nuffnang ads

August 22, 2010

Berbuka di Opis

Activity of the year "Berbuka puasa dengan budak2 opis di opis". Macam sedih je bunyinya. "overtime, tak sempat nak balik rumah terpaksa berbuka puasa di opis makan satu, atau dua biji kurma dengan air kosong atau maybe seketul dua kuih muih" Tapi hakikatnya tidak begitu ya.. memang tiap2 tahun kami merancang untuk berbuka di opis. Bukan 4..5 orang je yang join tapi 12 orang. Tak ke meriah tu. Seronok juga sekali sekala buat aktiviti macam ni.. boleh mengeratkan lagi silaturahim antara kami semua. chewahhh!!

Seawal pukul 2.30 petang, aku dah ikut amsyah ke bazar ramadan. Sebelum tu singgah sebentar di gerai bubur lambuk pak hassan depan unikl. Ramai yang beratur membeli. Aku pun terjebak beli nak rasa apa yang sedap sangat bubur nieh.

Kemudian kami pun menuju ke bazar ramadan di raja alang.. sempat la membeli sebarang lima jenis kuih.. dan juga ayam percik yang aku ceritakan sebelum ini. Oleh kerana pergi awal sangat, maka tak banyak gerai yang buka lagi.. Mak buyung di opis ada kirim putu piring.. kat raja alang takde, kami ke raja alang tambahan pula.. masih juga tak ada.. kami ke bazar kampung baru pula.. hampa tiada putu piring tuk baby mu itu. melelehlaaa air liur baby u tu nanti.. kempunan, hehehe! Harga juga berpatutan tapi kebanyakkan yang berniaga orang-orang dari seberang. Merasa la masakan jawa, minang, bugis ke apa ke! bedal, habis juga..

Hari Kelapan Berbuka

Burger Mini Malaysia.

Murtabak RM1.50 sekeping.

Tepung Pelita, satu kotak RM3

Popia Basah RM8, 12 gulung

Popia Goreng 3 gulung RM1

Cara Manis 3 biji RM1

Main dish, KFC

2 comments:

Yun said...

ape pasal tgk ayam kfc ni terasa kat tekak aku pak..huh~

Aujinz said...

huiyyyoo...ape pasal murtabak tue murah..

kat tempat ai RM2.50 tuee.e..

Nuffnang Ads