nuffnang ads

April 29, 2011

Lauk Tengahari

Lama tak makan nasi. Ni lauk lunch aku tadi.. ikan kembong goreng, kacang goreng dan tempe goreng, nasi SUKU.. ya SUKU.. hahaha.. kuah kari sket, asam pedas lebih sket n lastly kicap.


Sekian.

April 28, 2011

Pengen Laksa

Tetiba teringin makan laksa. Fuhhh marbelos! aku tak pernah makan laksa ada nenas..


Sekian, selamat menjamu mata

April 27, 2011

Jojet Masak

Gambar lama lagi. Rajinkan jojet masak. Masak la lagi! Asam pedas ikan pari ke. Tema kali ni, makan tanpa kalori yang tinggi. Soup based.

Bawang goreng plastik.. hehehe (maklong aku selalu cakap, bawang goreng beli tu tiruan, plastik. sama macam fries yang kita beli kat fastfood tu)

Beehoon sup..

p/s: tembak selagi boleh



Sekian

April 26, 2011

Nando's Time

Belanja t.linda, jojet n adik aku bersempena mendapat boifren baru! verangan tak hingat punya. Saja je belanja, duit terlebih sedikit. Sekali sekala.. selalu depa ni la yang masak.. samada makan kat rumah diaorang atau tapau. T.linda, rindu nasi goreng sedap :)




Gambar lama, 2 bulan lepas kot

April 25, 2011

Laju-Laju

Aku nak citer laju2.. tapi korang baca biar la slow2 ya.. :P

Aku nak update je apa yang berlaku sepanjang minggu lepas..

Isnin-Jummat : Kerja la takde benda lain aku nak buat dah..

Jumaat tu aku dapat notis ni.. terus susah hati.. malasnya nak parking tempat lain. Nak drive ke tempat kerja? kem salam je la.. Aku ni dah la jenis cepat mengantuk.. minggu lepas aku tertido dalam train.. then terjaga.. menonong je keluar dari train.. sekali stesyen bandar tasik selatan.. damn it, kena tunggu lagi sejam.. train delay.. delay tu bukan kadang2 je tapi dah selalu sangat! Hampa sebagai pengguna public transport tegar.

Sabtu: Pagi jogging.. makan nasi kerabu.. teman t.linda cuci kereta kat kedai.. pastu tunggu lagi 15 minit kat jusco.. tunggu? sebab jusco tak buka lagi. membeli belah.. kemudian balik.. baru mandi! ya pergi jusco tak mandi! Malam tu ke rumah bakal pengantin.. cousin aku.. kena perli dengan mak saudara aku sebab dah setahun tak jenguk dia.. huhuhu! ampun! pastu amik gambar kucing.. balik umah sesak nafas..

Ahad: tak ke mana pun. Dok rumah kemas bilik.

Si mone, maine coon spesis.. si bubu ngan kukun gila besar.. berat dekat 10kg agaknya. Ni baru intro nanti aku upload lagi gambar kucing spesis besar gedabak ni.

April 21, 2011

Rain, tetap di hati

2 hari je aku habiskan 16 episod drama 'Personal Taste'. Gigih tengok sampai kul 3 pagi.. sok pagi sambung lagi.. walaupun drama ni agak tak logik.. tapi disebabkan heronya marbelos so aku layankan aje. Jangan risau Rain, you tetap dihatiku.







Lepas tengok drama, kita makan pula.. ni nasi goreng usa tapau kat kedai thai biasa2 je.. takde la gah mana pun kedai tu.. tapi harga RM6. Beli lauk guna RON97.

April 19, 2011

Mee Bandung

Tembak selagi boleh.


Makcik aku masak mee bandung segera yang mak aku beli dari Muar. Sedap! terasa udang dan kacang.




Sluurrppp Nyummyyy.. meleleh

April 18, 2011

Ayam Penyet Lagi

Layan gambar makanan di pagi hari buat aku rasa lapar.. fuhhh sabar!!




Tembak selagi boleh

April 15, 2011

A&W

Sesi makan bersama budak2 opis.
Tema menghabiskan duit OT beramai2.

Menu baru A&W.. 'Nasi dengan daging masak kicap masakan bonda'. Panjang nama menu ni.





Nachos dengan sos spegati ngan cheese.. ok la not bad!

April 14, 2011

Last Minute

Last Friday, aku dipaksa pergi kenduri kahwin x-opismate di pwtc. Oleh kerana aku hanya berseluar jeans dan tshirt (niat mmg taknak pergi) maka dengan itu aku terpaksa membeli sepasang baju kurung semata2 untuk hadir ke kenduri itu. Neway bagus juga dapat ke sana.. boleh cuci mata. Mostly yang datang rata2 muka ala2 dari Indonesia sampaikan aku kat toilet pun kakak cleaner tu tegur aku orang Indonesia ke. A ah ada kacuk je.. hahaha nak juga kacuk tu. Jom layan gambar

Beg pemberian bonda aku.. Vietnam made








Pergghh sedap! Alhamdulillah

So.. so.. laa saja2 nak rasa


Selamat menikmati gambar makanan.. sekian

April 13, 2011

Nuffnang Ads