nuffnang ads

August 19, 2010

Bila Garang Baru Ingat

Huraikan tajuk di atas tidak melebihi 100 patah perkataan.

Sekian..

Ok, ok, aku huraikan.. aku nak cerita pasal zaman sekolah. Mengenai apa? Ya, mengenai cikgu sekolah yang paling aku ingat sampai sekarang. Cikgu-cikgu yang baik ni, aku tak berapa nak ingat. Tapi, kalau tahap panggil kat depan pun boleh tercirit dalam seluar, memang aku ingat.

1. Cikgu Ayam
Aku tak tahu kenapa dipanggil cikgu ayam. Mr. Wong namanya. Cikgu Wong ni ngajar math, memang tidak dinafikan cara dia ngajar tu bagus, tapi garang sangat! Dulu aku kelas ngan budak2 cina, diaorangkan memang terror math so aku takde la takut sangat!! hah, berangan la depa semua, semua pun takut ngan cikgu Wong.. yang nangis pun ada ok! Cikgu Wong ni suka suh budak2 jawab soalan kat depan. kalau salahhhhhhh dia baling kapur.. perkataan bodoh, lembab tu dah biasa bagi dia. Pernah sekali dia baling duster kat kepala budak.. mau tak nangis!

2. Ustaz Hashim
Bekas seorang askar. Suka buat nota kecik dan distribute pada kami semua. Ala-ala buku zine underground scene, tapi zine ni berbentuk ilmiah penuh dengan doa, cara solat, zikir dan sebagainya. Rotan dah jadi salah satu alatan wajib di bawa ke mana2. Kena rotan tu perkara biasa, bukan rotan manja, ni sekali rotan berbalar tapak tangan. Takde lak aku nak ngadu kat mak, takut nanti di tambah dengan batang penyapu lak kat punggung. So senyapkan je, kalau citer pun, aku rasa mak aku mesti kasi hadiah kat ustaz tanda terima kasih kerana mengajar aku. Tapi aku suka kalau kena denda, duduk tepi longkang pastu kaki dalam longkang sambil menulis.

3. Cikgu Gaban
Nama aku tak ingat sangat. Kenapa gaban? sebab dia suka pakai tudung labuh warna hitam. Memang takde color lain selain hitam dengan spec matanya yang besar. Cikgu Gaban ajar geografi, dia takde la garang sangat.. sket tu ada la.. denda2 biasa je.. Mungkin sebab di gelar Gaban menyebabkan aku ingat cikgu ni.

Nie je yang aku ingat. Tapi segarang2 meraka.. banyak ilmu yang aku dapat. Contohnya, ustaz hashim.. at least aku tahu zikir lepas solat! aku masih ada lagi zine doa2 tu kat umah. Para pendidik di luar sana, terima kasih tak terhingga aku ucapkan kerna penat lelah mengajar aku sehingga menjadi orang yang berguna. Tidak lupa juga buat enchek deng dan rafi yang juga byk memberi tunjuk ajar dalam programming sampai aku dah jadi tepu dan malas. Ops termengaku pula. Tidak lupa juga, terima kasih buat abg polis.. eh nak jugaaakkk!! fengsannn..

Nextttt.. gambar makanan pula!

Hari Keenam Berbuka
Hari memanaskan lauk pauk lebihan dalam peti ais sedunia. Beehoon sup, spegeti bolonise, nasi tomato dan satu juadah terbaru, jemput2 ikan bilis air tangan t.linda. Dengar macam banyakkan aku melantak, tapi percaya la semuanya dalam kuantiti sedikit. Dapat la 5..6 suap kecuali spegeti banyak suap.


Lauk pauk yang dah dipanaskan.


Spegeti bolonise.. Nomm Nomm Nomm.. sorry la mangkuk tu kotor sebab 2nd amik.


Jemput2 ikan bilis.


Nomm Nomm Nomm

2 comments:

akuzle ayu said...

fuh! sedapnyer semer neh...

cyanamoose said...

haih... makan! makan! makanan!yum yum

Nuffnang Ads