram Hokey

Panas betul aku semalam, sepatutnya aku pergi cyberjaya. Macam biasa, sebelum pergi tanya la budak2 opis dah gerak ke belum. Semalam 2 orang EL, lain2 BZ. Maka, aku pun singgah opis cyber jap amik lappy aku n opismate then zuppp terus ke train. Aku taknak la dok sorang2 kat situ, takut hokey. Badan besar tak semestinya berani nak2 aku ni wanita.. kalau jantan aku redah je.

Nak sangat berhantar berhambik, ni la jadinya. Takkan la tiap2 pagi nak tanya siapa hantar, siapa ikut. Yang sorang lagi, sibuk tanya, korang pergi macam mana? ada lesen taknak guna.. komen je kerjanya, ishhh tak membantu langsung!

Buat je la virtual opis kalau camni citernya.. income tax taknak bayar, tapi bila orang mdec n lhdn nak datang  buat spot check time tu la gelabah nak hantar kitaorang ke sana. sapa suruhhhhh sewa opis jauh2.. tak pikir panjang, pikir murah.. claim transport, meal semua.. tah2 cukup sewa opis dekat area kl.

Spoil MOOD betul semalam.. Memba aku lagi best, lepas dapat lappy terus balik.. dia angin dengan budak yang dok tanya hari2 diaorang pergi naik apa.. huhuhuhu

Dah, jom tengok gambar.. *sebut dengan nada marah

 Memba aku kata nasi hujan panas sebab warna warni, tapi bila rasa macam nasi minyak je RM3.50

 Nasi Tomato RM3.50 *murahkan.. ni kat area cyber

 Karipap Lori
Kenapa Lori? sebab BESARRR.. inti ayam/daging dan telur separuh RM2.50 *tapi aku rasa biasa je sebab takde rasa ayam and ayam berketul2 pun takde.. tak macam pau kedai sebelah karipap lori tu.

 Korang mesti pernah pergi DAISOkan.. suka takkk? Aku suka je.. tapi jangan la chopstick buluh pun ko belasah beli.. tak berbaloi dengan harga RM5.. pilih la barang yang sesuai dengan harga RM5.. contoh aku selalu beli, perfume biji2 RM5 berat 600gm, atau tisu basah/kering tuk lantai tu.

 Bekas ubat RM2.50, aku beli dekat D.I.Y.. harga lebih murah dari DAISO, aku beli net mesin basuh pun baru singgit, kualiti tak tau la nak cakap.. banyak juga barang2 yang menarik boleh kita beli kat sini. Kebetulan D.I.Y ni berdepan dengan DAISO.. lagi la senang nak compare harga. Maka WANITA, sila la BIJAK berbelanja.. :)

Jam sebab ada satu keta je rosak belah kiri, tapi dia punya jam macam ada xcident. Aku amik sebab awan tu nampak lawa, bukannya nak amik gambar jam pun.

July 5, 2012

Random Jer

Dah seminggu aku kat cyberjaya ni.. walaupun dekat dengan rumah tapi aku rasa macam boring je.. tak adventure.. kalau g kl tu, kejar train, stress bila bas n train takde, berhimpit2, cuci mata, naik tangga, jalan kaki ke opis.. kalau kat sini, naik keta, 15 minit dah sampai, buka opis, naik tangga, duduk.. sampai tghari keluar.. nyampah sebab ramai orang.. kalau lewat kuar, lauk dah habis.

Yang bestnya.. minyak save, masa save..

jom la tengok gambar..

 Makan dekat kedai nasi ayam garing

 Selipar opismate aku.. tak dapat phone, dapat selipar pun jadi la.. lepas ni cari sepender iphone lak.. mana la tau ada yang terlebih creative..

 Roti bakar berintikan cheese, opismate aku buat, selama 4 tahun, inilah kali pertama dia masak.. masak? tak.. guna sandwich maker je..

Aatif in the houseeee! Aatif bagi aunty Dew hadiah, muntah di baju.. Tq Aatif

Nuffnang Ads