nuffnang ads

May 26, 2012

Kalaulah

Apakah tindakan aku seterusnya? Mana janji? Mana? Mana? Sangat frustrated!!



Tempat aku interview last week. Opis dalam taman dan aku suka persekitaran kat situ.. aku ni, dah biasa kerja dalam bangunan kotak2.. n opis ni.. tah la, tak tau nak gambarkan macam mana.. but aku sangat jakun.. tangga, lantai, semua karpet rumput hijau.. kesiankan aku, sekali pergi opis macam ni.. culture shock lak..

Bila aku masuk department IT, makkk aiiii.. aku tengok semua orang macam cerdik sangat.. malay tak ramai... yang lain muka2 obeses.. yang interview aku tu suh aku study pasal SugarCRM.. dannnnn aku sangatttt tak reti nak mula dari mana.. aku dah park dalam server, aku dah install, aku dah tengok table yang selambak tu, button, link, aiyooooo banyaknya nak study.. framework ni more to management la.. untuk sales dah ada auto pie chart, bar la.. auto mailing pun ada, nak add client pun ada.. guna je.. kalau nak advanced tambah modul..

Framework ni memang la memudahkan kerja programmer.. drag sana drag situ,  insert user, delete, edit semuanya dah ada, auto je.. tapi aku suka start dari mula.. aku suka create table, suka html, gamaknya aku suka codingla dan aku ada kebebasan untuk create page atau modul mengikut citarasa aku dan yang pasti takde limitation. Chewahhhh!!  nyampah..

Takpela, usaha tangga kejayaan.. aku kena tukar kerja.. dalam hati nak je kerja kat situ.. mana2 pun takpe la.. aminnnn!!

May 25, 2012

Frustnyaaaaa

Tarik nafassssss.. hembusss.. tarik nafasssss.. hembusss.. okla jom tengok gambar

Roti Canai + kuah kari ada separuh kentang, seketul isi ayam + segelas teh tarik = RM5.50 dulu harga RM4

 Makcik aku masak tempoyak ikan + sayur campur + daging dengdeng sambal berlado

 Nasi ayam garing @cyberneo, harga RM5.50

 Takde kerja namanya, dragon ball yoooo

 Beehoon goreng lada hitam

Waffle.. terbaik setakat ini.. hanya di plaza rakyat!

May 17, 2012

Summary

Esok dah Jumaat, then weekend, pastu Isnin, lepas tu masuk bulan Jun. Cepatnya masa berlalu!! Sejak dua menjak ni aku terasa kena kacau dengan sesuatu. Tapi tak pasti la samada betul atau imaginasi aku yang entah apa2 ni. Dalam minggu ni 3 kali aku kena sampai bengkak2 mata sebab tak cukup tidur.

Sekarang, Alhamdulillah takde lagi. Harap ia berpanjangan la. Aku siap minta tolong someone tolong tengokkan. Dia orang luar but muslim. Aku takde la percaya tapi aku nak gak tahu apa yang akan aku rasa selepas buat benda ni. Orang panggil 'Power of Hand' kaedah di mana menggunakan tangan untuk membuang energy negatif. Aku rasa panas, berpeluh.. tu je. Dia bagitau aku, energy aku ni lari2.. so dia pelik.. aku iyakan je.. tapi memang aku berpeluh.

Meh la kita tengok gambar lak.. random ya

 My puteh dah dibaiki.. wiring je yang problem, so kena RM35 jer, weeehhhoooo!!

Makcik aku masak asparagus dengan udang kering, tofu masak sos tiram dan sambal hitam belimbing yang membangkitkan selera. 

Retak seribu.. train baru tapi dah pecah.. asal tah!

Sandwish ham ayam pedas dengan salad.. and for dessert buah oren sunkist

Kelam kabut gara2 kpdnkk nak buat spot check!

Salad, diet sangat! siap tambah fish ball goreng lagi..

May 14, 2012

Hari GGO

Diatas permintaan sunplawer dan kantan, aku gagahkan juga menepek gambar2 di Basil, Bangsar Village bagi memenuhi kehendak dan nafsu serakah mereka. Semalam aku nak upload, lembssss sangat! Hari ni dah dapat comment dari kantan, update seketul je..

Nah, tatap la gambar2 yang tak seberapa ni.. 

Dapat fridge magnet yooo!

Our Menuuuuu..

Ice Lemon Tea

 Daging masak apatah, kicap kot

  
Kangkong Belachan

  
Ayam masak apatah, masam manis kot

 
Tomyam seafood utk 4 orang makan RM40++

Ikan masak 3 rasa kot.. al maklumla bukan aku yang order, so aku tak tau apa tajuk makanan. Aku sampai2 order air.. duduk kejap then makan. Overall rasa dan presentation kat sini aku bagi 3/5.. sedap la juga..

GGO's

Sekian laporan dari dewmandew.

Ok, noksss let gooo.. badminton timeee.. i nak beraksi ni dengan kasut ZARA i.. Ko adooo??

May 13, 2012

Buang Kalori


Semalam aku main badminton dengan GGO. Dah bertahun2 lamanya aku tak main. tanpa memanaskan badan, aku teruskan smash sana, smash sini, lari sana sket, lari sana sket, kiri, kanan, depan, belakang dan akhirnya dapat la aku main 2 games.. semuanya bergu, tak dapat la nak single, mau pengsan!

Dah jadi trend sekarang bersukan tengah malam, semalam booked court dari pukul 11-1 pagi. Lepas 1 pagi pun masih ada yang dok bersukan. Bukan, kalau malam, organ2 dalam badan dah berehat ke? Tapi malam takde la panas sangat, sejuk la sket.

Before kami ke court, kami melantak dulu dekat Basil, Bangsar Village. Order Thai food. Sedap la juga.. Boleh laaa.. pada aku kedai biasa pun sedap juga atau mungkin ada yang lebih sedap.

Aku happy dapat mengeluarkan peluh. Dapat juga jumpa si zuhri, gila lama tak jumpa lepas praktikal. Dia banyak citer pengalaman dan step nak kuruskan badan. Sebab dia berjaya kuruskan badan tanpa makan ubat atau pergi kemana2 tempat menguruskan badan. Masa bergu dengan Zuhri pun, dia banyak bagi kata semangat untuk aku teruskan bermain. Bagus boleh jadi instructor untuk kuruskan badan.

So, last night adalah hari yang sangat happy. Lamanya tak jumpa GGO. Nyah Yun dah turun 5kg.. bestnyaaa muka dah runcing. Bang Long, takyah citer la, serupa gitu laaaa.. Nyah sunplawer, sedikit berisi sama juga Nyah Sazz, akuuuu? takyah citer laaa.. memang gemuk senantiasa. Sedehhhh!!

Okla.. tu je, gambar nanti la aku post.. Malas nak transfer. Malam ni ada makan2 dengan kumpulan sengal lak.

Sekian

May 10, 2012

Fenomena Pelik

Isnin lepas, cuaca di Kuala Lumpur agak panas. Langit juga agak pelik. Tiba2 kaki langit berwarna coklat seakan2 jerebu. Budak2 opis cakap macam ombak. Fenomena apakah ini? Area KLCC dan Menara takde la sangat tapi lepas sejam dua ianya merebak tapi tak berapa nak nampak. Burung2 pun banyak kat langit. Subhan'Allah.


 Pelikkannnnn?

 
Baru lepas hujan

 
 Good Morning Kuala Lumpur

Selamat Petang Kuala Lumpur

May 5, 2012

Irma Hasmie

Chanteknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa Irmaaaa.. Kulit dia sangattttttttttttttttttt licinnnnn.. Kebetulan aku kat pesta buku semalam. Aku tak ingat booth apa, tapi ada pelancaran buku Irma.. Teruja la tengok dia, dia nampak berseri2 sangat. Kejap je dia kat situ, memang rezeki aku la nak jumpa dia. Gambar banyak, aku guna auto burst, memang berbaloi. Nanti aku post lagi ya.

May 1, 2012

Malasnya

Dah 5 hari aku kat Kuantan, rasa malas nak balik KL.. Wahai majikan2 di Kuantan, sila la amik aku bekerja di tempat anda. Selama aku kat Kuantan, aku takde la rehat je kat rumah. Aku tolong pakcik aku handle event. Nanti la aku cerita ya!

Now kita tengok picca ok.

Agar2 gula kering.. aku beli kat event. Gila MAHALLLL satu bekas tu RM10.


Roboski tanpa nama yang aku beli sebelum balik Kuantan, telah selamat ditanam belakang rumah. Aku suspect nate ni mati sebab cuaca sangat panas!


Aatif in the house. Kejap je dah sebulan. Sian Aatif, dah la panas, berpeluh2. Sorry la rumah Ajumma Dew takde aircond. 

Nuffnang Ads