nuffnang ads

February 27, 2012

Asam Pedas

Asam pedas ikan bawal

Asam pedas ikan jaket@cencaru

Asam pedas ikan merah

Ikan? FAILLLL, maaf i tak tau, gadis bandar la katakan.. yeah right, cakap je la tak kenal!

Menyelerakan? OFFFF COOOZZZ!! makan dengan nasi panas, telur dadar, kicap, kuah asam pedas dan paling penting isi ikan. fuhhh alhamdulillah.

Gambar ni aku tembak masa lepak kat muar bersama geng2 sengal. Tak makan kat sana sebab breakfast dah berat. So tapau je.. tapi aku tapau ikan kembong.. 2 ekor RM6 kalau tak silap. Tapi terbaik la.. tapi, ya tapi lagi.. sedap lagi bapak aku masak! :)

February 22, 2012

Always Bella

Layan gambar je la ya..

Bella and si bibir munggil.

Bella with dalia. Sila tengok tangan bella tu dah macam ikon machelin.

Bella with tante? tak ingat la pulak, tapi mak si feda, cousin aku kat jakarta.

Token rapidKL, token ke cip? belasah! benda yang paling susah nak jaga. Benda alah ni dah la kecik, aku lak jenis campak sana sini, suka tercicir, terhilang, tersorok.. aiyooo gelabah!

February 20, 2012

Darling

Darling? Siapa?
Bukan siapa2, tapi sejenis makanan yang dipanggil oleh cousin aku dari Jakarta. Kalau kat Malaysia, kita panggil ketayap. Kenapa darling, gabungan dari perkataan dadar dan guling. Maka, jadi la darling.

Adam, ambilkan i dua darling.. gitewww 2 darling. Kuih la, kalau darling tu orang, dah lama kena maki, ya la darling kiri, kanan. Tapi jijon tetap juara, darling dia ramai.

Double mozza burger, fuhhh, alhamdulillah!

Lauk makcik aku masak, aku tapau makan kat opis, terbaik! saving!

Cupcake Velvet, makchu aku buat, terbaik sangat moisttt! cheese tu yang tak tahan.

Darling.


Pecal, bumbu diterbangkan khas dari Jakarta.

February 15, 2012

Lawak Ke Der?

BESTTTTTTTTTTTTTTTT!!

Sekian.





Meh la tengok ending Lawak Ke Der? Aku copy paste je dari tuan punya video ni.

Aku teman adik aku yang minat sesangat kat Zizan. Aku layankan je! Ketawa tak berhenti selama 3 jam. Fuhhh!!

Signature Zizan yooo! Ko ada? ni special case, aku suh dia sign kat casing hp aku. Sanggup beratur panjang semata2 nak dapatkan signature semua orang. Siap beli poster berharga RM5. Paling peramah adalah Nabil, bercakap je dia tu. Takde rasa penat! yang lain bila tanya je jawab. Penat kot! Kesimpulannya, TERBAIK! 10/10 bintang wa kasi!

update 16/2/2012 : poster tu hilang, hahahaha matik la kena amukan dengan adik aku. Aku suspect hilang masa aku hantar kereta aku kat carwash. Mungkin depa ingat kertas apa la gulung2kan. Tah2 depa pun minat zizan.. huahuahuahua!

February 13, 2012

Nasi Kerabu Pakistan


Breakfast berat di percint 9, putrajaya. Not bad, tapi yang menjual ala2 pakistan ke apa tah. Mungkin owner kedai dah masak pagi2 tu, then balik tidur. Harga RM6.50 sebab ada ayam berempah.

Sekali sekala boleh la. Ramai juga yang bangun pagi bawa anak2 makan kat situ. Maknanya kaya juga la pekerja gomen ni kan..

Sekian.

February 11, 2012

February 10, 2012

Hobi Saya Adalah

Location: Merata2 di Kuantan
Emosi: Null
Aktiviti: Makan, beratur, makan, beratur, bayar, beratur, tunggu, pakcik satar eksyen sebab ramai orang beli satar, tunggu lagi, makan dan bayar. So itu la aktiviti aku selama 2 hari.

Satar RM1, 3 biji.. satar ni bonda aku suka sebab kering.

ABC yang aku suka makan sejak dari sekolah rendah lagi. Simple je ada jagung, kacang merah, susu, sirap.. tu je, tak macam tempat lain.. warna warni, kuning la, hijau la, tapi rasaaa biasa je!

Keropok lekor.

Kuih bakar, terbaik.. old skull okey!

Baulu telur, terbaik, bakar pun masih guna kulit kelapa.

Hasil pembelian.

Kuih bom ikan, Satar (satar ni beli kat tempat lain, harga RM0.50 sebiji, aku suka sebab tak kering, tapi pakcik yang jual ni kerek ya.. almaklum la ramai) dan akhir sekali pulut panggang. RM1, 3 batang.

Satu lagi gambar aku tak tembak, nasi dagang. Makcik ni punya nasi dagang memang terbaik la. Tua dah orangnya. Adik aku cerita, dia selalu lepak kat gerai makcik ni pukul 2..3 pagi.. Terbaik la..

Kesimpulan, aku gemuk balik!

Sekian.

February 9, 2012

Bella



Anak cousin aku yang comel banget! baru 6 bulan tapi tembammm.. mak soker! peluk sedappp

February 8, 2012

Peliknya

Apa khabar warga kota? Sihat? Ewahhh warga kota la sangat! aku orang kampss je.. Lamanya cuti sampai nak pergi kerja pun malas, al maklum la tak berapa nak sihat! Lepas ini sila la bekerja dengan bersungguh2 sampai bulan Mei.. Non ado cuti lagi! nak guna AL sayang.. vley?

Aktiviti last weekend, attend nikah n kenduri kahwin cousin aku. Satu2nya cousin perempuan belah mak aku yang kahwin dulu. Itu pun langkah bendul.. Selepas ini dengan harapan terbuka la rezeki masing2 berkahwin pula termasuk aku, aminnnn!!

Simple je majlis, pelamin time nikah pun buat sendiri, door gift pun buat sendiri.. sangat jimat, suka! tak perlu nak gah sangat.. Warna baju masa nikah warna biru, aku ni suka biru tapi tak banyak. Yang ada ni pun tahun 2005 punya. Tapi baju ni aku buat pergi kerja time aku malas nak menggosok. Aku ada 5 helai baju kurung yang tahan kedut, tiap2 mingggu mesti akan ada satu dua helai aku pakai. MALASnyaaaa!!

Nikah cousin aku hari tu, aku pakai baju warna biru kain oren. Peliknya mula2 aku nak pakai. Ni adik aku punya kerja la suruh beli kain konon2nya warna blok.. Baju tu siap last year, lama terperap tahun ni baru nak pakai. Janggal lak aku rasa.. ya la orang kamppss tetiba nak jadi orang town.. fuhhh!! tapi akhirnya aku pakai juga.. Meh la tgk gambar..

Nanti aku post lagi ya gambar.. dont worry!

February 3, 2012

Selepas Hujan

Kuala Lumpur yooo!


Mengigil tangan aku nak menvideokan awan bergerak..
seminit lebih je lepas tu tangan aku dah penat. Enjoy!

Takde Perasaan

Lepas kerja, balik umah jap, gosok baju, gosok apa2 yang patut kendian straight ke ampang.. Tido sana sebab esok ada kenduri nikah cousin aku. Ahad kenduri makan2 then malam tu yayyyyyyyy layan teater Lawak Ke Der? adik aku la nak sangat tengok fav artis dia si Zizan.. aku ikut je jadi peneman.

Tu je la aktiviti aku sampai hari Ahad, Isnin balik ke gua semula. Kemas bilik, tido, makan dan nanti la pikir balik nak buat apa.

Memperkenalkan Kay Enn, anak bos event yang selalu aku join tu. Memba aku kata dia tak berapa nak faham bahasa cina, sebab mostly cakap bahasa melayu atau omputeh. Comel okeyyy puteh gebuuuu..

Comelnyaaa.. aku dan kay enn laa, ahakss!


Ni video kay enn dengan perempuan beskal.. garang manja ok si perempuan ni layan kay enn.. hehehe jangan maraaahhh :)

February 2, 2012

Lemau

Mood tak berapa nak baik.. tapi makan tetap makan!

Semalam Kayhell cutikan, petang tu aku keluar g makan kat makan kitchen, team event yang selalu aku buat partime tu yang ajak untuk meraikan kejayaan kami semua. Sebelum tu, sempat juga membeli belah selendang untuk digunapakai semasa kenduri nikah n kahwin cousin aku. Terpaksa beli sebab aku bukan seorang yang suka kaedah melilit2 kepala dengan selendang. MALAS! aku lebih suka syria, cari pula kain yang tak yah gosok.. pergghhh 2 kali ganda MALASnya tu.

Lastly tatapkan gambar makanan.


Buffet kat red wok.. Nanti aku upload lagi ya gambar.

cucur udang budak opis aku belanja. Alhamdulillah

Nuffnang Ads