nuffnang ads

January 27, 2013

Lombong Bijih Timah @Sg Lembing


Aktiviti pagi bersama bonda menerokai lombong bijih timah sepanjang 700 meter. Selain info dari mpk, aku dpt berkongsi pengalaman dgn seorg uncle berketurunan singh yang pernah berkerja sebagai pelombong bijih timah. Tahun 80han sahaja gaji beliau RM1k. Dia cakap dia happy dapat mengimbau kenangan dalam tu dan dalam masa yg sama dia juga rasa sedih. Dengan harga RM30 aku rasa sangat berbaloi. Now tgh diskaun 50%. Sila la pergi. Mengikut kata uncle tadi terowong ni masih ada bijih timah yang boleh bertahan lagi 50 tahun tapi kos penyelenggaraan sama je harga melombong sebab bahagian bawah dah dipenuhi air. Ya kedalaman lombong adalah 2000 meter.



*masa aku pergi dulu takde safety helmet, hopefully diaorang dah provide sebab bahayakan, anything can happen dalam tu walaupun batu2 kecik yang jatuh.

January 25, 2013

Random

Melukis dikala bosan. Lamanya tak pegang pensel utk conteng2. Dulu masa belajar rajin la juga. Sekarang semua guna lappy or hp. Ni la hasilnya sambil menunggu turn appraisal. Buruk!

 Lauk kenduri last weekend kat seremban.

 Murtabak maggi yooooo! lama gila tak buat

Nasi ayam garing di cyberjaya.. Alhamdulillah

January 21, 2013

Pasar Malam

Sejak aku duduk KL ni, aku jarang sangat pergi pasar malam. Aku tak berapa suka sebab makanan yang mereka jual tak menepati citarasa aku. Contoh kuih muih, cara buat dah tak rasa kuih traditional. Kalau pergi pun aku beli mee goreng ke, ayam goreng bapak besar ke, murtabak ayam yang manis? manis ya manis..

Pasar malam yang aku suka pergi kat kuantan. Kalau beli lompat tikam tu, takde la guna pewarna. memang guna air daun pandan. Baru la sedap. Tapi kalau dibandingkan harga dengan 3..4 tahun lepas banyak beza. Slightly naik la RM1 ke RM0.50. Besar tetap sama. Paling puaka dah la naik harga tapi makin kecik. Goreng pisang, belah 3, jual 3 singgit. Ya la ya la aku masak sendiri kalau bising tang harga. Jangan banyak complain. Kat opis aku ni pun, nasi ayam goreng berlado dari RM4.50 naik RM6.

Lompat Tikam RM2.

Kiri tu, tepung pelita, kanan tu, apatah badak2.. badak berendam.. ya kot. 3 biji RM1

Nasi kukus. Fail la nasi kukus ni, sedikit mentah. Lauk ayam sedap dah. RM5

Kuih muih.. banyakkkk sukaaaaa.. 

Lauk pauk.. nasi dagang pun sedap..

Mee goreng, sebungkus RM1.50.. masih murah berbanding dengan KL RM2.

January 18, 2013

Sejam bersama Bella


 Oh Ohhh salah laaaa..



Hello cik abang, nak ke mana tu?


  lumrah hidup la bella, bukan senang perigi mencari timba.. Oooohhhhhh :)

Muka tanpa rasa bersalah.. katilku diserang taufan bella

Inilah penangan bella di rumah makcik aku. Abis dia punggah barang2 aku yang cute. Patung hello kitty yang berbungkus tu pun dah jadi mangsa. "ukak ukak" pastu buat muka nak nangis.. aku pun bukak pastu tak pegang pun. Uwaaaaaa 4 tahun aku simpan dalam plastik. Takpe bella, selagi ko comel aunty dew layankan je.

January 15, 2013

Merlin Last Season

Tamat sudah cerita kesayangan aku tadi. Lepas ni cerita apa lagi aku nak layan. Takpe, boleh ulang balik dari season 1.. tak boring pun tengok banyak kali kalau ada Merlin. Ending memang best, ada la sket tak puas hati.. hehehe manusia mana pernah cukup. Aku nak tau juga, apa jadi pada Gwen, apa jadi pada Giaus. Confius la, adakah akan ada season baru di zaman baru. Ending pun ada gambar Merlin dah tua. Arrrgghhh rinduuuuu.. parah sudahhhh!

 Merlin, will miss you :)

 Arthur dying in peace.. time ni nangis, sedih!

 Merlin, love you

 Best friends :) hoping for new season.

I hate you Mordred walaupun you comel. Owh Morgana juga hate you.
All piccas from Google.com, keyword 'Arthur die Merlin'

Dah2.. jangan nak emo sangat. Cerita tahyul je pun.. melalaikan.. huhuhuhu

*update 15/1/2012.. tengok tuk kali ke-dua.. demmit masih nangis

Pada aku yang masih tak puas hati Merlin dah habis dan nak tau apa akan terjadi seterusnya.. mari la kita baca kat merlin sini dan merlin sana sekurang2nya lega sket.. hehehe parah2

January 10, 2013

Relaira


Memperkenalkan Relaira anak cousin aku. Nama panggilan Rara, Aira, Laira apa2 la yang auntie dew suka. Aira ni lepak kat umah makcik aku sebab kat area Ampang takde air sampai bulan depan, bulan depan ya, gila apa! susah takde air ni.. kalau nak makan, minum boleh je tapau kat kedai.. kalau memerut, kencing, nak mandi.. yang ada 10 orang anak lagi nak g sekolah.. anak kembar 4 lagi.. nak mandi haid la, junub lagi.. kesian.. Bersabarlah wahai penduduk..

Makcik aku masak nasi pandan dihempap ikan salmon masak tumis asam pedas.

January 9, 2013

Selamat Pendek Umur

Selamat pendek umur.
Gambar gedik aku amik petang semalam. 
Abaikan kuku panjang tu :).
33, single and AVAILABLE.
Aku, OK je, happy.
Next month holiday panjang tuk diri sendiri.. weehhooo, gangnam style!
Kerja OK, Kereta OK, apek bengkel tanya "you setahun jalan 10,000km SAHAJA ke?" :)
MakAyah AdikBeradik semua sihat. Sayang mereka semua.
Berat badan maintain, kurus? Malas layan laa.
Mata aku besar arrr, bulu mata pun panjang. Cantik rupanya, hahahaha parah!
Alhamdulillah

January 3, 2013

Berebut


Kesian anak2 roboski ni yang diabai oleh tuannya. Melampau betul, sampai sekor mati pun tak perasan. Maknanya tak tengok la kan. Geram lak aku. Aniaya binatang je, taknak bela bagi kat orang, senang! Semalam aku la dok cuci kandang anak2 ni. Aku dah la geli nak pegang maka terpaksa la pakai sarung tangan getah. Cuci, sembur2 pewangi pastu letak dalam pasir mandi tu. Pastu aku letak kat ruang tamu bawah kipas bagi angin sket. 

Video kat atas tu lepas kandang dah bersih.. berebut2 nak main pusing2 tu. Aku tak sempat lak nak amik gambar 3 ekor kat atas tu bertindih2. Comel je.

Nuffnang Ads