nuffnang ads

August 25, 2010

Tips Menaiki Komuter

Situasi: Sudah tentu la time balik. Time pergi kerja tu takde la kisah sangat sebab semua orang masih fresh, perfume pun tak hilang lagi, apa lagi ketiak yang masih kering kerana pakai deodarant jenama seminggu sekali je tonyoh.

1. Bagi yang wanita, sila naik gerabak wanita ya. Sebab wanita ni menjaga kebersihan dan bau badan masing2. So, elakkan menaiki gerabak lain kerana anda akan berdepan dengan bau-bauan yang kurang mengenakkan. Sebagai contoh, seluar jeans yang di pakai oleh lelaki yang dah 1..2 atau mungkin lebih hazab 3 tahun tak basuh. Ketiak, bau peluh, bau kaki sebab tak pakai stoking huh toksah citer la kan baunya camna. Leh muntah hijau!

2. Jangan suka berdiri di depan pintu bagi mengelakkan anda dari terhimpit oleh manusia2 yang cuba masuk secara menolak. Sakit dan sentuhan juga akan berlaku di situ. Kalau gerabak wanita takde la kisah sangat.. kalau tersentuh memasing pun ada.. yang beza kecik besar je.. tapi kalau campur laki perempuan.. hati2 ya.. auuummmm!!

3. Kalau rasa diri tu penat atau malas nak bagi orang lain duduk, sila la berpura2 tidur.. tu je taktik yang berkesan..

4. Bagi yang single, lelaki atau perempuan.. bujang terlajak pun boleh juga ikut tips ni. Kalau anda wanita single dan rasa nak cuci mata.. sila jangan naik gerabak wanita.. naik la gerabak lain.. mana la tau kan jodoh anda di sana. Tapi bagi kaum lelaki pula.. sesuai untuk lelaki yang berkulit muka tebal 100 inci atau memang jenis tak tahu malu langsung, sila la ke gerabak wanita. Kemungkinan jodoh anda ada di sana atau paling tidak pun anda akan dimaki oleh makcik2 dalam gerabak.

Buat sementara waktu, ni je tips.. yang lain akan menyusul kemudian.

Berbuka Hari Kesembilan

Bubur Pak Hassan yang semalam punya. RM2.50

Omelette with cheese.

Ada cendawan, tomato dan juga cheese.

Hirisan2 cheese.

Dari sudut lain pula.

Nomm Nomm Nomm

3 comments:

Aujinz said...

uiiiyyyoooo...

Yun said...

Omelette cheese ko mengiurkan lah...saje jek tau

Syed Nizam Syed Omar said...

sedap nye...lambat lagi ke berbuka?boleh kongsi resepi?
http://nizamullah.blogspot.com/

Nuffnang Ads