nuffnang ads

September 30, 2011

Berlalu la sudah..

Sekejap je masa berlalu, dah masuk Oktober. Fuhhh, next year 32.. sigh!

Jomla tengok gambar.. Random pictures, aku belasah je amik. Mostly gambar2 dalam blog ni aku amik guna hp jer.. samada 3.2 mp or 8mp. Dslr non ado.. enjoyyyyy!!




Kacau dodol @Restoran Songket

Kat star sentul.. silap timing la time amik ni.. train jauh sangat..

Anda malas tepuk tangan, ya, kami ada menjual tepuk tangan plastik yang diberi nama 'Tepuk Tangan Dapat Sejuta'. Harga RM450, modal murah je RM4.50.. mudah sahaja anda hanya perlu menaja seramai 4 ahli orang dan 4 orang tadi menaja 4 orang lagi. Kaedah ini, kami namakan duplikasi. Hurry up! sebelum anda terlambat.. pastikan anda orang yang terawal.

Sob Sob Sob Sob.. i will try harder next time.. uang elek!

September 28, 2011

Restoran Songket

Holla.. how are you? aku, alhamdulillah sihat je. Semalam aku pergi open house TIME dekat songket. First time aku ke sana. Food, not bad! Rendang daging dan ayam kuzi is the best la. Satay pun sedap, garing! Goodies bag, dalam tu ada dodol. Dodol yang dikacau di situ juga.

Oleh kerana aku ni tak malu di tempat orang, aku pun sibuk la nak kacau dodol juga. Aku mana pernah tengok orang kacau dodol live, dalam tv tu biasa la. Penat juga kacau dodol ni tapi time angkat dodol tinggi2 pastu tengok kelikatan dodol turun balik dalam kuali besar tu, fuhhh menarik. Macam sedut hingus likat.. hahaha bongoknya contoh.

Okla, enjoy the pictures.





September 23, 2011

Chocry

Tahun ni dengan bangganya aku telah membakar 4 biji kek.. wahhh dah 3 tahun aku tak bakar kek. Sekali bakar 4 biji. Fuhhhh.. rajinnya! Kek ini diberi nama Kek Coklat berperasa strawberry bertahtakan m&m.

Hiasan tu saja je aku letak m&m, bagi naik seri kek aku tu. Rasa, of coz la sedap.. hahaha puji diri sendiri.. walaupun kek ni dibakar, tapi moist macam dikukus.. rahsia? tiada rahsia aku pun tak tau kenapa jadi macam tu. So, enjoy the pictures.










Selamat menjamu mata

September 22, 2011

Miniature, Cinonet, Kecik

Sekarang aku dah malas nak capture gambar makanan (ya la sangat!), nak tukar hobi amik gambar benda2 kecil je. Contoh macam gambar2 kat bawah ni. Super susah ya.. nak kena elak pokok, bangunan, orang-orang tu semua dah la tangan aku ni besar. Nasib baik bangunan tak runtuh kalau tak naya. Enjoy the pic!














Macam realkan miniature ni.. super suka!

September 14, 2011

Raya, Makan Yukkk!!

Hari Raya Pertama, hanya duduk di rumah. Petang tu baru aku ke rumah sebelah iaitu rumah nenek aku. Gambar kat bawah ni, juadah di rumah.. kat rumah nenek aku makan benda lain lak, later aku akan post.

Kalau balik kampung, selalunya menu yang sama, lodeh, serunding kelapa daging, kurma daging, kari ayam, rendang daging dengan tulang dan ketupat. Lauk kat rumah tu ada 4 je, yang lelain jiran sebelah menyebelah yang hantar. Jom tengok gambar!








Nyummyyykannnn.. paling aku suka serunding kelapa daging makan dengan ketupat yang dipenyek2 dengan serunding.. fuhhhh meleleh nak2 ketupat tu panas dan lembik.
Alhamdulillah

September 9, 2011

Makan, Makan dan Makan






Kurma kat atas tu, ceo company aku bagi sempana bulan ramdhan. Enak bangat! dan patung ni hanya perhiasan bukan untuk dimakan.

Nuffnang Ads