nuffnang ads

April 29, 2009

Kenapa 2

Kenapa,
Sekarang kau dah pandai tinggalkan aku dengan kawan baik kau. Kau tahu tak, kawan kau lambat sepuluh minit? Mari kita kira, kawan lambat sepuluh minit tambah kau lambat dua puluh minit, kau kiralah berapa?

Aku tak marah, aku tak sedih kerna ku tahu kau dan teman akan membawa aku ke tempat yang sama. Tapi aku geram, kalau dah selalu sangat lambat yang sepatutnya hitam akan menjadi merah.

Kita berbaik ok, KTM kau selalu dihatiku.

April 27, 2009

Warna pink memang lembut

27.1: Mari membaca

Buku ke tiga yang aku beli dan masih berada di mukasurat yang ke tujuh dan masih tidak berganjak. Buku Hlovate yang dipinjam dari Raficyber juga masih belum bertambah helaiannya.

Kuatkan mata dan kuatkan minda untuk katam buku-buku tersebut. Aku ada misi dan visi, aku beli untuk anak-anak dan cucu-cucu aku baca, dan mungkin harga buku ini akan mahal pada masa akan datang!! perasan mungkin hanya RM2-3 sebuah.

Ok, selamat membaca untuk diriku.

April 24, 2009

Kosong

hatiku kosong,
mereka akan melangkah keluar ke tempat yang lebih baik.

hatiku kosong,
hilang tawa riang dari mereka.

hatiku kosong,
tiada lagi gossip dengan mereka.

hatiku kosong,
suara mereka semakin jauh.

hatiku kosong,
tiada lagi berkongsi lauk.

hatiku kosong,
bila mereka tiada lagi di depan mataku.

hatiku kosong,
tiada lagi kedengaran lagu-lagu yang dinyanyikan oleh mereka.

hatiku kosong,
mungkin tiada lagi lagu 'Siti Robeah'.

hatiku kosong,
tiada lagi usik mengusik tentang limau dan abang kesayangan.

hatiku kosong,
kosong sekosongnya, tanpa kehadiran mereka. Hanya mampu mendoakan kejayaan mereka diluar sana.

..semoga persahabatan yang terjalin di antara kita walaupun sekejap akan kekal buat selamanya..

April 22, 2009

Kenapa

Kenapa,
Kalau aku cepat, kau lagi cepat dari aku kemudian kau tinggalkan aku.

Kenapa,
Kalau aku lambat, kau lagi lambat dari aku.

Kenapa,
Kalau aku 'on time', kau sengaja datang lambat.

Kenapa,
Kalau aku cepat, kau akan berhenti lama semata-mata ingin berselisih dengan temanmu.

Kenapa,
Kau suka main-mainkan perasaan aku, hampir merah semuanya.

Tapi,
Walaupun kau begitu, aku tetap setia menunggumu, kerna kau pun tahu hanya engkau satu-satunya tempat yang akan aku cari.

Ya, KTM kau la dihatiku.

..merah itu merujuk kepada punch card aku..

April 21, 2009

U sangat HOWTTT!!

Subuh yang hening, kawan aku mesej.

Irman: Malam tadi i mimpi u la

Aku: Mimpi apa?

Irman: Keke, u beli kasut golf adidas besar gila saiznya, siap balik kampung saya lagi.

Aku: Selalunya kalau mimpi kita nampak bayangan orang saja, betul ke itu i? macam mana u tau?

Irman: Bayang tu gemuk dan seksi.

..malas nak balas SMS balik!!

April 16, 2009

Kuasa ajaib

Situasi A: dalam lubang

"hello, hello. ya ya dengar ni. i tunggu u kat tempat biasa, i janji la sayang i tak akan lari. sumpah, i akan setia dengan u."

suasana sunyi seketika, hanya diselangi bunyi dengkuran.

..
...
....

Situasi B: keluar lubang

"ring, ring, ring"
"truttt, truttt, truttt"
"kau nyawaku, kau racunku"
"aku cinta padamu sungguh"
"cinta ini membunuhku"
"pagi yang gelap kini sudah terang"
"telefon, telefon berbunyi ada haiwan dalam bahaya"

aku kena cari telco provider yang canggih dan efisyen, dimana signal boleh menembusi terowong dan sekali lagi menembusi komuter.

April 14, 2009

Sihat bagaikan Juara

Gambar 22.1: Bakal model kurus.

Aku memang sihat orangnya, teroverlah sihat, pelbagai cara telah aku cuba untuk kurus, tetapi hampa tidak berjaya. Aku makan pil, berak2, berpeluh, menahan lapar, minum air betik, tak makan nasi, tapi itu semua bagaikan "hangat-hangat tahi ayam" sahaja.

Tapi, aku masih belum berputus asa, aku akan cuba sedaya upaya untuk kurus, dan serta merta (maybe separuh histeria) aku akan memasuki pertandingan "mencari model paling seksi" mengenakan pakaian separa seksi, menayangkan pusatku, segala lurah yang ada, peha gebuku yang semakin halus dan licin, perutku, ketiakku yang bersih lagi suci, menampakkan tali thongku dengan sengaja atau tidak sengaja, membuat aksi-aksi yang paling daring seperti mengangkang, mengangkat ketiak, membongkokkan badan agar lurahku diteliti orang ramai, berpelukkan dengan model lelaki yang paling kacak dan straight, serta mengayakan aksi spontan yang tidak pernah dibuat oleh model-model lain. Maknanya aku kena start buat kertas kerja dan start berposing di depan cermin dan amik gambar menggunakan telefon genggam.

Setelah diamati cerita karut di atas, barulah aku sedar bahawa aku tidak akan kurus selagi niat dihati untuk menjadi seorang model yang seksi lagi dikenali ramai. Mungkin bila sudah diva, aku akan lupa diri. Walau sediva manapun aku, diva kenanga masih lagi nombor satu. Hik!! dan sebenar-benarnya, nak kurus kena cekal, kena kuat semangat. Ini tak, pantang nampak nasi, ayam, burger, maggi semua nak makan. Kesian lu lohh!!

Last Sunday, aku bersuka ria di damansara bersama ahli-ahli GGO. Kami mengadakan pertandingan bowling dan hadiahnya di sponsor oleh diva sunflower, iaitu hadiah yang dikumpul dari kenduri kahwin, cupcake dan kerepek nasib baik bunga telur takde.

Oleh kerana, aku adalah pemenang bagi keseluruhan game, game pertama kalah game kedua menang tapi markah masih tinggi utk kedua-dua game, kiranya aku menang tanpa bertanding. Aku telah membuat kejutan kepada semua ahli-ahli GGO dengan meng'strike'kan sebanyak 4 kali, 3 kali berturut2 dan pertama lubang dan kedua strike. Kesimpulan dari aktiviti ini, memang happening, ketawa 3 jam tanpa henti, dan dapat melegakan stress. Aku juga telah mengutus surat kepada pemain bowling handalan Malaysia, ada cara baru untuk strike iaitu baling bola separuh lane dan automatik strike. Hik!

Sudah terlebih merapu, aku harus tidur esok nak kerja. Semoga punch kadku tidak lagi dihiasi dengan warna merah.

April 11, 2009

Warna

Gambar 20.1: Cupcakes

Ku tempohi minggu2 sudah dengan menghiasi punchcard dengan warna merah. Tak boleh nak salahkan aku seratus peratus, enam puluh peratus aku salahkan jalan sesak di kawasan perumahan aku, train yang main2 dengan perasaan aku, kejap awal, kejap lambat dan sesak dengan manusia2 yang nawaitu mereka untuk berjimat cermat dan malas memandu kereta ke tempat kerja seperti aku. Oleh kerana badanku yang gagah perkasa, menyebabkan aku teramat susah untuk masuk, apatah lagi menyelit seinci dua di dalam itu. Mungkin yang muat cuma ibu jari kaki.

Tidak ada aktiviti menarik minggu sudah, hanya bergiat secara bersungguh2 untuk menaikkan level, mencuri wang sebanyak yang mungkin, bergaduh dengan penuh rasa amarah serta dendam, terpaksa atau suka rela memberi seketul dua barangan kepada penjahat lain secara sistem barter, membeli belah secara rakus hotel2 atau kasino2 yang dibina di tepi pantai dan akhir sekali menjawab soalan2 kuiz gampang dan lucu di facebook.

Contoh kuiz yang aku duduki, Dimanakah tempat perkahwinan anda? jawapan, St Paul's Anglican Church sesiapa yg kawin dgn org catholic...kt church laa. Bertuah sungguh manusia yang membuat kuiz sebegini rupa. Tapi tidak mengapa kata untuk bersuka ria dan juga memberi peluang kepada kawan2 sefacebook kita memaki, mengutuk dan memberi komen2 yang tidak bernas di ruangan komen.

Semoga hidupku diwarnai kebahagian dan kegembiraan. AMINNNN!!!


*kalaulah aku bisa mengundurkan masa, sudah tentu aku warnakan hidupku dengan warna yang indah dan ceria. Tapi apakan daya, separuh hidupku sudah diwarna dengan warna hitam..

April 6, 2009

Sesak

Dalam komuter, aku terasa dua bonjolan sedang bergesel dibelakang badanku. Resah gelisah aku di buatnya, keluarkan aku dari sini dengan kadar segera. Cepattttttt tak tahannnn!!! :P

Meningkatkan kemahiran membaca dalam bahasa Melayu

Gambar 19.1: Menguatkan lagi penguasaan bahasa melayu aku :)

Setelah beberapa belas minit mencari bersama dua orang jurujual, akhirnya aku telah berjaya membeli buku ini. Rupanya ia terletak di sudut bacaan umum dah berada di rak yang terakhir. Dan setiap kali aku bertanya "saya mencari buku dua lauk." jurujual "adake? dua lauk? buku apa? masakan ke?" sambil tersenyum kambing. Mereka ingat aku main2 agaknya!! Pada mulanya aku hanya ingin membeli dua lauk sahaja, tapi terbeli juga kasut biru rubina. Bahasa yang agak pelik dan aku perlu memahami dengan lebih mendalam kerna aku tahu, aku tidak berapa bagus dalam mengarang. Ada juga perkataan2 yang belum pernah aku dengar, dan aku perlu menggoogle maksud setiap perkataan itu. Aku suka yang ini..

Campur
Taf Teh

Aku campur kau.
Bertemu.
Dalam sirah fiksyenku.
Atas kanvas abstrak mu.

Taburkan beras kunyit atas pelamin.
Supaya malam ini.
Aku campur kau.
Hanya satu

*Kalaulah aku pandai menggabungkan setiap perkataan, sudah tentu ia menjadi satu puisi yang indah. tapi ia cuma kalaulah bukan betul2 pun. huhuhu

April 4, 2009

Lepak di pantai

Gambar2 yang di tembak oleh aku hanyalah menggunakan kamera telefon genggam. Tidaklah seindah mana, tapi ia indah di depan mataku.

Gambar 18.1 : Seperti biasa ditemani oleh dnot.

Gambar 18.2: Paksa dnot tembak gambar aku yang separuh agak tidak nampak besar.

Gambar 18.3: Terima kasih kerana sudi berdua2an di situ. So, aku pun tembaklah.

Gambar 18.4: Air laut bersama matahari yg semakin menyembunyikan dirinya.

Gambar 18.5: Masih matahari, hampir2 waktu maghrib.

Gambar 18.6: Indahnya awan itu.

Gambar 18.7: Cantiknya daun2 itu.

Gambar 18.8: Amati kerna masih ada couple di tepi itu, terima kasih.

April 2, 2009

Tamat Cerita di Bali

Gambar 17.1: Tamatnya kisah percutian seorang wanita di Bali.

Setelah beberapa entry di negara orang, maka berakhirlah kisah suka duka, pahit maung dan tawa ria di Bali. Kesimpulannya, kira best la juga ke sana. Walaupun aku mempunyai memori hitam dikejar anjing di Malaysia akan tetapi anjing2 di Bali sangat berpelajaran. Tiada kedengaran suara anjing menyalak dan adegan kejar mengejar dengan manusia. Tidak sekali pun. Kalau di Malaysia, lalu sahaja sudah menyalak, sudah marah, seakan2 ada perasaan benci bila lalu di depan ia. Merasakan diri ia, tidak selamat dan berpikiran manusia akan berbaik dengan tuannya dan menghasut tuannya utk membuang anjing peliharaanya. Ya aku tau, aku sudah mengarut.

Tempat yang aku gagal total untuk melawat ialah Tanah Lot dan kuil di tepi pantai, Uluwatu. Selain itu, pastikan bila di sana, naik la taksi Blue Bird kerana ia menggunakan meter. Ini kerana, aku dan 3 lagi adikku ditipu sama supir taksi. Adikku tanya 'berapa?' Supir diam. Aku dah keluarkan note 50,000 rupi tapi aku kaku, suasana menjadi sunyi. Adikku pun membayar. Setelah keluar, rupanya adikku telah memberi 160,000 rupi bersamaan RM50++ duit Malaysia. Padahal mengikut kata Wanan, supir yang membawa kami jalan2, bayaran hanya sekitar bawah 20,000 rupi. So lain kali perlulah berhati2. Mandrem supir tersebut sudah menular ke atas kami semua.

So, aku akan ke sana lagi utk ke Tanah Lot dan Uluwatu dan shopping sahaja dan selepas ini aku akan diiringi tourist guide.

Sekian.


Nuffnang Ads