nuffnang ads

January 31, 2010

Bitchyyy Everthing on Sunday

Quick update for today..
  • tak jogging di hari ahad adalah satu kesalahan yang sederhana besar telah aku lakukan. that mean NO rice for 2 weeks.. shittttyyy!! and welcome again oat yang berperasa kanji..
  • online for whole day.. games, chatting and facebooking.
  • layan Shimokita, korean i think! tapi episod tak lengkap.. secara ringkasnya ia mengisahkan seorang teruna terpaksa berkongsi rumah bersama 5 orang wanita yang sangat howt! hanya 18 tahun ke atas sahaja dibenarkan menonton.. so kak gee sila pastikan anak2 kak gee tidak membaca ini belog okk!! risau nanti depa google.. opss
  • reading 'p.s. i love u' for second time.. n masih emosi!! tetiba air mata mengalir.. kalau ada word yang tak faham langkau je malas nak berdictionary..
  • makan nasi goreng yang sangat marbelos.. yawwnnnn
Membeli baju untuk baby membuatkan aku sangat teruja.. feeling membeli baju untuk anak sendiri.. paper beg tu aku yang buat, tanpa menghiraukan kedudukan hello kitty kebawah atau keatas yang penting saving.. a gift from auntie dewman to litle angel airish.. aku siap call farah, tanya boleh tak aku beli baju tuk anak ko yang besar sket.. hahahaha!! owh baju baby sama mahal baju orang dewasa.. haipppp!!

January 30, 2010

Bagaikan logi tahi dicurahkan perfume

Rutin harian sudah dilaksanakan cuma agak lewat sedikit disebabkan tabiat suka menekan snooze setiap kali alarm berbunyi. Sepatutnya aku dah ada di sungai congkak bermandi manda 2 pieces, opsss! matilah lemak bertaburan.. tapi memandangkan aku takde geng nak ke sana maka aku batalkan saja niatku. Kawan aku marah, dia cakap ko dah tua bangka, cuba la cari jalan ke sana.. maps kan ada! takpe lah aku rela dok umah mengadap monitor..

Cerita pagi ini..

Koleksi perfume aku dari berbranded sampai takde branded tah mana aku kutip pun aku tak tau.. aku jarang tukar perfume.. perfume yang selalu aku pakai pure white linen.. tukar2 perfume orang cakap takde pendirian.. hurmm yeker?

Satu floor umah aku ni ada la seorang lelaki yang agak besar, tinggi n suka pakai topi. Lelaki ni boleh la aku kelaskan sebagai 'kaunter perfume bergerak'. time aku jogging 1000x100 meter tadi, dari jauh aku dah nampak lelaki ni. so aku patah balik dalam 5 tapak.. pastu aku pusing balik, tengok dia dah takde.. aku pun menuju ke depan dengan slownya.. sampai je tempat dia berhenti tadi sampai dia menghilangkan diri.. sudah terbau bauan badan si lelaki tadi.. dalam setengah meter jugalah aku bau badan dia. bau badan campur perfume.. pengsann!!

Dia nie dah biasa kena warning ngan pak guard.. sebab dia suka buang sampah depan umah.. mangsa keadaan sudah tentula t.linda.. umah dia betul2 depan umah t.linda. pengotor ok.. kalau ada ulat2 sampah tu eeeuugghhh geli tauu! lepas kena sound rasanya dah takde aduan dari t.linda.. kalau tak dari luar dah dengar t.linda membebel pastu sambung dalam umah lak.. hahaha ampunnn t.linda!! belum lagi kalau naik lift.. dari tingkat bawah sampai ke tingkat 4 memang bau badan dia.. takyah nak sembur2 perfume dah, tak lut!! bau dia lagi kuat..

korang rasa kes bau kepam ngan bau lelaki tadi sama tak? hahahaha!! so apa2 pun anda di luar sana sila la pakai ubat ketiak, bedak cuticura ke, mandi 3 kali sehari ke, sembur perfume ke, kurangkan makan bawah putih ke, tonyoh ngan daun sireh ke dan apa2lah tuk jgn bagi bau badan!!

oklah nak rehat.. petang karang ada sesi makan2..

January 28, 2010

Separuh harga

Aku ada berita baik tapi biarlah aku simpan dahulu risau nanti tak jadi pula. Kalau tak jadi, aku juga yang malukan.. keluar kat paper hmetro 'Artis perasan lawa tak jadi beli kerete myvi'.. Bila dah settle belah sana dan settle belah sini aku pasti akan cerita terutama pada ahli2 GGO. Doakan aje ok!!

Ya, aku saving almost RM45.. balance aku nak beli bra baru yang ada ropol2 pastu bunga sekuntum.

Aku mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada ktm kerana memberi diskaun sebanyak 50% bagi menghargai pengguna ktm. Sejuk hati aku mendengarnya. Tapi kenapa Feb je.. buatlah tiap2 bulan? at least kalau service tak bagus pun, aku takde la kisah sangat.. kurang sikit dosa nak maki hamun.. ni lambat sket, ada je ayat maki baru aku cipta.. sapa nak ayat maki yang hazab sekali dengar boleh pengsan, boleh email ke kakgeeanakduablas@gmail.com.. kak gee banyak koleksi!

hak milik kekal si ammarita.. gigih naik lrt walaupun ada keta.. eh aku pun camtu apa.. hahahaha!!

January 26, 2010

Berangan

Traning utk orang2 yang tak biasa dengan IT.. aku mengajar cara buat blog kat makcik/pakcik pangkat atuk nenek. nak tekan kat mana ni nakkk.. sambil makcik tu tekan2 skrin laptop.. huruf 'a' mana nakkk?? b? g? makcik nak type apa? resepi ikan masak lemak cili padi.. nak ingat password lagi la susah.. makcik letak nama anak tapi nama anak yang mana satu pun makcik dah lupa.. fitammmm!! ada juga golongan remaja yang tak tahu. sedih tau tengok mereka.. kira aku bersyukurlah sebab didedahkan dengan teknologi..

Hari ni aku ada training payment gateway.. ada dua sesi, pagi si trainer menerangkan sistem flow secara mudah untuk dept kewangan dan sebelah petang pula hardcore untuk budak2 IT..

time training tadi terasa macam masuk kelas.. siap ada powerpoint pastu sorang satu ada hardcopy boleh conteng2.. pastu dengar la apa si trainer tu nak cakap.. baru mukadimah tak sampai 5 minit, aku dah tersengguk-sengguk.. mengantuk punya la hazab.. pastu ada hatikan nak sambung belajar.. berangan lak tu sambung kat uk.. well nak g jumpa abang engineer kesayangan kat sana. tolong angkut budak gila ni pergi uk!!

So rafi, sok kita g scan transcript pastu siap sedia tuk send mana2 uni.. ada rezeki kita sambung, kalau takde kerja la sampai berlubang monitor tu hari2 dok tenung.. hehehehe!!

ok ngantuk tidoooo.. yehooooo!!

January 25, 2010

Berhenti


Aku rasa, jdm buat aku pening kepala la.. Takkan sebab jdm darah tinggi aku naik. Bukan darah tinggi disebabkan garam ke? Takpe, kita try abiskan lagi sekotak.. kalau pening juga, aku akan stop ambil jdm dan gantikan dengan bio-protien. sama je fungsi tuk bakar kalori.

Atau, adakah aku terlalu banyak tengok tulisan kecil di monitor. Power mata dah menurun, perlu check semula. nampak gayanya aku kena buat appointment dengan akak phd di hkl sambil cuci mata pelajar kat sana. Atau perlukan aku memperbesarkan font dari 12 ke 40?

Atau, adakah aku terlalu banyak sangat membaca email dari ggo yang banyak masuk hari ini. dari citer fb, peminat, cerai, janda, kawin, barang hantaran, aduka, talkin, berdada bidang, kulit hitam.. aiyooo banyak tauu input.. input mula2 tak sempat nak di outputkan lagi dah masuk input baru. kejung terus otak!! tua dah ni kena tukar ram baru.. 100terabyte cukup?

Atau, aku hanya makan roti bakar berserat tinggi 2 keping cicah dengan chicken soup.. tghari jdm, petang nak makan roti tapi masuk semut.. hampeh! mesti semut dari meja rafi.. sebab rafi dah tukar bekas coklat daim.. maka roti aku jadi sasaran semut. malam aku makan tah berapa biji cekodok manis.. pastu minum mililea. ermm kurang makan nieh.. slot tuk nasi takde.. ayam pun takde.. sambal belacan, telur dadar, sup sayur, kari, tempe, tomyam, mee goreng hailam, ikan bakar, tempoyak ikan patin..

ok la ngantuk.. tido..

January 23, 2010

Anak

Sedikit bosan hari ini. Jogging pun kat area rumah, malas nak gerak jauh2. Breakfast roti dengan telur.. tghari jdm.. dan aku baru je balik dari jusco makan char kuey teow ayam. Kenapa ayam? sebab aku tak makan udang. Rasa nak muntah lepas makan udang. kalau udang masak dalam mana2 lauk pun aku tak akan amik kuah. Mudah bukan ber'gf'kan aku.. saving!! hahahaha..

Aku suka melihat telatah ibubapa bersama anak mereka. Contohnya tadi di food court, si anak perempuan yang comel berbaju pink nak basuh tangan. Oleh kerana tidak sampai si anak menoleh ke arah mak dan ayah agar ada yang menolongnya. tapi bukan itu yang berlaku.. maknya 'tulah pendek sangat' aduyaiiii wahai ibu tidak ada rasa simpati ke kepada anak. Jangan memperkecilkan mereka kelak mereka akan pendam segala kata2 kita.

Satu lagi contoh masa aku jogging hari ahad. Si ibu dan si anak berbual tentang hari persekolahan yang akan dibuka pada hari isnin. Si anak bercerita kepada adik.. takpe esok kita belum sekolah lagi lahhhh.. minggu depan!! si ibu marah 'kepala hotak ko minggu depan.. esok la sekolah' aduhhhhh tak ke gilaaa bahasa si ibu.

Mungkin masa muda kita dah biasa berbahasa kesat atau kurang hajar. Bila dah kahwin terbawa2 amalan itu. Cuba bayangkan kak gee berbicara ngan anak2nya yang ramai itu.
  • panggil anak.. nokkksss semuaaa mari makannnnn.
  • berbual dengan anak.. nyahhhhh jangan buat macam itu kat hadekkkk.
  • kata ganti nama untuk perempuan adalah cikki untuk lelaki pula adalah cikjan.
  • kalau kak gee merajuk dengan anak2... Upsett tawww uolll niehhh, sentap mak okehhh!!
  • anak bertanya kepada emak.. mak napa laki ni lembut.. owhhh ni orang panggil leklemmm.. tak pun gayahhhh!! korang hadoooo..
  • bercerita dengan anak, uolll tawww mak hayam kat sebelah umah tu bawa anak2 ayam.. marbelosss tawww.. mak sokerrr!! eh silap cerita.. tak sesuai tuk anak2 opss!!
  • bila anak lelaki bergaduhh.. ehhh uolll jgn on toppp... bottom jeee boleh.. la sudahhh salah ajaran..
Okey laa.. mak nak rehat sambil feeling hisap cerut.. happy weekendd!!

January 22, 2010

Please check

Jom tengok email ofis aku..

Banyak giler okeeehhhh!

Email cron.. memang hari2 akan dapat email secara auto. Ada alert tuk database, tuk migration, audit dan extra2.. kalau rasa nak send email kat boifren/tunang/skandal/suami/cucian mata setiap hari, setiap saat, setiap minit, setiap jam pun boleh.. bacalah sampai kejung biji mata.

Web designer yang malas membuka email..

Opsss terkutuk lak.. jangan marah ok, nanti designkan satu header lawa2 tawww.. no gambar vogel plsss!! :P

Suci, bersih, putih

Inbox aku.. setiap hari aku akan dapat email auto.. semua pasal duit, kechingggg!! kat dalam drafts tu semua email2 yang aku pernah antar untuk contoh di kemudian hari.. tak pun dengan menggunakan cara copy and paste pastu tukar tajuk.. Kami semua gunakan email sebagai alat komunikasi. So, make sure tgk inbox sentiasa, mana la tau tetiba ada meeting.. pastu tak pergi, tak ke kena maki!! opssss maki la mak, mak tak kisah, mak relaa.. hahahaha!!

January 21, 2010

Kidal

Aku ada tag untuk ahli GGO.. tag ni senang jek.. bukan suh korang buat kek ke, masak ketam berlada ke, laksa ke dan sebagainya. Anda hanya perlu menulis. Ya, menulis.. senang bukan? Sila tulis nama gelaran dan url blog anda menggunakan tangan kidal. ya tangan yang digunakan utk membasuhhhhhhh ehem ehem opsss!! anda hanya boleh menulis sekali sahaja.. motif permainan, 'cantik ke tulisan menggunakan tangan kidal'..

Aku juga tag si Aujinz.. dan sesapa je la yang nak buat..


Tulisan aku maha comel sepersis orangnya..



Tulisan database admin, takde maknanya macam sinclair tapi ada iras radhi khalid.


Tulisan techinal support, kejang ketika menulis..


Tulisan web designer yang nak berhenti.. upset!! takde orang nak kacau aku dah


Tulisan progarmmer, ok la kan.. tulisan masih ada logik!


Tulisan si kuzi, aku dah tag nak juga bagi kat aku suh upload. Motif?

January 19, 2010

Tekanan

Selamat petang..

Aku tak ke kantor hari ini. Semalam aku mengadu kat kak gee yang aku sakit. Sakit apa nyah, muntah2 ke?? itulah kata2 yang keluar dari mulut kak gee semalam. tau la u tu dah biasa muntah2 sampai 12 orang anak.. jangan samakan muntah i ngan muntah kak gee. Upset tawww!!

Petang semalam aku sakit kepala. Semua bebanan dan kesakitan terkumpul bila aku tengah sujud. Bila bangun je, terasa badan terhuyung hayang. Jangan tuduh i amik XO ok.. i tak amik tapi kak gee ada amik? sila tanya beliau sedap tak? hahahaha

Ya, murid2 160 per 110 berapa? kira pakai jari ya jgn pakai mesin kira2.

Ya, itulah bacaan darah tinggi aku pagi tadi. Doktor pun terkejut!! tinggi sangat kata beliau. Patut la aku weng semacam. Padahal pagi tadi dah bersiap nak pergi kerja. Tapi badan aku tak mengizinkan aku pergi. Aku tak reti nak berjalan secara tegak. mesti nak ke kiri sikit ke kanan sikit. Aiyooo sangat bahaya kalau aku tgh drive. Maka baring je la kerjanya.. sambil mengupdate blog.. baru lepas makan ubat jap lagi kiok la tu.. Sok kena jumpa doktor lagi utk ambil bacaan tekanan darah. doktor kata at least 5 hari utk pastikan samada aku stress atau benar2 darah tinggi. hope stress la kan!!

Stress!! tak tau, maybe or maybe not. kerja?? maybe or maybe not. tah la malas nak fikir, aku nak rehat nanti aku stress balik.. aku benci imageeeeeeeeee!! opsss hahahaha!!


baby rambut sejemput.. dah macam rambut si ceplos..

Tuk farah, congrat kerana melahirkan baby girl Nur Airish Dania.. sedap nama.. nasib baik tak airbrush.. opsss, gurau je jgn marah tau.. bestnya ko farah anak dah tiga aku sorang pun takde lagi.. harapkan anak tekak, anak rambut ngan anak mata je yang aku ada.. hahahaha!! insyallah ada masa aku g tengok ko.. bila aku dah tak weng..

p/s: badan dah start kebas2 kejap lagi akan terbongkang..

January 18, 2010

Tegur

Aku nak membebel kepada diri sendiri kerana diet hari ini sangat hancur. Aku baru je balik bercikcuran bersama kak gee ditemani filo (comelll) dan napsa (juga comel). Bagus juga berborak dengan mereka, lintang pukang english aku. Tak cuba tak taukannn. Dulu masa aku kerja event selalu berkomunikasi bahasa omputeh dengan client tapi sekarang jarang sekali.. nak cakap kat tegachi suh beli kain sari pun payah.. kain dalam english apa? hahahahaha!! so guna je la metarial, asal faham.

Hasil dari diet yang ketat dan inilah hasil badan i sekarang.

Pagi tadi akak phd tegur aku sudah mengecil sedikit. Sedikit ya tuan2 dan puan2.. Aku tak perasan pun sebab tiap kali timbang takde pulak turun. Tapi aku ada notice bila pakai seluar rasa longgar sedikit. Sedikit ya tuan2 dan puan2. Jangan terlalu gembira, tipu la kan tak rasa gembira.. tak ke rasa bangga kembang semangkuk bila orang tegur kita mengecil sedikit. Sedikit ya tuan2 dan puan2. Makcik aku pun ada tegur lepas jogging hari Ahad. Dia cakap bila tengok dari belakang nampak kecil sedikit peha. Sedikit ya tuan2 dan puan2.

Maka dengan itu, usaha harus diteruskan.. aku ada lagi 11 bulan dan beberapa hari untuk kurus. Dewman bolehhhhhhhh!!

January 17, 2010

Terancam

Morninggggg..

Lets uolll shopping di tengah bulan!!

As usual aku baru balik dari jogging.. dannnnnnnnnnnnnnnnnnn pakcik misai yang suka tegur aku tu pun ada tadi.. mak fengsannnnnn okkkkk!! sibuk suh ikut dia join joggingggg.. takpe selagi kita tak layan, insyallah lama2 pakcik misai tu akan boring dan mencari mangsa baru tuk di tegur.

aktiviti hari ni, aku nak gosok baju jap lagi tuk seminggu. maybe aku akan keluar tengahari ni. rasa berat tuk keluar sebab aku kena belanja memba aku ni memandangkan dia ajak kuar tapi dia sendiri pokai.. so masih di dalam pertimbangan.. mengikut fikiran waras takde maknanya aku nak keluar duit baik duk umah. Petang baru keluar makan sup ketin yang ni kemestian..

p/s: next week kena diet balik.. selamat kembali oat kosong dan roti berserat cicah mashroon soup.. :)

January 16, 2010

Lemak

Morninggg..



aku bangun awal hari ni, seawal 7.30 pagi aku dah bersiap2 untuk memecahkan lemak. cuaca yang baik dan pakcik bermisai lebat juga tidak kelihatan. minggu lepas aku berjaya menurunkan berat badan 2 kilo tapi minggu ni rasanya maintain stamina pun kurang.. aku kumpul lemak hasil daripada nasi arab dan nasi lemak dendeng.. pagi tadi pun dah belasah nasi kerabu.. so how nak turun? pastu membebel sorang2. Kalau aku ada boifren sudah pasti dia bosan dengan bebelan aku. Hanya sheleq seorang sahaja yang memahami jiwa dan raga aku.. hahaha!! aku tau ko pun belasah nasi kandarkan? :P

Nothing much to do on weekend. kalau rajin aku pergi tengok wayang. nak jalan2 tanpa hala tuju aku memang malas. nak belanja tetingkap pun malas. perlu saving sebab next month kena servis kereta. nak balik kuantan lagi. nak beli hadiah tuk bonda dan ayahanda lagi. so duduk la kat rumah cuci baju lipat baju dan tidooooo.

Okla aku nak layan cerita full house nak tgk rain.. ehem ehem phewwwiittt!!

p/s: aku ada jual lemak, beli 2 kilo dapat free sekilo.. pembelian amat terhad!! cepat, jangan ketinggalan dengan promosi ini.. :P

January 15, 2010

Sangat Serius

today?? Nothing much happened.. hanya tension dibelungi coding image yang tak siap2 lagi.. aku dah buntu rasa nak pergi bertapa di gua mencari ilham.. aiyoooo, sekali balik dapat ilmu dari jin badang opsss isu sensitif.. ada sesiapa nak muntah aku, supaya kuat di malam hari.. hahaha!!

Petang tadi, aku dan rafi telah ditegur oleh abg ammar. Sibuk je tau tadah telinga mendengar perbualan kaum wanita terchantek di abad 2010.

ammar: cara korang berbincang serius giler, macam tengah bincang macam mana nak solve coding.. padahal pasal nak besarkan cafe, design, color, makanan apa nak masak?, meja/kerusi mana yang cantik?, income berapa?.. yadda yadda blaa blaa yaddddaaaa blaaaa..

kecohhhhh tau.. dah macam bapak2!!

Kenangan dengan iwa di resort serai, rompin..

untuk perempuan ini, selamat pengantin baru iwa dan pasangannya.. semoga berbahagia sehingga ke anak cucu. sorry aku tak dapat hadir ke kenduri ko di gemencheh, di atas sebab2 tertentu.. nanti aku bagi surat formal siap pos sebab manusabab aku tak dapat hadir.

ala sebabnya aku nak diet..tetttttt salah! sebab aku takde geng nak ke sana.. akukan buta jalan haruslah aku sesat sampai ke kuantan. hehehehe

p/s: aku benci maxis broadband a.k.a berukband.. next month aku nak tukar ke streamyx.. aku dah call bertrillion mengadu pasal keslowan nak mampus.. berangan baru 7 kali.. enuff said i'll change!! streamyx walaupun ko kejap ok kejap tak ok.. tolong tunjukkan kehebatan ko kali ini. motif maxis slow, sebab user ramai pastu sistem tak upgrade.. well jawapan yang sama tuk mana2 vendor :)

January 14, 2010

Mencari Jodoh

Masuk je 30 tahun, makin menjadi-jadi orang bertanyakan hal bila nak kahwin. Please laaa rimas tau, mengalahkan artis tak pun si kak gee.. eh kak gee dah ada 12 orang anak, ibunyah mithali..

Dua hari lepas, aku ada kenal mamat saiko kat alam maya.. sibuk tanya bila nak kahwin. as usual aku jawab la tak tau, takde jodoh lagi. sekali dia bagi jawapan cam chilanatzarbuspundekintamak ' ish..xkn xtau kot... .nk jd adartu ke??huhuhu...'

Kalau di alam maya pun sibuk bertanya apatah lagi in real life.. boleh tak bagi jawapan yang bersifat positif sket, contohya:
  • takpe insyallah esok lusa tulat tonggeng ada la tu.
  • cari la lagi, jodoh tu ada di mana-mana
  • bercuti la kat pulau, selalunya yang bujang-bujang suka skodeng awek vogel kat sana, opsss
  • bersosial la sket, tapi jgn amik XO puiler nanti bukan jodoh je dapat tapi sekali package anak.
aku pun jawab laa.. jawapan geram!!
'hey suka hati aku la bila nak kahwin.. ko bapak aku ke? ko ingat aku tak mencari!! bersungguh aku mencari sampai ke komuter dan ke UK, tapi non ado. takkan nak paksa cari jodoh.. tak pasal2 dapat yang songsang takpun yang suka sepak terajang, time main pun nak terajang ingat hardcore ke?'

Hah, kan dah gila meroyan!!..

susah la nak jawab.. jawapan simple aku selalu takde jodoh tak pun tarikh dah ada calon belum ada lagi. kalau dengan izinNya, insyallah aku akan kahwin..

tension laaa.. coklat plsss

luahan rasa di malam khamis, kak gee pls help?

January 13, 2010

Lapar


Bila rasa sejuk di office, teringin pula nak makan sup ayam berempah air tangan mamak, di mana? aku dah lupa nama tempat ni.. hirup kuah tengah panas sambil cicah roti kosong bersama teh tarik kurang manis pada pukul 1 pagi dan baru lepas hujan. memang marvelos!!


Inilah supplement aku setiap hari. aku start ambil pil sejak sekolah menengah sebab arwah atuk aku dulu jual jamu. sejak itu la aku dah pandai makan jamu awek muda.. Motif dah muda tapi makan jamu??

1st day aku period, mak aku suruh minum air kunyit mengadap matahari terbit.. motif kurang diketahui.. aku lupa, nanti la aku tanya balik.

Cerita tentang arwah, masa arwah meninggal aku tak sempat nak tengok arwah dikebumikan. kebetulan aku ada di jakarta. aku sampai rumah pun dah malam. sebelum aku fly arwah ada minta tolong carikan buku 'nyanyi sepi seorang bisu' tapi hajat arwah tidak kesampaian nak baca. tulisan tangan arwah pun aku bagi kat cousin sana. Mereka nak buat buku salasilah keluarga nak buat rujukan la konunnya. pastu nyesal!!

Sebelum arwah meninggal. buku terakhir arwah baca bertajuk 'menemui tuhan'. adik bongsu aku la yang paling sedih.. hampir seminggu juga la dia menangis. aku pun menangis juga. arwah atuk la yang jaga aku adik beradik bila parent pergi Mekah. Arwah yang masak, arwah yang hantar kami ke sekolah.

Setiap kali raya, arwah akan masak rendang ayam style minang. hari terakhir dia masak semua tak menjadi.. bahan ni lupa, bahan tu tak cukup. tu lah tanda2 arwah akan pergi buat selama2nya. dalam setahun sekali je arwah makan nasi, bulan puasa. hari lain arwah makan capati.. malam terakhir arwah di rumah, mama cakap arwah hanya jenguk dengan pandangan kosong kemudian arwah pun masuk bilik.

Al-fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat!! aminnn

January 12, 2010

Terlajak kata..

Ya, itulah mood aku di office setiap hari selepas keputusan tak jadi berhenti. Malas nak cerita panjang tapi aku dah hilang semua mood untuk kerja rajin2, tuk grab all the opportunity, pengalaman, ilmu and so on hanya disebabkan ada sahaja perkataan atau ungkapan dari mulut rakan sekerja yang boleh buat aku berkecil hati.

Mungkin aku dah tua, kata orang 'orang tua cepat merajuk, cepat terasa' atau aku ni je yang terlebih hormon kecil hati dan terasa.

Aku tau la aku ada meeting this thursday and aku bukan buat tak tahu.. dah tersemat di dalam hati untuk minta ilmu dari kawan sekerja aku supaya nanti takde la terkontang kanting bila dalam meeting. Tapi ada je suara2 yang boleh buat aku terasa, walaupun nawaitunya baik tapi cara penyampaian kadang2 macam mengecilkan kredibiliti aku atau aku je terlebih emo!! tah laa malas pikir.

What ever it is, aku perlu kuat tuk hadapi semua ini.. nak matikan hati ermm binasa aku nanti! And pls i need komen yang membina dan menaikkan semangat bukan negetive komen.

luahan rasa di hari Selasa, kak gee pls help?? :P


January 11, 2010

Ngantuk



Tataplah soft toy kesayangan hamba sekarang yang diberi nama cikki.. eh greeny! jijon u ada soft toy ke? opsss!! hahahahaha

Insyallah coming soon aku akan ada soft toy baru bernama gary (haiwan peliharaan spongebob).. aku titip dengan enchik deng yang akan ke london membawa surat cinta ku untuk abg engineer di sana. :P


seperti yang dijanjikan, inilah satu-satunya gambar sup ketin yang sempat aku tembak.. oleh kerana aku bukan jenis makan bahagian dalaman haiwan maka aku order sup ayam je.. memang mervelos! sup yang tidak byk minyak, sedap di makan bersama nasi puteh dan telur dadar garing. Terasa air rebusan tulang dan kepedasan cili padinya.


Sarapan pagi, resepi air tangan sendiri, oat bertahtakan vege+chicken ball dengan kicap bangau dan cili padi.


Kucing kesayangan jojet tompok namanya, kalaulah abg kucing kesayangan jijon ada lagi.. sudah tentu abg kucing akan meminjam tompok untuk disenyawakan. tompok ni baru baik dari flu, seharian tompok kat rumah makcik aku. kerja tompok makan tido makan tido.. sama naik ngan makcik aku, makcik aku tido tompok pun tido.. ada gambar tapi kerana tahap keseksian betis makcik aku maka haruslah direject.

Semalam aku layan AJL, rasanya dah lama aku tak tgk. akibatnya aku ngantuk tahap sorong bantal terus tido laa..

tu je.. bye bye :)

January 9, 2010

Mood


masih dalam mood menyambut harijadi..

quick update for today and coming event,

pagi tadi aku dikejutkan deringan telefon dari bondaku. ini adalah panggilan pertama dalam hidupku bila bondaku menangis ketika wish bday. hanya ucapan simple tapi membuatkan hatiku sebak lalu menangis teresak2. siyes sedih!! agaknya kalau umur 40 tahun, 3 hari 2 malam agaknya aku tak berhenti menangis. kemudian berbicara bersama ayahandaku pula, time ni suara macam nak taknak keluar. aku dah 30 tahun, mereka semakin berusia. haiiihhhh sedihnya!! semoga aku sempat membalas jasa dan budi mereka. Terima kasih mama & papa, kerana bersusah payah membesarkan kaklong selama 30 tahun. besar secara terlebih normal pula tu!! :P
pesanan mama & papa akan kaklong tunaikan, insyallah! aminnnnn..

petang ni aku ada makan2 sup keting di bangi.. gambar nanti aku upload.

midnite aku ada janji dengan sheleq menonton bioskop, movie old dogs. birthday sheleq juga jatuh pada hari esok. so join the club beb!

thxs to all yang wish bday tru sms, call, facebuk, email, comment and other medium. for those yang doakan aku semoga dapat jodoh, sila mainkan peranan anda untuk mencari jodoh yang sesuai untuk aku.

Tiga Puluh Tahun


Selamat ulang tahun yang ke-30 buat diri sendiri.
Selamat tinggal 29 buat selama-lamanya.
Dan selamat datang 30.
Semoga dimurahkan rezeki.
Semoga disihatkan tubuh badan
Semoga panjang umur.
Semoga hidup lebih diberkati dan diredhai oleh-Nya.
Semoga jiwa lebih tenang.
Semoga dipertemukan jodoh.

Aminnnn..



Tepat jam 12.00 pagi, kedengaran orang mengetuk pintu.. aku dah tau apa agenda mereka. bukak je pintu mereka pun mendendangkan sebuah lagu pendek 'happy birthday' dan penyampaian hadiah. thanks to jojet, makcik dan auntie linda kerana sanggup bersengkang mata menunggu jam 12 untuk sambut bday dewman yang ke 30. so touching..

1st sms came from najwa, awek keramat yang single and hot. (00:04)
msg berbunyi 'Helo helo sistah. 30 sudah bah.. Heheh hv a nice 1. Moga kawin ini thn. Aminn! (ada icon cartoon pegang love)

thank you najwa.. carikan i sorang jodoh noks.. yang straight ok!!

2nd sms pula came from sheleq, awek ghotic berambut merah dan berboifren jiwang. (00:31)
'Selamat harijadi yang ke 21 utk dewman!! Semoga panjang umur dimrahkan rezeki.. btw botox kat pp tuh buat kat doktor mana? nampak cam 21 thn je.. hahahaha (ada ikon jelir lidah)

thank leq.. ahad bday ko pula.. join the 30's club. aku tak pakai botox2 nie aku guna tempe je tepek kat muka. takyah nak kisar2 ko beli terus ko tepek sejam dua.. gerenti mujarab.

continue..

January 8, 2010

Menghitung hari terakhir


Tinggal sehari je lagi..
takde la sehari, tapi dah setengah hari.. lagi 9 jam je.

Semalam aku jumpa parents aku di Swiss Garden dah seminggu sebenarnya mereka di KL tapi baru semalam aku berkesempatan jumpa. Alang2 mereka pun celebrate la birthday in advance di hotel. Bapak aku tak tau nak g mana konsep malas nak jalan so dinner je la kat restoran hotel.


Tempat yang dituju.. kami pilih menu ala carte je, malas nak berbuffet2 memandangkan aku tengah diet ketat.. chewahhhh!! korang percaya laaa aku diet..


Nasi goreng kampung bertahtakan telur mata kerbau seketul, bersisikan satay ayam dan dihiaskan dengan sayur-sayuran mentah. Sedap okey!! ayam berketul2 harga pun berketul2 laaa.. aku suap 2 sudu je, kang bapak aku marah makan banyak2.


Fav food mak aku, beehoon kongfu.. memang marvelos, penuh dengan ayam dan udang 3 ketul.. jadi la kannn!! dan makan bersama cili padi jeruk.. fuhhhhh!! lazat juga dan tukang habiskan makanan.


Ya dan inilah dinner pilihan aku, grill chicken bersama puluhan jejari kentang dan beberapa ketul sayur-sayuran. not recommended sebab tak terasa sangat black papernya.. tapi boleh laaa sedap juga.. so diet tak makanan aku? hahahaha

Lepas makan sudah pastilah masa untuk menyampaikan ucapan dan pesanan utk bday girl.. bday girl tak sesuai ok, wanita bekerjaya comel cantik meletop dan diva equine. Jijon bagi i merasa jadi diva equine sekali je sempena umur i 30han.

mama: ni dah masuk 30, semayang tu jangan la tinggal.. kat opis tu semayang jgn lupa. Ouuuccchhhh bagaikan tertusuk paku, kayu dan segala macam benda yang tajam ke dada aku.
aku: baik ma. (ya, ini benda pertama yang aku nak ubah selama ini.. mencari keredhaan Allah)
mama: kaklong taknak sambung study ke?
aku: nak!
mama: kat mana?
aku: UITM je la.. senang dekat, mama nak sponsor ke?
mama: insyallah, taknak belajar kat luar negara?
aku: terkedu!! tgk la dulu.

nasib baik mereka tak tanya bila nak kahwin, kalau tanya, time tu juga aku akan menangis bercucuran air mata dan meratap macam orang kehilangan suami. hahaha!! amboi mentang2 la sponsor nak hantar jauh terus. aku memang teringin nak ke uk, jepun ke, australia ke.. nak start tu malas.. GGO jom sambung study!!

January 7, 2010

Menghitung hari 4


tinggal lagi 2 hari.. (sila jangan muntah dengan gaya penulisan aku)

Bagi memenuhi permintaan si wanita jelitew di equine park yang ada iras abg Fatine Ar Bukbukit Pelesu, iaitu menyenaraikan pengalaman pahit manis selama 9 tahun lepas.. mari kita mulakan.

2000

  • Belajar di IKIP kuantan yang kolejnya terletak di depan pantai feeling2 berada di alam baywatch melihat abg2 berdada besar dan berketul2 diperutnya dan yang paling penting aset yang cantik seperti ‘rain’ berlari2 mengejar aku.. eh silap mengejar mangsa yang pura2 kelemasan iaitu aku eh silap yang lemas di dalam laut. Kalau si jijon, dia kelemasan dirangkul abg baywatch.
2001

  • Masih lagi bergelumang dengan buku dan ilmu. Makin lama makin malas nak buat coding.. memang hancus CGPA aku time tu.
  • Semester kedua, aku duduk rumah parents. Ala dekat je pun. Kalau malas aku naik la bas kolej yang lalu depan umah. Selama belajar takde la pulak aku terima surat rahsia ke, surat dari admirer ke, surat ugut suh kawin ngan dia ke, surat suh jangan dekat ngan boifren dia ke hatta surat cakap aku lawa pun takde.
2002

  • Oleh kerana aku malas belajar n suka main2 je, aku pun extend la lagi satu tahun.. 4 tahun uolll dah macam amik jurusan kedoktoran..
  • memandangkan aku nie rajin chatting sejak tahun 1997 (time SPM pun nak chatting, amik kaw BM hancur) aku ada la mengedate dengan jejaka tempang, jejaka besar, jejaka ensem, jejaka berhidung belang dan sebagainya.
  • One fine day, aku ngan kawan ada blind date ngan sorang mamat nie. Mamat ni kata muka dia macam badrul muhayat.. time tu kira femes la si badrul nie. So utk memastikan muka dia cam badrul, memba aku pun g la usha naik speda. Pastu sampai umah dia gelak2, dia cakap takde pun cam badrul cam godzila ada la. Mamat tu tak puas hati napa kami tak jumpa dia. Amik ko kecik2 dah pandai pilih bulu.
2003

  • Lepas konvo aku dapat kerja kat Ampang sebagai IT Admin. Kerja ni pun budak chatting merangkap boifren aku yang ke-2 yang tolong carikan. Lepas interview, boifren aku nie bagitau yang bos aku tu mempunyai seorang wife yang sangat cemburu. Aku diterima pun sebab aku ada boifren. Haiyoooo dah tua la bos aku tu, harap kaya je. Aku satu tempat kerja ngan boifren aku. Dia jawatan 3D animator.
  • Time tu aku underground so suka la boifren suar pendek selekeh pastu rambut panjang n ada janggut. Tapi sekarang pun tetap suka orang2 camtu.
  • Last gig aku pergi pun kat teratak dangdut, yang perform sudah tentula disagree pastu mother of land.. n tah sapa2 lagi la aku tak ingat.
  • Aku sambung belajar sebab nak buktikan kepada dunia yang aku boleh berjaya dalam hidup. Dan bermula la titik permulaan aku sebagai seorang pelajar yang tercampak di shah alam. Kolej je uoll bukan uitm.
  • Orang pertama yang tegur aku sudah tentulah Fairuz yang agak tomboy orangnya dan friendship ini kekal sehingga sekarang.
  • Time ni aku kenal la si vince, jam, pastin, si mahadi a.k.a mimi, jijon, sanflower dan si mucab tu aku tak kenal sangat.. yang aku tau dia ada nyanyi2 kat pentas kolej. :P
2004

  • Hazab duduk kat asrama kolej.
  • Reka bentuk macam bangunan kedai.
  • Bilik air jauh.
  • Naik tangga.
  • Carpet bau busuk sebab pengaliran udara yang di support hanya satu tingkap sahaja.
  • Tempat nak sidai baju pun takde. Sidai baju kat corridor je.
  • Rajin masuk libaray, merasa la dekan 2 kali.
2005

  • Belajar dan terus belajar. Time ni kurus sket dari sekarang akibat berjalan kaki dari apartment perdana ke kelas. kekadang jer naik cab yang dikongsi beramai2.
  • dah pandai keluar malam balik pagi. budak umah sok sek sok sek dengan kawan aku mereka cakap aku nie selalu balik pagi. at last diaorang terkantoi dah la balik pagi pastu boleh la amik gambar dalam hotel.. opsss apakah?
  • tgh gile ulang tayang citer full house.. korean! i love rain
2006
  • Tengah sibuk dengan word processor. Sampai kami dah give up. Nak tukar tajuk tapi di ugut oleh supervisor nanti dia failed kan pastu kena extend. so terpaksa la tanpa rela utk siapkan.
  • Malas lepak kat kolej lepas kelas. terus ke rumah tidur.
  • gara2 jawi, dah tidur boleh bangun balik. tetiba dapat ilham dalam tido. giler!
2007

  • Presentation final project yang jahanam tu.
  • So pas final project.. aku, jijon dan sunflower diterima praktikal di pelssb klcc. Time ni no wonder la kalau tgk aku bermekap bagai, nak chantek kan nak usha pakwe2 petronas. Tapi non ado semua sudah dirampas sama nyah jijon. Kata jijon semuanya gayah. Habis yang straight kat mana, masjid jamid kah? Atau di chow kit?
  • Aku juga sudah berkereta nama beliau puteh.
  • Aku juga ada boifren tapi hansap bodoh bangang asyik nak pinjam duit je, pastu nak pinjam keta.. terus aku ceraikan sebab sangat menderita... hahahahaha!!
2008

  • Bermulalah kerjaya aku sebagai marketing coordinator. Hazab mula2 masuk kerja.. nak kena call up beribu2 orang utk clean up database. Tapi seronok, aku suka join event. Boleh jalan2, boleh jumpa orang baru dan yang paling seronok dapat hadiah dari setiap booth.
  • Budak opis yang aku baik sampai sekarang adalah si sheleq.. hehehe jom leq kurus sesama!
  • Pastu aku dapat kerja kat mimos, kontrak 3 bulan sebagai programmer
  • Pastu aku kerja kat bangi juga sebagai programmer.
  • GGO club ditubuhkan memandangkan masing2 suka bergossip time kerja bertambah la kawan aku si sazz dan si kantan.
2009

  • Lagi sekali aku tukar kerja, kali ni di puchong pula juga sebagai programmer. Dan akhir sekali tercampak la aku di tempat kerja sekarang dah setahun lebih aku kat sini. Mana taknya dah berhenti masuk balik siap ada farewell party hadiah bagai. Tapi setiaaaa lagi. Aku nak korek ilmu sedikit demi sedikit dari bos aku ngan budak depan meja aku si raf. Sila tunjuk ajar ya!!
Harapan tahun ini 2010
9.01.2010 genap la aku 30 tahun. Walaupun aku dah bekerja, dah boleh beli itu beli ini tanpa bantuan orang lain, tapi bila tgk orang lain dah ada suami dah ada anak, serba sedikit aku akan jadi down!! Aku belum puas dengan apa yang aku ada, ada duit ada kereta itu tidak cukup buat aku. Hah kaw tetiba emo kenapa? Period ke?
So harapan aku semoga aku akan dipertemukan jodoh, akan lebih Berjaya, nak bertaubat, nak tuntut ilmu dunia dan akhirat. Pendek kata aku nak berubah sedikit demi sedikit.

Banyak sebenarnya yang dah berlaku selama 9 tahun. tapi ni je yang aku ingat!!

January 6, 2010

Menghitung hari 3

Tinggal lagi 3 hari..

Senarai persediaan untuk melangkah ke alam dewasa yang lebih mencabar:
  1. Benda pertama aku nak buat, aku nak tegur cucian mata aku kat dalam train, hahahahaha!!
  2. Nak kurus juga walaupun dah cuba bertahun2.. pls dont give up!! ggo pasni kalau nak buat makan2 sila pastikan ada salad bertahtakan ayam popcorn kfc tuk aku ya.. kenduri kahwin miss HSM, sila sediakan aku nasi kurang kanji dan lauk pauk kurang lemak. :P
  3. Nak betulkan kereta, nak tinggikan balik, nak tukar tayar.. i need more money kechinggg!!
  4. Berbudi dan berbakti kepada bonda dan ayahanda. Jasa mereka tidak terbayar, kasih mereka kekal hingga ke syurga.
  5. Nak berkawan seramai yang boleh, tapi kawan yang menyenangkan dan bukan yang menyusahkan dan menyusutkan duit aku.
  6. Bekerja dan bekerja dengan bersungguh2 sehingga ke titisan darah terakhir.. chewahh muntah aku dengar!! jap lagi nak facebuking pastu nak masak2 pastu nak lawan2 ngan mafia nama raficyber
  7. start balik mengumpul uang, utk beli rumah dan pergi haji.. kalau ada suami aku tetap nak kumpul sebab nak beli baju, emas, iphone 10gssexge10.10, hahahahaha!!
  8. Akan dipikirkan kemudian.. byk lagi nak disenaraikan tapi tak mampu nak berfikir.
  9. Eh jap, ada tertinggal lagi satu.. mencari calon suami.. aminnn!!

January 5, 2010

Menghitung hari 2


Lagi 4 hari..
bak kata orang-orang kebiasaan
'ala nombor je, kenapa ko nak kisah sangat yang penting happy.. ko pun bukannya nampak tua.. muda comel baik hati lawa ayu meletop marvelos'
ya ya itu aku.. hahahaha

January 4, 2010

Menghitung hari


Lagi 5 hari..
angka 2 akan hilang dengan sendirinya..
dan selamat datang angka 3..
sambutlah aku dengan gembira wahai jijon dan miss sunflower.

sekian.

January 1, 2010

Misai

Aku telah dingorat oleh pakcik kertu bermisai lebat..

'jom lari sama2'
aku geleng..
'jomlaaa'
terus aku slow..

terbantut larian 1000 meterx10+11-2 sambil passing2 baton.

pengsan mak dengan misai2 ni, dont like!!

Nuffnang Ads