nuffnang ads

November 30, 2010

Kesejukan di AIMS

Bila dah pandai install/config server atau seangkatan dengannya, kita belajar pula bagaimana nak letak server dalam data center. Aku pernah la tengok data center kat MIMOS tapi takde la sebesar kat AIMS ni.

Lokasi: AIMS
Pergi dengan: opismate
Driver: Ammar dan Angkut2
Kenderaan: Van ala2 kilang
Mood: Happy dowhhh, mana tau dapat jodoh abg network kat sana, tapi NON ADO

Sampai juga depan pintu AIMS, sexcited sangat okehhh!!

Kena isi borang, kata pergi tempat orangkan kena la ikut peraturan

Lepas tu, kena test power server hidup ke tak, peraturan juga

Bila dah masuk, suasana yang bising dan sejuk. Belakang kotak tu server google malaysia ya. Sangat security, nak masuk kena ada pass

Kerja time.. apatah depa buat di rack server, pasang kabel mungkin,
atau on power atau letak server

Suasana di bilik server, hitam dan putih sahaja

Masa untuk test server

Letak server dah, tapi tak siap 100%.. firewall belum settle lagi

Terima kasih enchek deng kerana memberi peluang kepada saya mengenali dunia bilik server yang sejuk. Mungkin ini kali 3 dan juga terakhir mana la tau kan! Satu accident telah berlaku pada aku, walaupun malu untuk diceritakan tapi aku pasrah.. aku langgar cermin yang lutsinar sebab aku lupa nak bukak pintu.. sakit like tuutttt!! sekian

November 28, 2010

Goreng Ayam

Aku pandai goreng ayam, itu pun nak ceritakan!! Jom tengok gambar makanan yang ditangkap pada raya haji 2010. Sebelum itu...

Aku nak membebel, boleh tak? aku tak suka cuti sekolah, sebab budak-budak sekolah rendah mahupun menengah suka bersosial di hari bekerja. Pastu balik rumah time pekerja2 berebut nak balik juga. Penuh train ngan geng2 mereka, ngan pakwe, geng2 perempuan, geng2 lelaki, campur2, gelak ketawa, cerita pasal boifren, tanya awek birthday bila, makbapak call tanya dah kat mana dan lain2 kerenah la.

Aku tak kisah kalau korang nak keluar, tapi sila balik awal sedikit dari biasa, kalau curfew time pukul 10 malam, sila naik train pukul 8 malam. Budak2 sekarang dah pandai ada pakwe, aku yang nak masuk 31 tahun, non ado.. kaw ado?

Pandaikan aku goreng, hitam sebab kicap ya! Alasan

Garing di luar, lembut di dalam

Ulaman

Nomm nomm nomm

Pulut palas di bawa khas dari kuantan

Ayam rendang hijau, air tangan t.linda

Udang sambal, air tangan jojet

Jojet terlebih rajin, dia buat pula puding keladi

Soto dan bakso, air tangan kak las.. masakan original Indonesia

Lastly, nasi minyak, air tangan makngah.. Alhamdulillah

November 27, 2010

Sehari bersama Server

Aku memang teringin belajar apa2 sahaja yang boleh dilakukan dengan sebiji server. Install ke setting ke dan lain2 lagi. Akhirnya impian aku tercapai.. install server pun impian juga :P

Tenaga pengajar: Budak2 R.I.T.D merangkap opismate
Lokasi: Sudah tentulah di opis
Server: Ada 11 biji semuanya

Server baru sudah sampai.. high spec okeh

Tempat pemujaan, eh bukan! tempat untuk menjalankan kerja menginstall server

Memperkenalkan RAID

Setting RAID 0 dulu

Lepas tu baru FreeBSD version 8.1

Pilih no. 8 ya adik2.. kemudian make install clean apache la, ssl la dan lain2 la.. tak ingat

Yayyyyyy, berjaya install FreeBSD dengan gambiranya selepas 2-3 kali gagal

November 24, 2010

Hujan

Bukan kumpulan hujan tapi restoran hujan atau The Rain, lokasi di bangi tapi dah tutup dan diganti dengan JM bariani house. Tak tau la kenapa tutup, sedap juga western kat situ. Gambar lama yang di ambil sekitar awal tahun 2008 menggunakan hp 2.0mp cyber shot.

Lamb with black pepper souce

Choc, slurpppp

fish and chips

Brownies and ice cream

Spegeti dan ayam rasanya..

Pembuka selera

Salad and salmon

Ayam sizzling.. kalau tak silap

November 23, 2010

Bowling Shout!

Sabtu lepas aku agak bz dengan aktiviti. Paginya aku bersosial dengan ahli2 GGO di curve macam biasa bowling then makan nasi ayam penyet. Aku kalah teruk, jatuh merundum dari 97, 69 ke 64.. entah mana hilangkan keterrorran aku, mungkin kerana aku telah digandingkan dengan ahli kumpulan yang tak ada luck! ops

Group 3 dan berjaya menggondol tempat ke 3, yang diberi nama tulang dan isi. Hampa di gandingkan dengan mereka!!

Selesai aktiviti di Curve, bersiap sedia untuk Shout! Award. Aku dapat tiket free dari bos so aku ajak la shlq sebab dia beria benoo nak tgk FT, favorite artis katanya.

Kesimpulan dari Shout! Award:

1. Tidak sesuai dengan jiwa sebab aku kurang pendedahan dengan hiburan. Aku dengar radio pun dua kali sehari, waktu pagi, masa nak pergi kerja dan petang, masa pulang kerja. Kalau tv aku boleh luangkan masa dalam 3..4 jam kadang2 tak tengok langsung.
2. Sound system untuk suara yang kurang bombastik, suara penyanyi tenggelam timbul terutamanya cuci the muzical.. tapi takpe boleh diperbaiki lagi tahun depan.
3. Performance yang aku suka, Reshmonou, Wakaka Crew, FT, Najwa and lastly zizan dan johan. Eventho aku tak berapa suka zizan tapi dia memang lawak.
4. Performance yang aku kurang suka, Mizz Nina, menari dah ok tapi dia tak banyak mengeluarkan suara. Kurang sangat, i tot of dia nyanyi chorus lagu femes dia tu. Tapi non adooo!!
5. Aku suka tengok anak2 melayu berpakaian seksi, hotpants, skirt pendek, berpelukkan bf/gf. Dah tau pendek tau lak cover dengan beg.. sket2 tarik kain ke bawah!
6. Baru aku tau apa pengacara dan crew buat kalau kat tv iklan.

Nama je vip tapi dok belah kanan pentas


Suasana dalam stadium

Ni je la aku sempat amik, upset gambar tak cantik walaupun pakai camera biasa.

November 19, 2010

Buaya Batu Buaya

Lokasi: Crocodile Rock, Kuantan
Status: Halal ya adik2, owner melayu
Harga: Berpatutan
Kesimpulan: Sedap
Sponsor: adik aku, terima kasih :)
Acara: Sambut birthday mak aku and menghabiskan gaji pertama adik aku

Baguskan tidak menggunakan MSG
Lagsana, enak!

Fish n Chips, ermm tak berapa tapi ok la

Salmon, sedap juga. Paling sedap kentang di layer dengan krim cheese dan toping with cheese

Lamb apa tah, liat susah nak kunyah

Grilled chicken chop, sos cendawan lagi sedap dari sos black papper

Sarapan pagi di rumah.

Pelbagai jenis kuih muih

Nasi dagang

Nasi lemak

Nasi kerabu biasa

November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Aku tak balik kampung, tapi aku import makbapak dengan adik2 sekali datang kl. Aku tak amik cuti pun, cam malas je. Bila dah ramai ni kena la tidur atas lantai beralaskan toto sangat menyakitkan pinggang aku. Aku ni dah la jenis memang sakit pinggang, kalau start sakit memang hazab sekali.

Simple je lauk hari ini, nasi ayam, ketupat, rendang ayam t.linda masak, kuah kacang air tangan mak aku, puding keladi, udang masak sambal air tangan jojet yang lelain makcik aku masak. Aku? aku tolong goreng ayam je.. rangup di luar lembut di dalam.

Gambar aku kat padang merdeka, selain jaga event aku pun jadi maskot :P

Memperkenalkan Puteri. Anak staff pentarama. Cuteeeeeeee sangat!!

Puteri yang puteh melepak

Pemalu orangnya, tapi aku tetap gigih layan puteri

video
Ala, video agak pecah.. enjoy

Nuffnang Ads