nuffnang ads

May 31, 2011

Bandung @Muar

Dari KL, aku dan family singgah di Muar untuk menjamu selera mee bandung. Aku makan dekat tepi sungai yang ada masjid tu. Apatah nama food court. Meh la tengok beberapa keping gambar yang ada dalam handphoneku ini.





Fuhhh, alhamdulillah sedap

May 30, 2011

Dating dengan GGO's

Last friday aku ke kerinchi bersama nyah kenanga. gayah termasyhur di serdang.. ops silap2.. jejaka! Lepas amik si kenanga, amik si nyah nik pula. Skandal si kenanga. Mak konpius sangat hubungan anda berdua.. sesuatu! :P

Then lepak kat old town atas bukit tu.. tak sangka nyah sunflower sampai tepat pada waktunya. At first nak lepak kat kedai ala2 food court.. nyah kantan kata ramai anak2 ikan, lelaki2 gorges kat situ. Nyah kenanga taknak katanya ramai mat rempit je.. tak kowser katanya. Pastu nyesal sebab yang makan kat situ mostly budak2 shell or hp or a.k.a. kerja2 hebat.. Sunflower pun taknak lepak sana.. melepas yang single2 nak memperluaskan jajahan jodoh.

Selepas kes dna khinzir, aku dah tak lalu nak makan minum kat mana2 kopitiam kat kl ni. Aku lebih suka makan kat restoran yang 100% pekerja melayu. Takpe la bang, kopi cair pun cair la.. asal aku tak was2 minum kat tempat korang. Kalau suatu hari nanti mana2 restoran pun aku rasa was2, aku bawa je air kopi dari rumah.

As usual, topik hangat sudah tentulah pasal kerja. Si sunflower sudah tentulah ditahtakan sebagai ratu mic. Dia sorang je kot banyak bercakap. Yang lain dok gelak, dok perhati, dok layan sampai la pukul 2.++ pagi. Ngantuk gila.

On the way balik ke rumah, si kenanga punya la lahabau boleh dia nak citer pasal hantu kat highway sg besi. Gilo apo. Dah la aku hantar dia dulu, pastu aku balik sensorang.. naik lift sensorang. Lahanat tau perasaan aku time tu. Takut gila. Sib baik la lift tu kecik.. dalam erti kata lift tu penuh aku sorang je. So takde la takut sangat. Tiada ruang untuk mana2 hantu nak menyendeng. Ewahhh beraninya aku bercerita gah di sini. Fuhh minta dijauhkan.

Macam cerita karak 'Hadekkk kuatkan semangat, kuatkan iman.. baca ayat kursi jangan hafal sahaja tapi tak faham maksud' Ya, aku tengok cerita karak dan aku rasa macam pernah tengok cerita ni. Aku tak tahu nak kritik tapi apa yang aku boleh simpulkan, movie karak ni biasa2 sahaja. Tapi aku suka maksud tersirat dalam cerita ni. Ulang balik ayat 'Hadek ku..'. Ramai budak2 kecik tengok cerita karak, apa yang mereka simpulkan 'Kelakarkan hantu tadi' ya, memang betul.. sebab karak banyak menonjolkan wajah hantu yang tak berapa nak real tu.

Habis dah cerita tuk last week. Jom tengok gambar klcc dari opis aku.

Klcc warna oren disimbahi cahaya matahari.

Gayat dowhhhhh!!

May 28, 2011

Sempena Hari Guru

Sebelum aku berangkat ke Kuantan, aku singgah sekolah rendah di Batu Pahat. Kebetulan hari tu ada persembahan sempena hari guru. Lama sungguh aku tak jejak kaki di sekolah selepas puluhan tahun tinggalkan zaman persekolahan. Kalau ada anak, maybe aku akan ke sekolah, amik report card ke, amik sijil anak terover cerdik ke.. Damn perasan!

Aku jumpa mak saudara aku kat sana, dia jaga kantin. Nasi lemak RM0.50, kalau ada ayam RM1.50. Murahkannnn!! Kantin kecil je. Moh tengok gambar yang sempat aku tembak.



Budak2 tengan makan cornflakes.

Air sirap RM0.50. Spot the budak sekolah itu.


Spot again budak yang sama dengan gambar di atas. Dia beli air sirap 2x. Dahaga sangat la tu!

Ceria je anak bapak dengan kawan bercerita.

Budak ni sangat comel

May 27, 2011

Random

A few pictures yang aku tembak guna handphone. Lokasi merata2.. mana sempat aku tembak. Minggu ni berlalu dengan pantas sekali. Dah nak masuk bulan Jun. Malam ni kalau jadi nak dating dengan ahli2 GGO.. boleh la bagi2 keropok kering. Enjoy the pic!

Tengah tunggu nugget KFC dekat the mines.

Kudapan waktu meeting.

Gift, coklat tu mmg sedap. Bungkusan tu boleh jadikan sisa kenduri kahwin.

Bunga di kenduri kahwin cousin aku.

Masjid putrajaya, aku bawa cousin aku dari jakarta jalan2.

May 26, 2011

Majlis Kahwin @ Merak Kayangan Felda

Tataplah gambar yang tak berapa nak banyak ni. Kenduri kali ni diadakan pada waktu malam. Aku dan cousin2 lain datang as a guest je. Sebab kerja2 register ke menyambut ke semua dibuat oleh kawan2 cousin aku. Tak ada feel kenduri keluarga sebab aku n the geng tak terlibat. Datang bawa perut je. Tempat pun dah ditentukan, sapa family belah perempuan kat situ, belah laki tempat lain pula. Ada la 2..3 kali aku kena tukar tempat. Last2 duduk berjauhan dengan cousin2 lain.

Makan? Sedap.. tapi punya la lama nak tunggu part melantak. Jam 9 lebih baru makan kot. Since nak tunggu dewan penuh. 3 kali aku tukar tempat, 3 kali tu la aku tinggalkan bekas minuman aku. Nasib la! Gambar pun aku kurang amik, sebab port tak menarik. Gila jauh dengan pentas.






Aku dengan si daza. At last, fuhhhh!!

May 24, 2011

Sekali Lafaz

Tak banyak gambar untuk majlis nikah cousin aku ni since aku malas nak amik. Aku akan tembak mana aku rasa perlu dan cantik dipandang pada mata aku tapi tidak pada gambar. Simple je majlis nikah, gambar makanan pun aku tak sempat ambil. Nampak naw tahap kelaparan melampau2. Ada satay, ada beehoon goreng, ada pulut lawan dengan rendang daging. Mak si dahlia masak. Sedap!

Hantaran perempuan


Hantaran lelaki

Sudah sah jadi suami/isteri hanya sekali lafaz. Pelamin nikah ala2 natural.. a.k.a. guna je barang2 yang ada dalam rumah, pinjam ngan kawan then tadaaaaa siap satu pelamin dalam taman. Tepi tu ada kolam air bertingkat2 tu. Hasil pengantin perempuan.

Sekian, terima kasih. Semoga berbahagia sehingga akhir hayat

May 23, 2011

Comel ke Kaw!

Sebelum kita ke isi kandungan cerita mengikut title di atas, moh kita tengok dulu sambal ikan bilis campur kacang khas dari tanjung pinang. Meleleh air liur wa cakap sama lu.. masak nasi takyah tunggu lampu padam tengah panas2 tu kita gaul sket2 dengan sambal ni. Perrgghhh alhamdulillah kenyang kesedapan.


Baru sampai dari tanjung pinang. Time ni sombong lagi.

Orang lain dah habis makan, si daza ni tak habis2 lagi. Sampai mak dia pun takut tengok anak dia ni makan. Eiii gerammm tengok si daza ni. Susah betul amik gambar, sebab dia tau dia comel.

Hahhh, sorang lagi yang comel! sila muntah! Teringin la juga nak amik gambar cam remaja sekarang, bibir menjuih ke depan tapi dulu takde kesempatan nak amik gambar macam ni. Zaman dulu mana ada handphone bercamera. Handphone paling canggih zaman aku tu pun Nokia Butterfly. See tua kan aku sekarang. Ni la kekdahnya bila orang tua takde kerja.

May 21, 2011

Say Cheese

Jom tengok apa aku makan sebelum majlis kahwin cousin aku. Semuanya berasaskan cheese sampai muak dibuatnya.

Carrot cupcakes with cheese, si dahlia yang buat. Boleh la tempah kalau berminat

Variety of bread with cheese. Saudara aku dari Jakarta yang bawa. Semua sedap!



Cheese je dalam tu. Kat sana cheese murah, kalau mee goreng boleh letak cheese agaknya mereka dah letak. Kat sana apam balik cheese pun ada, pisang goreng cheese pun ada.

May 20, 2011

Kitten

Memperkenalkan anak-anak chemong versi kedua, hasil hubungan seksual antara chemong dan anaknya versi pertama.. OH MYYYY!!! Oleh kerana anak2 chemong ni akan diberi kepada orang so tuan punya kucing takde la beria2 nak layan. Kalau layan lebih nanti sedih pula bila dah takde depan mata. So dibiarkan anak2 kucing ni terkontang kanting tanpa kasih sayang dari manusia.

Total kucing dalam umah cousin aku tu dah 7 ekor. Nangis kalau nak jaga semua. Dah la baka jenis makan banyak. Friskies tu tak main la.. Oleh kerana maintanance mahal, maka diberikan kepada orang yang memerlukan teman tuk mengisi hati yang kosong. Jijon taknak ke? Tuk teman u di kala berduka.

Budak opis aku ada amik sekor. Katanya anak chemong ni takut dengan dia. Sudah tentulah akibat dari kurang kasih sayang tu. Tapi lama2 ok la bila kucing dah kenal tuannya. Nama kucing budak opis aku tu taknak kalah.. Farrel namanya. Kelasss kawww!!


baru 2 bulan, tapi dah gedabak.. baka maine coon

May 18, 2011

Warm up

Lamanya tak update. Berlambak2 gambar makanan dalam hp aku ni. Marilah kita panaskan badan dengan menjamu gambar2 makanan yang aku tembak.


Nasi lemak dan teh tarik pemberian amsyah


Pasembur sedap kat area kl

May 11, 2011

Simpan dan Belanja

Masa zaman kekanak ribena, aku rasa, rasa je la rajin gak menabung. Tapi lepas rumah bapak aku kena pecah dek pencuri lahanat.. lepas tu aku dah malas menabung. Sedih la kan, simpan duit, tak belanja kekonon nak diet.. see kecik2 dah pandai nak diet!

Bila dah tua ni, aku cuba semula berjinak2 dengan menabung.. tapi kali ni duit yang aku tabung hanya bersifat 50 dan 20 sen sahaja. Leceh la simpan 10 sen.. hazab nak kira nanti. Aku suka kira sendiri.. baru ada feel.

Kalau rasa nak syiling lebih, aku beli la tiket ktm dari mesin. Boleh dapat banyakkkkkk duit syiling. Masukkan 10 hinggit balance semua syiling 50 dan 20 sen. Suka bebeno aku. Last year aku dah start menabung menggunakan tabung free dari eneos, tempat aku hantar si puteh.

Menabung pun nak kena amik gambar.. Nak bagitahu pada kanak2 di luar sana betapa pentingnya menabung untuk masa hadapan.









Jumlah tabungan, RM70++.. syiling tu aku pass kat amsyar sebab dia nak buat meniaga. Dapat la aku duit kertas dan juga upah berupa nasi lemak dan teh tarik.

Tadaaaa, tabung baru aku.. tapi dah ada 10 hinggit.. aku takde la kasi semua kat amsyar.. kalau bagi semua alamat nak start balik menabung non ado laa.. kira cam bagi semangat la kat aku supaya menabung.

Duit RM60 tu, dah selamat belanja makan, buku dan sebagainya. So, adik2.. jangan jadi macam kakak ye.. menabung untuk masa depan, simpan dalam bank nanti bila makayah tak cukup duit leh pinjam dulu. Kakak menabung untuk kepuasan..

Sekian

Nuffnang Ads