nuffnang ads

August 13, 2010

Menu Restoran Facebook

Tika menjelma bulan ramadan, time tu la kita boleh tengok status memasing kat fb tak kiralah mak orang ke, bapak orang ke, bujang ke, bujang terlajak ke *ops tak tau sapa.. menu serta juadah apa nak di makan bila berbuka nanti.

Dari sirap selasih sampai la ke lauk pauk yang kadang2 hari biasa takde pula nak masak. Best juga baca status orang ni, sedikit sebanyak memberi idea untuk aku berbuka nanti. Aku jenis jarang makan di rumah, jarang sangat2.. terima kasih aku ucapkan kepada makcik aku yang jarang memasak kecuali bulan puasa. At least kecik sket badan anak sedaramu ini. hehehehe

Oleh kerana aku jarang makan kat umah, selalu makan kat kedai yang nak taknak terpaksa hadap juga lauk yang terhidang. Tapi bila bulan puasa.. aku jadi tak tau nak makan apa. Makcik aku tanya aku, aku tanya balik makcik nak berbuka apa.. Oleh itu, terhidanglah juadah yang simple gila bagi aku la sebab aku nie takde la cerewet sangat time berbuka nieh.

Hari Pertama Berbuka
Makaroni goreng bersama bubur daging air tangan t.linda plus aku ada beli 2 jenis kuih.



Hari Kedua Berbuka
Panaskan semula makaroni goreng dan bubur daging semalam.

Hari Ketiga Berbuka
Beehoon sup beserta 2 jenis kuih juga. 2 ketul seorang.



Simple bukan, Alhamdulillah rezeki.. hari-hari berikutnya rotate balik bahan yang sama.. beehoon goreng ke? spegati bolanise ke? beehoon goreng singapore ke? nasiiiii? maybe weekend sahaja..

1 comment:

Hello Lovers, (: said...

okla tewwww bebuke secara simple, alhamdulillah. mari buke dirumah. hari hari nasik !

Nuffnang Ads