nuffnang ads

July 31, 2013

Ada Kekurangan

Ya, aku kurang post gambar makanan setiap hari masa berbuka puasa.

Sekian, terima kasih.

July 24, 2013

Cucian Mata


Inilah rupa mutawwif yang jaga group aku. Abu Dzar namanya baru 25 tahun dan bekerja sambilan sebagai mutawwif. Untuk fulltime job, dia ada madrasah kat Melaka dan business jual... JUBAH. Ewahhh, semua aku taukan pasal mutawwif ni, siap ada post khas lagi.. kelas hokey!

Aku dah aim masa kat KLIA.. hahahahaha buruk tul perangai tapi tak sangka lak jaga group aku. Terbuka luas la peluang mata, hehehehe!! Dah la satu bilik dengan bapak dan adik2 aku. Ok laa tu leh wat jadi anak.. nanti satu keluarga boleh jadi mutawwif.

Katanya baru setahun jadi mutawwif. Walaupun ada lubang sana sini tapi dari tak tahu aku jadi tahu. Yang penting ilmu yang disampaikan walaupun sedikit. Habit dia ni, mudah lupa. Jangan ada gangguan masa dia cakap nanti dia lupa sampai mana. Nasib baik ada jemaah yang rajin tolong ingatkan.

Part yang paling aku tak boleh lupa, masa nak balik Malaysia. Gila kelam kabut. Tapi jemaah yang pergi ngan aku tu memang aku salute la, sangat sporting dan ringan tulang. Good job guys! Flight aku kat lapangan terbang termiskin di dunia. Katanyalah.. sebab everything cost money. Pakai troli bayar, nak angkut beg bayar dan sebagainya. So, Abu Dzar sewa je troli, beg2 jemaah lelaki gagah perkasa yang tolong angkat dan tolak ke tempat sepatutnya. Gamaknya semua buat sendiri la. Dari A - Z, Z for air zam-zam pun macam tu juga.

Tapi siyes kelam kabut, aku pun tak tau apa puncanyai. Padahal kitaorang sampai awal juga. Cuma toward the end, 83 orang jemaah dijaga oleh seorang mutawwif SAHAJA. Gila la kan, time tu la nak amik air zam2, time tu la nak amik pass boarding, time tu la nak tolak beg. Dengan pegawai airlines tak sabar2 suh check in bag. Sampai takde suara la budak tu.

Akhirnya, Alhamdulillah.. kami boarding on time. Ada la dengar suara2 yang tak puas hati. Pada aku, anggap je la ia sebagai ujian dan bila kita ikhlas insyAllah masalah tu akan selesai.

Satu lagi part aku kagum.. sebab aku sendiri rasanya tak akan buat macam tu kot. Imagine, ko busy terkejar sana sini, lencun satu badan ngan peluh, kejap orang tu panggil, kejap orang ni panggil, kejap tolak beg, kejap cari beg, kejap g wrapping bag, kejap amik air zam2, kejap edar makanan.. kira ko busy sangat tahap dahaga dan takde suara. Tiba2 tengah ko dok agih2 beg, ada orang offer air botol. Kalau aku, bukak, terus minum berdiri. Tapi si Abu Dzar, sempat melutut untuk minum air. Terus insaf aku tengok. Kalau aku citer kat memba2, semua imagine macam aku. See bezanya aku ngan dia. Tapi takpe, we learn from our mistake.. insyallah slow2 nak jadi awek muslimah.

Mengangkut makanan untuk diagihkan.

Dari Malaysia aku transit sejam kat Riyadh kemudian ke Madinah. 8 jam perjalanan aku disajikan makanan yang enak2. Alhamduilllah. Aku naik kapal Saudi Arabia dan aku puji pilot yang bawa kapal tobang pergi dan balik sebab landing yang sangat superb. Aku rasa macam naik keta je. Takde hentakan langsung. Masa aku naik MAS pergi Korea pun takde la sehebat ini. Tapi, ya ada tapinya.. masa pergi, makan 3 kali, ada jus, ada coffee, tapi bila balik, makan 2 kali, jus tarak, coffee pun dapat lepas sejam. Damnnn, ni semua gara2 penumpang Malaysia yang tak sabar2 tukar tempat duduk termasuk ahli keluarga aku. Semua nak duduk dekat dengan ahli keluarga. Pramugari tu punya la marah suh duduk dulu nanti baru tukar. Tapi apakan daya dia kena ingat 'Manusia tak pernah puas' hahahahahaha.. agaknya kitaorang ni kena boikot la.

Sekian..

July 19, 2013

Akhirnyaaaaaa

Weiiiii orang kampunggggg, aku dah ada Instragam!!!! hahahahaha!!!!

Imagine aku dah ada benda alah ni setahun lebih tapiiii aku biarkan je, lately baru terbuka hati untuk upload gambar2 aku kat Madinah dan Mekah. Apa lagi, follow la aku.. :)


Selamat Berbuka Puasa.. eh baru teringat nak wish :)

July 16, 2013

Gua Hira'

Aku dah selamat sampai di tanah air minggu lepas. Tak tahu macam mana nak cakap tapi aku sangat bersyukur kerana dijemput olehNya ke sana. Sedih, gembira, bercampur2 perasaan ni tapi Alhamdulillah semuanya lancar.

Kat bawah ni gambar aku ke Gua Hira' waktu malam. Pendakian yang aku rasa agak mustahil.. al maklumlah gajahkan nak naik dan Alhamdulillah doa aku diperkenankan dan akhirnya aku sampai juga kat atas. Memang tak cukup nafas la nak mendaki Jabal Nur sebab naik tanggakan, pastu udara yang kering dan berdebu2.. bila dah sampai aku tak masuk pun dalam gua tu. Sebab aku disuapkan dengan kata2 negatif dan positif untuk masuk. Katanya badan aku tak lepas la, kaki tak lepas la.. so aku amik keputusan untuk solat sunat je kat atas. At least aku merasa gak la kepayahan isteri Nabi Muhammad S.A.W hantar makanan. Jabal Nur ni tak payah pakai lampu sebab memang dah terang.. Nur kan.. cahaya.. 

Adik2 aku dapat masuk. Depan tempat sujud tu ada satu lubang di mana kita boleh nampak jam hijau tu tapi sebelum ni memang boleh nampak Kaabah@kiblat.

Oleh kerana adik aku lupa bawa battery camera dan aku tak bawa camera gabak aku tu so aku capture guna hp je. Jadilah dari takde..

Allahymma solli 'ala Muhammad, wa'ala aali Muhammad.



View dari atas

Gua Hira'.. ramai2 tu semua take turn nak solat

Nuffnang Ads