nuffnang ads

October 31, 2011

Walaupun Hitam tapi PUAS

Kembali lagi bersiaran.. Nanti aku update aktiviti aku kat Sibu, sangat menarik tertarik, ternyampah, tergeram, termarah, termalu.. macam2 emosi ada selama 3 hari aku di sana. Tungguuuuu...

October 21, 2011

Jumaat Sudah

Menghitung hari untuk fly ke Sibu.. selain ingin melepaskan gian handle event kalau sempat aku nak cari udang kering atau ikan bilis. Apakah? macam di semenanjung takde jual..

Hujung tahun ni, ramai lak nak kahwin.. budak opis aku 4 orang.. fuhhhh duit duit.. Nasib baik budak2 opis ni nak tong2.. yang penting ikhlas nak memberi.. tadi dah beli 2 barang tapi baru tuk sorang.. tinggal 3 orang lagi. aku ingat nak cari alas tempat tidur.. hadiah wajib.. mau dapat 20-30 jenis alas tempat tidur.. tahan la sampai 10 tahun.. tak pun hadiahkan balik pada orang kahwin.. huhuhu

Dah 4 hari aku tak makan nasi.. hari ni nak taknak aku mesti makan.. aku tapau nasi goreng ayam berlado.. nyummyyy.. alhamdulillah sedap!

Weekend ni tak tau nak buat apa.. lepak kat rumah je la. Tapi macam nak makan mcd je esok. ada promotion quarter pounder with cheese RM7 je.. set meal lagi!! macam menarik..

Nasi goreng ayam berlado.. harga RM5

Sob sob.. tak sempat nak masuk pertandingan Jumbo Queen.. kalau tak tentu mak akan menang.. kelazzz!

October 20, 2011

Anda Suka Makan?

Ya..




Selamat menjamu mata.. hahahahaha gila malas nak taip.. ok, aku taip sikit je lagi.. yay, next week aku ke sibu.. hip hip horeyyy!

October 19, 2011

Masamnyaaa..

Kawan opis aku, yang duduk sebelah aku, tak sebelah aku, depan aku, tak depan aku, belakang aku.. selama 3 tahun, camtu je position tempat duduk.. hehehehe, itu tandanya kita tidak dapat dipisahkan hanya partition je yang memisahkan kita :P.. dia ni rajin bawa mangga dari penang.. kalau time tak masak tu.. fuhh sedapppp meleleh2 air liur sebab masam.. ditambah pula cicah dengan kuah rojak mak bee yang di import dari utara.. fuuhhhh masam+pedas+manis, meletop!

uihh kejap je dah hari rabu.. kena settlekan semua kerja b4 aku ke Sibu next week.. chaiiyokkk dewman!

warnanya kuning tapi sedikit masam.. noomm nooommm noommmmm

October 17, 2011

Jejaka Kuning.. aaAAUuMMm

Mood: Malas
Status sehingga ke hari ini: Gila banyak gambar dalam hp nak di upload

Last weekend aku diangkut oleh t.linda ke OU, teman dia attend event Global Shell Fuel Save Day.. aku wakil student mmu.. takpe, akukan awet muda.. .:sigh:. Aku ingatkan event biasa2 je sekali kawwwwww bernanah gegendang telinga.. siap konsert bagai. Dah tua nokkkkss dah tak larat nak berdiri lama..

Tapiiii apa2 pun.. sila la tengok gambar jejaka fahrin di bawah ni ya.. Kebetulan je.. alang2 ada depan meja dia pun baru sampai.. ada sesi tandatangan.. apa lagi amik kesempatan la.. Minat? tidak la sangat suam suam kuku je..

Satu gambar dulu ya.. later aku upload lagi..

*Aku adalah pengguna tegar Shell.. aku dah try petrol lain tapi cepat habis la.. tak lebih kilometer mesti kurang.. dan aku tak reti nak guna ron95 tak tau kenapa.. mungkin kalau minyak ron97 naik sampai 3 hinggit.. aku akan tukar :)

October 10, 2011

Rindu Semakin Membara.. Auummm

Aku tengah rindu ni..
  1. Rindu nak menghuru harakan keadaan di padang.
  2. Rindu nak pusing padang sampai celah jari kaki melecet dek banyak sangat berjalan.
  3. Rindu nak makan nasi bungkus yang dah sejuk sebab tak sempat makan.. kerja banyak.
  4. Rindu nak bersosial dengan orang ramai.
  5. Rindu nak manage exhibitor and others.
  6. Rindu nak dengar shlq membebel, bagi arahan and so on.
  7. Rindu nak bangun pagi n balik lewat malam.
  8. Rindu nak cuci mata alasan tah apa2 sebenarnya, macam sekarang pun tak boleh cuci mata agaknya.
  9. Rindu nak layan kerenah exhibitor and free gift.. wink.. wink.
  10. Rindu nak join operation teams tuk next event with shlq.. weehooooo!!
SIBU, HERE I COME!!

Sebelum pergi, layan asam pedas ayam dulu.. aku memang suka makan ayam, kalau boleh ganti dengan ayam, confirm aku suh tukang masak letak ayam. Aku makan dekat jusco, tapi sedih kedai tu dah tutup.. sob sob.. asam pedas dia sedap juga

October 7, 2011

Hotlink Prepaid Reload

Hello..

Aku ada 5 keping reload hotlink berharga RM100 setiap satu. Aku nak jual dan aku jual murah.. Berminat, sila la email pada aku dewman80@gmail.com

Thank you..


*Dah 4 hari aku takde smartphone, maka gambar adalah 3.2mp. Bila takde smartphone ni terasa pelik tapi aku rasa aman dan damai je jiwa ni.

Selamat Pagi Semua

Hari ini aku dengan baik hatinya membeli nasi kerabu dengan ayam goreng berempah dan separuh biji telur masin dengan menggunakan tupperware. Ya, aku telah mengurangkan sampah.. save satu keping pembungkus tiada efek pada dunia sebab orang lain tetap membeli tanpa tupperware. Sedap ok nasi kerabu ni. Tapi nasi tak banyak sebab tak muat tupperware. Makcik tu cakap dia kurangkan harga. Aku suka je, takde la melantak banyak sangat.

Mewahkan nampak.. takde la sememeh kalau dibungkus.

Makanan kegemaran aku dikala bosan. Tak manis, tu yang aku suka. Aku kalau malas makan nasi tengahari, aku turun la cold storage beli scones ni.. tak pun wantan goreng tak pun banyak la makanan kat situ. Harga pun berpatutan.

*Semalam, borak dengan pakcik perfume aku tu, baru la aku tau.. yang pati tu dia beli dekat france n us.. so kira pati original la dan dibotolkan kat sini. Tapi kalau dalam botol spray tu dah bercampur alkohol. So, yang roll on tu pati.. maka non alkohol.

October 4, 2011

Senarai Minyak Wangi Collector's Perfume

Senarai Minyak Wangi Roll-On
Untuk senarai lelaki sila KLIK DI SINI
Untuk senarai wanita sila KLIK DI SINI

Senarai Minyak Wangi Spray
Untuk senarai lelaki sila KLIK DI SINI
Untuk senarai wanita sila KLIK DI SINI

Kalau rasa nak jenguk2 blog mereka, sila click di sini ya COLLECTOR'S PERFUME


Coming soon, packaging macam ni.. memandangkan susah la pakai plastik!

*Aku sangat suka bau Salvatore Ferragamo, Incanto tapi perfume lelaki la.. gila manis baunya.. sangat suka.. auuummmm


October 3, 2011

Collectors Perfume


Mari.. mari adik, abang, kakak, pakcik, makcik, nenek, atuk dan lain2 gelaran.. VVIP pun boleh juga kalau jenis tak kisah. Pakcik aku ada jual perfume.. bukan One Drop yang korang kenal sejak dulu kala ya. Ni jenama Collectors.. jual loose bukan banyak2 dalam satu kotak.

Hanya RM6 untuk satu botol 3ml kalau beli dua botol harganya RM10. Ada juga botol besar tapi yang tu dah bercampur. Kalau 3ml ni, pati semata2 dan baunya sangat wangi.. Aku ada beli satu, tapi campur air.. Victoria Secret - Secret Charm. *tak dapat bra victoria secret, perfume pun jadik la.. non ado size! Bau best, tahan lama.. satu hari pun boleh tahan.. Tapi lain orang lain la..
  1. Kalau jenis berpeluh sakan 24jam, jangan harap nak tahan lama
  2. Kalau jenis kejap2 nak basuh tangan, then pakai kat pergelangan tangan, nescaya bau akan kurang.
  3. Kalau kerja di bawah terik matahari, baunya juga lama2 akan hilang.
  4. Kalau jenis badan.. kepam 24jams... hehehe gamaknya kejap wangi kejap kepam la
  5. Perokok tegar.. tegar habis la..
  6. Lepak di tempat yang memang mengeluarkan bau2an.. contoh foodcourt yang takde pengaliran udara yang canggih
  7. Nanti aku pk lagi sebab musabab.. :)
Aku prefer botol yang kecik sebab senang nak bawa ke mana2. Rasa busuk je guna, busuk je guna. Tengok pakwe kat depan handsome, sorok2 guna. Haharhar cam haram je contoh. Owh, contoh satu lagi, ni terbaik la.. sapa yang balik kerja naik public transport.. contoh KTM la.. ko naik gerabak campur.. korang pepaham je la kan time balik kerja bau memasing cam hapa.. time ni la gunanya perfume collectors. Samada ko calit kat diri sendiri, takpun ko calit kat orang yang berbau kepams itu.

So, kalau rasa2 nak order.. boleh je email kat aku.. dewman80@gmail.com

Selamat mencuba.

Lebih kurang besar pendrive kingston. Ada pelbagai jenis bau-bauan berjenama. Name it, kalau takde pakcik aku kata akan usahakan untuk buat pati.

October 2, 2011

Meowwwww

Lama tak upload gambar kucings cousin aku. Kucing jenis maine coon campur persian. Ada 3 ekor, latest aku pergi tengok time raya hari tu.. debab2 semuanya. Comel! Si chemong beranak lagi 5 ekor.. persian campur siam. Tapi color semua coklat, hitam, kelabu. Teringin nak amik sekor tapi suh adik aku kat kampung jaga..



Ni la gayanya kalau dah tersekat bawah almari tu. Nak keluar tak boleh.. pastu aku lak dok kacau.. comel sangat!

Bulat je mata.

Holla, my name is kukun.



cleopatra version meowwww.. Quality gambar agak hancus.. taken with hp jer.. 3.2mp

Nuffnang Ads