nuffnang ads

April 22, 2012

Putehku

Tora Kembali Lagiiiii.. Hahahaha iklan 80han! eh, tah apa2 intro.. gilo!

Apahal la layout blogspot ni lain bebeno, gmail dah tukar, facebook pun dah ada timeline. Malasnya nak cuba, try, test benda2 baru ni. So, apa aktiviti cuti minggu ni, dok umah je uoll.. layan drama korea 'invincible lee pyung kang'. Best la juga.. 16 episod aku bedal 3 hari je.. kul 5 pagi baru tidur.. cannot stop maaa.. jalan citer tetap la sama.. laki demam, awek jaga, bila awek demam laki lak jaga, mesti ada second hero n heroin yang akan kecewa, anak orang kaya, buat hal, lepak umah awek yang miskin kononnya, bila dah dok serumah timbul la bibit2 cinta.. gitewww la citer korea.. sama je.. dannnn akhirnyaaa, aku terlepas lepak dengan kenanga dan kantan.. padan muka!

Sambil menaip ni, tengah layan lagu Guba feat Yuna - You're so fine 

Owh aku nak citer pasal puteh ni, bila tah nak pergi hantar service, lampu kabus putehku sudah terpadam, lampu kat gear tu pun dah matik.. aishhh malasnya nak ke perodua.. sabar lah wahai putehku.. tunggu gaji yaaa, akan ku hantar service.

Seperti biasa, meh la tengok gambar..






Good Morning Kuala Lumpur, Menara takde, aku tak amik sebab aku nak tembak gambar awan belah kiri tu. Chantek sangat! Tapi tak sempat nak tembak gambar helikopter askar yang lalu lalang sempena defence apa tah kat pwtc. Ramai hadek2 beruniform time tu.. mak soker!

Auntie, menembak secara random.

Pemberian jojet, sata, ayam madu, n hati lembu kot. Ada lagi kat petiais tu.. dah 2 hari dok dalam tu.



Aku.. nyampah!

*Tengah timbang tara samada nak ikut bondaku ke Jakarta tengok cousin aku kahwin bulan June ni..

Yay, boleh upload picca dengan banyak sekali at one time.. thank you blogspot!

April 15, 2012

Semalam aku masak kacang buncis cili udang kering. Sepatutnya makcik aku yang masak, tetiba ayah saudara aku call suh siap dia nak amik. Maka, aku la yang masak takkan nak makan nasi tanpa sayur. Tak reti la, tak complete. Lauk lain2 panaskan je, lauk kenduri t. Linda bagi. Ada nasi minyak, rendang daging dan daging masak kicap. Melekat2 daging celah gigi.. leceh!

Sedapkan, cantik tak aku hias mangkuk tu dengan taburan minyak dan udang kering.

Khamis lepas, Bella datang. Merasa la aku mandikan cikonet ni. Sangatttt laaa tembammmm, ketak2 badan, suka sangat! mandikan, sapukan minyak kat celah ehem, sapu krim, pakaikan baju, bagi makan.. wahhh seronok la.. kira pandai la aku jaga budak.. Terasa nak amik anak angkat sorang la..

Muka happy, happy la kau kan.. aku yang penat sedikit. tapi aku suka je layan budak2 comel.

*gila rajin aku update blog.. hahahaha

April 14, 2012

Aatif

Senyum, senyap, dibelai, terbeliak, start nak nangis, teriak, senyap balik *propa, tangan dah terkeluar *lasak ni, sememeh dah muka, akhirnya nangisssss balik sebab nak dukung.

April 10, 2012

Indahnya kalau..

Dah dua hari aku tidur beralaskan kusyen kerusi di hotel. Kebetulan bonda dan ayahanda di kl, mereka ajak la aku tidur sekali. Memang la best, nak g opis dekat je tapi hazabnya kena tidur atas kerusi la. Takpe dua hari je, takkan nak suruh ayahanda aku tidur atas kerusi lak. Sian, aku anak yang baik.. Gitew!

Dan dua hari juga la aku melantak nasi dengan kuah kari bersama lauk ayam goreng atau ikan. Fuhhhh, aku akui berat badan aku dah naik mendadak. Ishhhhh tak boleh jadiiii, jeans dah tak muatttt.. makin menjadi2 kembangnya cendawan bila aku pakai suar ketat kat pinggang. Can uoll imagine? membuak2 lemak tu nak keluar.. huhuhuhu

Esok aku masuk opis baru di cyberjaya, indahnya kalau dapat stay terus kat opis tu. Tuk permulaan dalam seminggu sekali je.. hopefully akan ada notis tuk terus masuk opis baru. Takyah lagi aku nak naik train pagi2. Takyah nak stress dengan bas lambat, train lambat, train penuh, touchngo problem, touchngo tolak duit lebih dari sepatutnya.. ya, duit aku kena tolak sampai RM16 hinggit.. nasib baik boleh refund. TQ touchngo.

Jom la layan gambar lak..

Tadaaaaaaaa.. aku 32 tahun.. nak juga mention tu! ni aku makan kan Charlie Brown, klcc.. quite expensive but berbaloi. Portion agak banyak dan yang penting decor sangat comel.

Lamakan aku tak tembak klcc n menara. This one before nak hujan. Last Tuesday aku amik.

Kaya ball dekat plaza rakyat. Pagi2 aku tengok dah ada orang beli, time balik lagi la penuh. Aku rasa pelik la kan.. apa kejadahnya ramai sangat kat kedai ni. So, at last aku beli la juga, 2 kali ya aku beli. Aku beli kaya ball n waffle coklat n kacang. Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhh, aku rasa sedap dari tempat2 yang pernah aku beli. Moist, kaya pun banyak, not to manis sangat, makan panas2.. perrghhh melt in my mouth lah.. u shud try. tak sedap jangan komplen.. hehehe

Sekian.

April 6, 2012

Pergi Atau Tidak

Aku dapat offer kerja lain, tapi masih dalam pertimbangan sama ada nak terima atau tidak. Isnin ni penentu segala2nya. Untuk menenangkan pikiran serabutku ini, jom kita layan gambar. Ahad ni aku menonton teater musikal gerimis mengundang buat kali ketiga. Layannn..

Sekerim Berryl's air tangan trainee kat opis. Sedap!

Huhuhuhuhu, senikan?

Face mask dari korea, satu keping RM3, aku beli 10 free 2.. tq hikari

Kasut idaman bewarna turquoise.. murah je uoll BATA marii!

Sarapan.. RM2 sahaja without nasi.

Sekian.

April 5, 2012

Cikonets - Cikonets

Meh, aku memperkenalkan anak buah sepupu2 aku. Dah ada 3 orang, sorang lagi coming soon end of this year, Insyallah. Mahal hokeyyy barang budak2 sekarang.. murah tu ada la yang longgok2 tapi takde la menarik sangat, tapi boleh la.. penting ikhlaskan. Tapi cute la baju budak2. Aku ada masalah nak beli baju budak, sebab aku rasa rugi je beli ngam2, so aku beli yang besar terus.

Aatif Averroes, Kelas kawww nama anak. Anyway congrat, baru 4 minggu rasanya, berat 4.2kg. Aku budget besar la kan, so aku beli terus baju budak umur 1 tahun, sekaliiii pergi tengok kecik je.. dah kecut sket. Aatif ni propa ya, lepas mandi nangis, masa pakai baju nangis tapi bila siap je semua, terus senyap, Propa sangat!

Bella, nama penuh Isabella kalau tak silap. Matikla tak ingat nama anak buah sepupu. Bella ni, ya ampunnnn comelll sangat dah la tembam. Masa aku nak beli baju tuk si Bella ni, aku call dulu bapak dia, nak beli size apa.. takde surprise2 dah. Bapak dia cakap 1 tahun, aku beli terus tuk 3 tahun. Hahahaha over! yang baik si Bella ni, sapa pun amik dia, dia tak nangis.

Afiq.. ni sorang lagi tembam.. tapi Afiq ni sangat manja, ya la dok bawah ketiak mak sejak lahir. So, dia akan nangis kalau orang lain dukung dia. Gerammmm, aku cepuk jugak kangg.. Dia kena lama sket, kenal muka, baru okey.. lambat la, tak sabar nak cubit2.

*Masih dok pikir nak suh depa ni panggil aku apa, auntie dew, mama dew,.. any? takpe kecik lagi sempat lagi nak pk nieh.

Sekian.

April 4, 2012

Repeat

Semalam, aku menonton Teater Musikal Gerimis Mengundang untuk kali ke dua. Kali ni seat aku sedikit tengah tapi masih di barisan yang sama. So view aku sangat clear dan tidak lagi separuh. Tak banyak benda yang aku nak ngomelkan kali ni. Pada aku lakonan Zamani, Cinta, Jering, Najua, Kembang, Rizal, Zero and others memang BEST!

Lakonan Zamani memang best la, tak sangka dia boleh menyanyi, berlakon, menari, pendek kata serba boleh la. Suara Cinta takyah cakap la, mendayu then terpukau, acah je. Suara si Jering dan Najua pun best juga. Aku memang puas hati dengan lakonan mereka, arrrgghhh aku suka. And the best part, time Jering jatuh dari kerusi, sepatutnya kerusi tu tak patah, pandai Jering handle situasi macam tu. Suddenly part tu jadi kelakar. .agu2 yang dinyanyikan oleh mereka juga sangat best

Ada dua perkara je yang tak berapa nak gemar, technical n jalan cerita. Lakonan mereka tak dinafikan memang best. Suara masih lagi tenggelam, musik kuat dari suara. Penat aku tadah telinga semata2 nak faham apa yang mereka dok cakap. Tapi hampa.

Part dalam club, minum, mabuk tu aku masih lagi tak boleh nak terima. Ya, aku tau part tu nak menunjukkan realiti orang melayu kalau ada masalah mesti nak pergi club dan mabuk2 untuk release tension. Cuma tak sesuai ditayangkan untuk sesetengah peringkat umur.

Ending? ya, tetap cliché. Bila aku tengok kali kedua ni baru aku rasa tak perlu ada screen kat tengah2 pentas. Kenapa tak jadikan part tu as a teater? tiada ending lain, atau susah nak adakan adegan macam tu di pentas. Sebab once adegan tu ditayangkan di screen, automatik kita dah tau ending cerita ni macam mana. Ewahhhh, pandai ya ko kritik. Aku panggg kanggg!

But, please, please sila la tengok. Ahad dah last day! Rugi tak tengok, seriously rugi. Takyah la nak adapt sangat negatif part yang aku dok citer ni, maybe korang suka. Lain orang lain citarasa. Tapiiiiiiii sekali lagi aku tekankan di sini.. SILA LA TENGOKKK!! KAMAL ADLI memang sesuai untuk dijadikan bahan cucian mata.. merembes, hahahahaha :P

Gambar.. sorry la kalau korang tengok gambar ni, boleh terjun bangunan. Biasa la guna henpong.


Ya, aku bersalah sebab amik gambar dalam ni.. Maaf! cannot tahan maa..


She is so cute! Patut la i pun cute, kata asal usul dari sana juga.

*aku dah tau nama gelaran si najua dan jering, babyboy dan babybu.

April 1, 2012

Teater Musikal Gerimis Mengundang

Kesimpulan ni datang dari sudut pandangan dan pemikiran aku. Lain orang lain citarasanya. So, takyah nak sentap sangat la kalau apa yang aku simpulkan tak sama macam anda semua.

Pelakon

1. Kamal Adli - Tidak dinafikan dia pandai berlakon, suara pun sedap dan orangnya kelakar. Tapi, ada beberapa part dalam teatar seakan2 sama dengan watak drama apa celup. Maka kadang2 tu aku macam tengok drama apa celup lak.

2. Mikha Tambayong - Suara mikha sangat sedap, sooooo mendayu. Lakonan, best juga.

Keserasian antara Zamani dan Cinta sangat serasi. Siap ada tarian ala2 'So do you think you can dance'. Kelassss sangat!

3. Kumpulan Zero Raja Lawak - Sangatttttttt BEST! terasa macam tengok teater komedi musikal. Watak mereka sebagai co pilot memang penyeri dalam teater ni. Sila la tengok ya kawan2.

4. Taiyuddin Bakar - Lakonan dia pun best, suara pun ok, and the best part, dia nyanyi lagu apa celup dalam teater ni. Tapi, lakonan dia kadang2 mengingatkan aku pada watak dalam cerita apa celup.

5. Cucu Arwah Tan Sri P. Ramlee - Sorry, aku tak ingat nama, aku pernah tengok dia masa audition mentor dengan ferhad. Her voice memang sedap. Lakonan, pergghhh memang best. Tapi time dia jerit tu, annoying. Sangat over!

Keserasian antara mereka berdua, (mereka ada nama timangan boboboy babygirl apa tah aku tak ingat, seakan2 macam cerita apa celup juga.) memang best, aku suka. Penyeri dalam teater Gerimis Mengundang. Aku suka part mereka balas2 surat.

6. Rizal - Aku baru kenal, lakonan agak best. Part gaduh2 dekat club tu, quite interesting. Part mabuk2 pun memang best! Eh, jap mabuk, tarik balik apa aku kata.. tak perlu kot! Drama sangat!

Overall, lakonan mereka memang best. Tapi, suara mereka kadang2 aku tak berapa nak dengar. Musik lebih kuat dari suara. Tenggelam timbul.

Props

Terbaik, aku suka. Lampu, musik, asap2, helikopter, rumah, itu ini, sila la tengok ya, macam2 ada. Semua lagu yang dinyanyikan oleh pelakon pun best. Puas Hati!

Semua macam best je kan? Ehhhhh.. yang tak best pun ada, cuma takde la besar sangat.

1. Macam aku cerita tadi, suara tenggelam timbul.

2. Penonton terlebih bijak, tiba2 nak tepuk tangan pada part2 yang aku rasa tak sesuai nak tepuk. Aku agak yang dok tepuk tu budak2 sekolah, sebab ada satu part, bila si kamal adli tu cakap dia sekolah kat sekian2, diaorang pun happy and tepuk tangan. Then boleh pulak menyampuk orang tu tengah berlakon.

3. Oleh kerana aku ni duduk barisan L dan tepi pintu, aku sangattttttttttt tak berpuas hati sebab aku hanya nampak separuh je props sebelah kanan aku. Contoh props bilik tidur, aku hanya nampak meja komputer je, ada part yang cinta and babygirl mengadu domba, aku tak nampak, terus lari feel aku. Sampai senget2 la badan aku kat sebelah. Dah la sebelah aku tu jejaka. Mesti dia ingat aku nak ngorat. Tapi tidak, dia pun dok senget2kan badan sampai terpaksa pindah tempat duduk nak tengok full props. Sepatutnya, letak la tengah sedikit. Tak fair la, orang tengah la best, yang dok tepi, NON ADO!

4. Perlu ke ada props dalam club, mabuk2.. melayu sangat! hahahaha jangan marah okey gurau je!

5. Jalan cerita, pada aku bukan sesuatu yang baru di luar pemikiran kita. Dah bole agak ape akan terjadi next and ending dia mcm mana..

Nuffnang Ads