nuffnang ads

May 29, 2009

Last trip Bukit Tinggi

Seperti biasa, ni je la gambar-gambar yang ada dalam telefon genggamku. Kamu semua memang best! Kenanga, Sunflower, Kantan, Kemboja, Mucab, Nik, Sazz next trip akan ke pulau pula.


Last stop melantak time, konon nak pergi restoran mamak tapi end up di kedai nasi kukus ayam dara dekat dengan lrt melati, ada seorang peniaga tu sombong tak friendly langsung nasib baik sedap.

BBQ

Sila tatap, gambar yang tidak seberapa ini almaklumla tembak menggunakan telefon genggam. Seperti kata kantan, kami masih amatur dalam menyalakan arang dan hasilnya ayam kami hitam legam tapi masih sedap untuk di makan dan terima kasih untuk aku kerana memerap ayam selama semalam.

May 28, 2009

Hari Pertama di JB

Tataplah gambar dari hamba yang tidak seberapa ini. Enjoyyyy!!

Tempat penginapan kami bertujuh, nasihat untuk yang berbadan besar seperti aku, sila kuruskan badan kerana hazabnya naik tangga sebegini.

Penembak gambar yang rajin dan tidak jemu dengan kerenah kami, baru aku tahu setiap kali tekan adalah berharga. So next time kalau ada kawan yang malas layan tembak gambar uoll jangan la terasa. Sekali tekan adalah duit ok!! :P tapi buat puan sunflower, sekali tekan, keluar duit dan keluar budak kecik, opsss abang kenanga mari lari sambil buat logo bentuk love.

Ok sekian bersambung di hari lain pula.

May 26, 2009

AJK Makanan Janda Baik

Selaku ajk makanan, sehari sebelum ke Janda Baik (JB) aku di ajak secara paksa oleh kenanga untuk membeli barang mentah dan jajan. Motif, takut aku lupa nak membeli agaknya, pesan sampai ke facebook atau kenanga memang boring di rumah seorang diri tanpa abang di sisi.

Ayam 2 ekor, 6 kepak, 6 peha, jajan, mineral, bbq sos, cili sos, madu, roti, tuna dan air sedap. Oleh kerana troli sarat dan berat dengan barang, kenanga mengarah aku menolak troli, alasan kenanga 'berat la nyah ko kan gagah, akak ni women'. Aku pun tolak la troli, kesian kenanga. Tiap kali belok je, mulut kenanga bising bukan troli yang pusing tapi kenanga yang pusing. Faham tak? takpe aku faham!!

Balik rumah peram ayam sampai pukul dua pagi. Sekian.

May 25, 2009

Dari Genting ke Janda Baik


Setelah puas bermain-main di atas sana, maka kami turun dengan membawa pulang memori yang sangat indah dan akan segar buat selama-lamanya.


Setelah puas bermain alat buatan manusia akhirnya kami kembali dengan keindahan alam ciptaan Allah. Terima kasih kepada teman-teman yang sememangnya happening bercampur gila tapi pandai chewahh kerana merealisasikan percutian ke Janda Baik. Sila upload gambar secepat mungkin sebelum aku meroyan dan sila crop gambar sekiranya menampakkan bonjolan lemak di mana-mana bahagian badan aku.

May 22, 2009

Genting Lantak Time


Mewah bukan makanan di atas, terima kasih kepada sponsor terbesar. Makan mewah pakai t-shirt berseluar jeans. Simple tapi kaya.. hahaha!! borak tak berbau politik, bisnes dan skandal tapi borak 'woii ko muntah apa kelas', 'weii jom-jom amik gambar kat dalam tandas meh', 'uishh sedap la desert tu, amik 3 bekas tuk aku', 'mana gambar semalam layan meh','malam ni movie jom','pening la semalam naik benda alah tu' dan lain-lain lagi.

Memang lazat sekali desert-desert itu terutamanya bubur pulut hitam. sekian.

May 21, 2009

Genting Hari Bersukaria


Tatap la gambar yang tidak seberapa ini dari telefon genggam 3.2 mp. Dalam 16 orang, seramai 5-6 yang membawa kamera, maka dengan itu, aku menjadi orang gila posing. Di mana ada kamera di situ ada aku, kalau mereka mengambil gambar serentak maka roh-roh aku saja yang pergi bergambar.

Walaupun hujan, permainan ngeri, cuak, takut, memualkan dan sebagainya tetap dijalankan. Roller coster je aku tak naik sebab tutup dan juga permainan yang memerlukan berat badan tidak melebihi 70kg, terasa diri ini dipinggirkan.

Permainan yang tidak dapat dilupakan, bumper car, kami naik berulang kali semata-mata nak tunjuk handal membawa kereta. Motif, melanggar suspek yang kami rasa sesuai untuk di langgar bukan motif sebab tak suka atau benci. Satu lagi permainan aku tak ingat namanya, benda tu bentuk pen tajam dihujung kemudian menyusuri air. Bayangkan aku berat dan pasangan (poyo) aku juga berat bila turun gedebushhhhhhhhhhhh besar sungguh ombak itu. Basah kami berdua nasib baik tak ada daun pisang kalau tidak boleh berdangdut memori daun pisang.

So conclusion, memang best la.. sekian.

May 20, 2009

Genting di Hari Pertama

Adik-adik, mari kita melihat gambar. Pada suatu hari..

Untuk ke sini aku perlu memanjat bukit, gigih memanjat sampai lelah aku dibuatnya. Kurus kaki aku, pecah lemak aku, kurus ehem ehem aku. hahaha!

Banyak gambar terpaksa di edit, biasa la hanya memakai kamera handphone 3.2 megapixel.

Kaki-kaki kurus yang ingin ku miliki, kalau kurus sebegini sudah tentu aku hanya memakai hot pant.

Dinner TImeeeee!! yay hilang terus rasa lelah, sesak nafas dan sebagainya.

Ditengah itu adalah penaja terbesar trip kami dan yang ditutup mata itu ketua darjah aku merangkap memberi arahan dan memberi kerja.

Dan inilah harga yang perlu dibayar penaja, fuhhh boleh beli berbungkus-bungkus nasi ayam selama dua bulan.

May 19, 2009

Genting Kota Keriangan


Gambar intro je, yang lain akan menyusul kemudian. Trip yang sangat best, totally free, eh jap hanya add on RM5 untuk top up tiket snow world setakat RM5 no halnya la. Kesimpulan, semestinya seronok, makan seronok, main seronok (anak-anak jangan berfikiran negatif ok, maksud main di sini adalah bermain di theme park), berdiri seronok, beratur seronok, tangkap gambar seronok, menjerit seronok, pucat seronok, muntah seronok, skandal seronok (whooppss rahsia) dan lain-lain yang seronok. Terima kasih, serangkap pantun,

Terima kasih buah petola
Kalau boleh next time ke bali pula (4 kali ganda kos ke genting, hahahahaha)

May 15, 2009

FOC Trip

Beg kami mungkin tidak sebanyak beg abang-abang askar.

Hanya tinggal 3++ jam lagi aku akan ditransformasikan menjadi kanak-kanak riang di Genting Highlands. Hanya berbekalkan RM100 aku rasa cukup untuk makan pizza hut 3 kali di sana. Terima kasih aku ucapkan kerana perjalanan kali ini adalah free! Aku bukan pergi seorang, tetapi ditemani ramai lagi kanak-kanak riang alias officemate.

Sila abaikan tanganku yang hitam itu, hanya gambaran semata-mata, realiti aku putih orangnya.

Yayyyyyyyyyyyyyyyyyyyy, menuju puncak, gemilang cahaya, mengukir cita seindah rasa.. (lagu tema dalam bas nanti)

May 12, 2009

Wallpaper

Oleh kerana jiwaku tidak berapa stabil, aku nak menjawab tag dari miss kantan. Setelah meng'PrintScreen' dengan sabar, ini la wallpaper desktop aku di opis. Sangatlah tidak cantik dan hanya menggunakan wallpaper standard dan tidak pernah tukar selama aku kerja.

Aku ni pembersih, jarang memenuhkan desktop dengan icon (icon games aku sorok tak perlu dijaja di desktop, pekerja berdedikasi la katakan). Bila lihat awan aku rasa tenang dan gembira melihat kehijauan cehhhh gi mati dengan perasaan itu. Ok selamat menatap!

May 8, 2009

Nafsu Marah

Rasa marah hari semalam terbawa-bawa hingga ke hari ini.

Kau memang H1N1 laaaaaa (sila silentkan perkataan selsema), kau biarkan aku berdiri selama 40 minit tanpa sebab, kau biarkan aku berpeluh tanpa penghawa dingin, kau biarkan aku dihimpit bersama orang-orang yang mempunyai body odor yang memuntahkan, kau kau kau memang H1N1.

Perasaan amarah aku terus cool selepas melihat kotak pink. Idea pemasaran yang bagus, semakin berumur tapi masih suka benda kuit seperti ini, dan sering dikatakan orang tua tak sedar diri budget kanak-kanak rebina. (buat tak tau sudah)

sekian.

May 6, 2009

Tunggu

Psssttt.. kau nak tahu tak?

Tadi masa aku tunggu kau, dengan tidak sengaja aku terlihat sang jejaka mengorek hidung. Pada sang jejaka tentulah rasa heaven mana taknya selagi tak korek yang paling dalam sudah tentulah tidak puas, bagi aku yackkk geli! Sedalam mana pun, pasti dapat, ya la kuku jari kelingkingnya panjang. Damnnnn aku pemerhati yang teliti. Aku dah cuba untuk mengalihkan anak mata tapi tetap juga melihatnya seakan terpegun.

Selepas puas mengorek (habiskan ayat supaya tidak negatif) hidung, sang jejaka menjentik kuku jari kelengking dengan kuku ibu jari (dapat bayangkan tak? aku boleh, hahaha) dan tahi hidung pun automatik jatuh mungkin terkena baju orang atau mungkin di pijak orang.

Mulai hari ini, aku perlu bawa penyembur dettol setiap kali aku pegang besi atau getah pemegang supaya tidak terkena bau-bauan dan lekit-lekitan.

Sekian.

Nuffnang Ads