nuffnang ads

June 30, 2011

Muhammad Aidil Danial

Last weekend aku lepak dengan farah.. kawan baik aku sejak tahun 1997. Aku rapat dengan dia pun sebab minat kami sama iaitu mengumpul poster. Aku minat bsb dia minat boyzone. Rumah pun dekat, senang la nak tukar poster atau bergossip.


Tahun 1997 adalah tahun aku dengan farah rancak berchatting. Aku dengan farah suka la buat blind date. Ada sekali tu, farah ada la kenal sorang mamat ni, dalam chatting dia kata muka macam badrul muhayat. Muka taknak kalah nak hensem2 je. So, aku dengan farah buat la pakatan jahat. Time tu takde kereta lagi so kami berbasikal je la. Farah janji nak jumpa depan kedai runcit, kedai runcit je uoll nak pergi mall tak mampu, sekolah lagi. Oleh kerana badrul jadian tu tak pernah tengok kami, so, farah pergi la buat tinjauan depan kedai tu.


Lepas tu, farah pun jumpa la aku kat rumah. Farah ketawa dowhhh terbahak2.. muka takde langsung macam badrul. Aku tak ingat la macam mana farah explain muka budak tu. Badrul jadian tu tak puas hati, sibuk la dok call napa tak datang. Hahaha, nak datang macam mana, kata badrul muhayat tapiiiii fitammm!! perasan badrul konon nak tipu pun beragak la kan..


Lepas farah kahwin, aku nangis ya masa farah kahwin, sebab aku rasa kehilangan kawan baik. Tapi alhamdulillah, kami tetap berkawan sampai sekarang. Walaupun jarang berjumpa tapi kami masih berhubung melalui fb ke sms ke tak pun aku baca blog farah.


Farah, aku sayang ko ok.. huhuhu sedihhhh!!






Anak farah yang ke-4, Aidil.

June 29, 2011

Keropok Ikan

Aku kebasahan tadi di opis, kemain lebat hujan pagi tadi . Dah la payung kurang mahal, macam nak tercabut di tiup angin. Bas pulak satu je hari ni, malas nak marah2 kena kawal emosi so layan je la.

Semalam aku berdukacita kerana ayah cousin aku dan tok adang telah kembali ke Rahmatullah di Jakarta. Takziah dan semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Arwah ayah cousin aku tu, aku tak ingat samada pernah jumpa ke tak. Tapi aku pernah tidur kat rumah dia. Takde la rapat sangat sebab baru kenal. Aku pergi Jakarta tahun 2003 dengan maklong aku. Kalau ikut cousin aku belah sini yang muda remaja gamaknya memang berlibur je la. Tapi kalau pergi dengan ortu ni, lain sket plannya. Time tu sudah tentulah aku berjalan2 di rumah saudara mara kat sana. Sorang pun aku tak kenal, a few je. Banyak la adegan air mata berlaku masa tu. Maklong aku dah lama tak jumpa mereka. Kalau ikut cerita, maklong aku yang mencari saudara belah sana. That why la kami agak rapat.

Arwah Tok Adang memang aku kenal sebab aku pernah tidur di Chemande. 2 malam rasanya. Arwah ni rajin bercerita. Kat rumah arwah ada bela ikan emas dan gurami. Melentik2 ikan bila bagi makan. Makan kat sana, of coz la sedap! Isteri arwah masak best owhhh terutama ayam goreng!! Last sekali aku jumpa arwah tahun lepas, dia ingat aku lagi. Time tu dia dah tak berapa nak sihat. Pemergian arwah sudah tentu la aku terasa sebab muka arwah lebih kurang sama macam arwah atuk aku. Sedihhhhh sob sob.. Kira beruntung la aku ikut maklong aku ke sana sebab boleh kenal ramai saudara mara.

Ok, dah taknak sedih2.. jom tengok gambar!



Keropok hasil kedai bapak aku, pada aku sedap sebab banyak ikan. Buat masa sekarang hanya ada keropok kering. Jenis cekedes pun ada. Boleh la try kalau nak, ada kat kuantan tu hah! cari lahh hehehe gilo! macam satu je kedai keropok kat kuantan.

June 28, 2011

Koci & Kutu

Aku suka pergi meeting yang tak perlu bersuara. Pergi hanya untuk dengar, angguk kepala, ya atau tidak, cuci mata, memperluaskan jajahan mencari jodoh dan akhir sekali balik opis buat report.. terlupa part paling penting.. makan! Tapi tak semua tempat yang aku pergi dapat makan la.

First time aku pergi meeting kat cyberjaya. Dah la baru masuk kerja, suruh pergi meeting yang aku sendiri tak tahu apa agenda meeting. Bos aku pesan, kalau depa tanya, jawab je 'ok, nanti saya akan bincang semula dengan team' jawapan template dari pagi sampai tengahari. Tunggu sampai tengahari pun dapat makan nasi lemak. Kira ok la kan!

Dah dekat 3 tahun aku kerja kat sini, aku baru dapat name card. Dulu aku kerja kontrak tak sampai 2 bulan pun dapat name card. Bukan aku g meeting pun kat sana. Takpela anggap je la opis aku save budget. Lagi pun aku jarang pergi meeting. Aku minta title helpdesk tak dapat. Eh, baru aku perasan tittle aku takde senior. Demmit! tak aci.. sebenarnya aku lagi suka, kurang beban kerja. boleh!! hahaha gelak jahat..



Seeeee, aku punya turn tahun depan. Demmit tuk kali kedua.

June 27, 2011

Makan yukkkk

Aku dah start diet balik. Ish kejap on kejap off.. tak faham aku! hehehe diri sendiri pun tak faham apa lagi orang di luar sana. Tapi sebelum aku start diet aku mesti nak makan sedap. Contohnya seperti gambar di bawah.. Nasi kerabu dengan ayam goreng berempah!



Roti jala dengan kari ayam, makan free kat hotel. Gambar super tak lawa since tempat tu malap!

June 26, 2011

Nona & Strawberry

Tiada aktiviti yang menarik berlaku pada hujung minggu ini. Hanya ke herbaline untuk mencantikkan kulit muka dan lepak di rumah farah bersama 4 orang anaknya. Meriah uoll ada anak ni, kecoh satu rumah! Memandangkan aku masih single, dapat tumpang bergembira dengan anak memba pun jadi la.. yang penting rumah dia dekat ngan aku.. kalau jauh gamaknya setahun sekali la kot aku datang. hehehe!!

Lepas buat facial aku sempat beli buah nona. Sebiji RM5, aku pun tak tahu kenapa tetiba nak beli padahal bukan la buah kegemaran pun. Aku pun dah tak ingat macam mana rasa buah nona ni. Tapi apa yang aku tau, isi buah nona ni seakan2 macam buah belanda.

Sila abaikan background di belakang. Aku nak cover cahaya sebenarnya, alang2 benda tu ada atas meja, kita gunakan sebaiknya.




Kek batik bersama strawberry.

Pulut hitam dan strawberry juga.

June 24, 2011

Budi Doremi

Dewman kembali lagi!

Petang tadi aku pergi makan free kat hotel. Kalau dah petang, makanan also la lite2 kan. Dapat la aku belasah roti jala dan sandwish sedap. Pastu dapat pau lilin kat atas meja. Besar nokss lilin tu.

Lepas makan dapat la sedas dua tembak artis baru dari Indonesia. Nama beliau Budi Doremi. Kenapa Doremi sebab single pertama beliau bertajuk Doremi. Doremi pun boleh jadi tajukkan. Aku baru je kenal budi ni dari budak2 opis. Panggilan budi ni Brono Mars Indonesia. Aku gigih la gogel tak dapat2. Rupanya Budi Doremi.


Sorry la, oleh kerana tempat event tu malap di tambah pula dengan camera yang tak berapa nak canggih sangat, so ini la hasilnya. Banyak2 gambar, satu je yang ok. Nak harapkan budak opis aku amik, semuanya bergegar. Parkinson agaknya.

Dalam video clip Budi ni nampak biasa2 je, tapi depan mata.. please laaa cuteeenyaaa! orangnya kurus, seluar macam fesyen korea, kecik kat bawah pastu pendek atas buku lali tapi yang penting dia muda lagi, lahir tahun 84. Perlu ke nak bagi tau dia muda! aiyoo mencari anak ikan ke?


Dengar la lagu mamat ni. Lucu deh video clipnya. Macam2 gaya dia tiru, dari rock, pop n so on.. at last dia jadi diri dia semula.

Akhir sekali, tatap la wajahku yang kini berusia 17 tahun.. *pengsannnn

p/s: korang nak tau tak apa yang aku borakkan dengan si budi.. aku bagi tau dia 'hi budi doremi, i baru je tengok video clip u kat youtube. First time tengok. Baru kenal tadi.' Apakahhhh takde idea lain ke!! awat laa aku tak cakap 'lucu banget kamu dengan baju kotak2 tu persis baju dalam video klip'

June 21, 2011

Bila Aku Berkreatif Lagi

Ini hasilnya bila aku dapat sarung hard disk yang puteh kosong. Sarung ni dapat free nak beli lawa2 macam malas la kan. Sila la guna apa yang ada. 30 minit je dah siap. Then aku update sket2.. tambah color emas. Then tambah lagi kat penutup tu. Hanya berbekalkan 3 jenis pen, marker hitam, purple dan emas ini la hasilnya. Lukisan bersepah namanya.

Sorry la banyak sangat gambar, malas nak pilih!












Aku memang suka melukis.. tapi lukisan bersepah2 camni lah.. Sekian

June 20, 2011

Ritz @Kuantan

Tengok je la gambar. Oleh kerana restoran ni malap2 sket a.k.a. saving elektrik so gambar tidak la nak berapa cantik. Nak buat camna amik gambar pun pakai hp. Lain la pakai dslr tu. Neway enjoy!











Nak kata sedap sangat tu takdela. Boleh la! tapi sup cendawan pada aku sedap. Sedap lagi restoran buaya2 tu. Harga ermm standard la kot! western kalau nak murah makan kat kedai mamak.. hehehe

June 16, 2011

Shopping

@Maju Junction semata2 ada sales ms. read. Jualan besar-besaran sebab nak tutup kedai. Apa lagi aku n the chubby geng mengambil peluang untuk memuaskan nafsu shopping la. Dapat la sorang sehelai dengan harga bawah RM40. Aku bukanlah peminat setia ms. read tapi itu je la baju besar2 yang ada. Lagi pun design kekadang tu ala2 makcik. Aku lebih suka shopping dekat kedai blook.

Lepas penat membongkar pakaian2 di ms. read sampai menjadi bukit. Kami pun ke food court untuk lunch.






Akhirnya dapat la sehelai blazer yang aku idam2kan selama ini. Sejak aku bekerja aku tak pernah ada blazer. Mencari juga tapi design ala2 sooo executive. Aku nak yang ada design2 sket. Last weekend dapat la beli satu dekat mark & spencer (salah satu kedai jual baju besar2 juga). Bayar sambil tutup hati!! Ramai yang puji blazer ni cantik. Bos aku kata 'baru la nampak smart'. Ya, aku tau selama ini aku selekeh n sempoi di tempat kerja. Kalau la boleh, aku nak pergi kerja pakai jeans, selipar ngan t-shirt je.

p/s: susah jadi orang yang besar ni, baju takde yang murah! tak boleh nak beli longgok2 beli 5, RM50.. no no tak dapek la jet. Tak jumpa. So, simpan la duit.. setahun boleh la beli 2..3 helai.

June 15, 2011

Menyambut Menantu

Akhir bulan Mei adalah aktiviti beramah mesra dengan saudara mara. Kali ni aku balik kuantan dengan bas. Bukan sorang tapi 4 orang. Lama tak naik bas beramai2. Ada la aktiviti nak buat dan aktiviti terPENTING sekali adalah TIDO dan tidak lupa juga gossip.

Inilah akibatnya kalau bercinta.. bak kata orang ramai 'cinta itu buta'. Bergayut punya la lama sampai langsir bas jadi mangsa. Bayangkan kalau penumpang lain kesat hingus ke, tinggalkan bijih timah ke, kesat air liur ke.. Owwhhh Tidakkk!! Sampaikan aku n the geng turun beli pau pun dia tak perasan. Gila kentang bercinta.

Nah aku persembahkan gambar2 yang sempat aku tembak. Semua gambar aku guna hp 8mp aku. Ada yang aku edit, ada yang tidak. Enjoy!!










Pelamin dalam taman. Kenduri doa selamat je so takde la bersanding ke apa. Last2 kami yang menjahanamkan pelamin tu. Bertaburan dibuatnya. Aku ada amik video tapi nanti la aku letak. Kasi aku edit chenteekkk punya!

Nuffnang Ads