nuffnang ads

August 29, 2010

Gila Kejam

Tiada aktiviti lasak pada hari ini. Hanya menjalankan rutin harian seperti mencuci baju, melipat baju, mencuci tandas, mengemas bilik tapi sket je la sebab esok berselerak balik. Rugi masa je kemas cantik2. Susun la alat makeup, buku, patung, brooch ke.. esok aku campak semula merata2.. haihhh!

Aku gunakan masa terluang membaca buku Sembang Kencang oleh Fdaus Ahmad. Hari tu aku dah baca 8..10 helai pastu aku lupa tanda. So, hari ni aku start baca dari belakang dan masih belum juga habis satu buku. Aku boleh kategorikan buku Sembang Kencang macam baca buku Gila2. Ada unsur lawak tapi aku tak ketawa apatah lagi dalam hati. Aku dah paksa otak untuk hantar signal ketawa, tapi otak kata "apa benda tah nak diketawakan". Ada la a few cerita yang boleh buat aku tersenyum dan kadang2 aku tak faham apa si penulis nak sampaikan.. buku ni mengisarkan kisah seharian si penulis. So, hanya penulis sahaja faham apa yang dia nak sampaikan. Atau memang aku ni lambat nak faham! hahaha

Hari ni tiada gambar makanan, tapi ada gambar kereta langgar orang sampai berdarah2 dan akhirnya mati. Ada juga yang terbakar. Kesian! Siapa yang lemah semangat jangan tengok, takut korang mental lak. Sekarang zaman sakit mental.. Orang yang pembersih contohnya cuci tangan sampai sejam pun boleh dikategorikan mental tapi masih di tahap awal. Ni bukan aku kata, tapi suami akak phd yang kata. Dia bagi tips macam mana nak cari calon suami yang tak mental. Ini rahsia antara aku dengan mereka sahaja.

August 28, 2010

Makan Lagi

Tanpa berceloteh panjang, moh kita tengok gambar lauk pauk berbuka puasa selama 3 hari.

Berbuka Hari Kesebelas


Vanila with pearl.


Pucuk ubi masak lemak kuning.


Daging dengdeng.


Nasi bersama ayam penyet di AP Bangi. Pedas gila, berpeluh2.

Berbuka Hari Keduabelas


Daging masak paprik air tangan t.linda


Rendang dengdeng, aku beli kat opis.


Telur dadar air tangan auntie aku.


Nomm Nomm Nomm.

Berbuka Hari Ketigabelas


Beehoon goreng air tangan t.linda.


Maggi curry with crab stick, chicken ball, telur and mix vege.

Ini je la yang aku pandai masak. Sekian :P

August 26, 2010

Biar Ikhlas

Jumaat lepas, ada ceramah oleh Ustaz Md Chazali Bin Ibrahim. Dia ni adik kepada arwah Ustaz Asri. Ceramah mengenai "buat kerja biar ada keihlasan baru ada keberkatan". Ok, aku malas nak citer panjang.. yang pasti aku kejap ikhlas, pastu tak, kendian ikhlas balik.. layankan je laa!! insyallah ikhlas, kalau tak, aku dah main games dari pagi sampai ke petang.

Lepas tu apa lagi, berangkat ke tropicana la melantak. Dengan menumpang ammar ke sana sebab yang senior dibiarkan terkontang kanting yang bebaru sedap je ada transport ke sana. Tapi, takpe makan punya hal jangan amik port sangat.. kang tak berselera lak makan.

Hari Kesepuluh Berbuka


Apatah nama makanan ni, tapi steamboat la.. ada dimsum! Mak buyung punya.


Cempedak goreng, terbaik garing!


Siyes, apa kenama tah makanan ni, tapi ala2 siput boleh didapati di laut. benda tu panjang2. Bukan aku makan tapi orang lain.


Lastly, aiskrim.. gambar tak ikut urutan ya.


Nak selit gak, adam dan zainal abidin pun ada. Adam dok sebelah meja aku. Sempat la sedas 2 bergambar. Ala sok lusa jumpa lagi kata artis bawah naungan pejabat.


Kambeng panggang bersama hotdong dan sos lada hitam. Suami mak buyungnya.

Kuew teow goreng. Masin!

Sayur goreng campur. Suami mak buyungnya.

Satay ayam. Pastu tak abis, tiap2 tahun pun sama. Tukang amik rafi.. tiap2 tahun pun dia yang amik.

Hah ni baru aku punya. Nasi beriani suku, hotdog, ayam, ikan, tofu, tempe dan begedil.

Murtabak.. Sedap!

Kuih muih. Nomm Nomm Nomm.

Makanan pertama sekali yang aku amik. Pas solat baru melantak yang lelain.

August 25, 2010

Tips Menaiki Komuter

Situasi: Sudah tentu la time balik. Time pergi kerja tu takde la kisah sangat sebab semua orang masih fresh, perfume pun tak hilang lagi, apa lagi ketiak yang masih kering kerana pakai deodarant jenama seminggu sekali je tonyoh.

1. Bagi yang wanita, sila naik gerabak wanita ya. Sebab wanita ni menjaga kebersihan dan bau badan masing2. So, elakkan menaiki gerabak lain kerana anda akan berdepan dengan bau-bauan yang kurang mengenakkan. Sebagai contoh, seluar jeans yang di pakai oleh lelaki yang dah 1..2 atau mungkin lebih hazab 3 tahun tak basuh. Ketiak, bau peluh, bau kaki sebab tak pakai stoking huh toksah citer la kan baunya camna. Leh muntah hijau!

2. Jangan suka berdiri di depan pintu bagi mengelakkan anda dari terhimpit oleh manusia2 yang cuba masuk secara menolak. Sakit dan sentuhan juga akan berlaku di situ. Kalau gerabak wanita takde la kisah sangat.. kalau tersentuh memasing pun ada.. yang beza kecik besar je.. tapi kalau campur laki perempuan.. hati2 ya.. auuummmm!!

3. Kalau rasa diri tu penat atau malas nak bagi orang lain duduk, sila la berpura2 tidur.. tu je taktik yang berkesan..

4. Bagi yang single, lelaki atau perempuan.. bujang terlajak pun boleh juga ikut tips ni. Kalau anda wanita single dan rasa nak cuci mata.. sila jangan naik gerabak wanita.. naik la gerabak lain.. mana la tau kan jodoh anda di sana. Tapi bagi kaum lelaki pula.. sesuai untuk lelaki yang berkulit muka tebal 100 inci atau memang jenis tak tahu malu langsung, sila la ke gerabak wanita. Kemungkinan jodoh anda ada di sana atau paling tidak pun anda akan dimaki oleh makcik2 dalam gerabak.

Buat sementara waktu, ni je tips.. yang lain akan menyusul kemudian.

Berbuka Hari Kesembilan

Bubur Pak Hassan yang semalam punya. RM2.50

Omelette with cheese.

Ada cendawan, tomato dan juga cheese.

Hirisan2 cheese.

Dari sudut lain pula.

Nomm Nomm Nomm

August 22, 2010

Berbuka di Opis

Activity of the year "Berbuka puasa dengan budak2 opis di opis". Macam sedih je bunyinya. "overtime, tak sempat nak balik rumah terpaksa berbuka puasa di opis makan satu, atau dua biji kurma dengan air kosong atau maybe seketul dua kuih muih" Tapi hakikatnya tidak begitu ya.. memang tiap2 tahun kami merancang untuk berbuka di opis. Bukan 4..5 orang je yang join tapi 12 orang. Tak ke meriah tu. Seronok juga sekali sekala buat aktiviti macam ni.. boleh mengeratkan lagi silaturahim antara kami semua. chewahhh!!

Seawal pukul 2.30 petang, aku dah ikut amsyah ke bazar ramadan. Sebelum tu singgah sebentar di gerai bubur lambuk pak hassan depan unikl. Ramai yang beratur membeli. Aku pun terjebak beli nak rasa apa yang sedap sangat bubur nieh.

Kemudian kami pun menuju ke bazar ramadan di raja alang.. sempat la membeli sebarang lima jenis kuih.. dan juga ayam percik yang aku ceritakan sebelum ini. Oleh kerana pergi awal sangat, maka tak banyak gerai yang buka lagi.. Mak buyung di opis ada kirim putu piring.. kat raja alang takde, kami ke raja alang tambahan pula.. masih juga tak ada.. kami ke bazar kampung baru pula.. hampa tiada putu piring tuk baby mu itu. melelehlaaa air liur baby u tu nanti.. kempunan, hehehe! Harga juga berpatutan tapi kebanyakkan yang berniaga orang-orang dari seberang. Merasa la masakan jawa, minang, bugis ke apa ke! bedal, habis juga..

Hari Kelapan Berbuka

Burger Mini Malaysia.

Murtabak RM1.50 sekeping.

Tepung Pelita, satu kotak RM3

Popia Basah RM8, 12 gulung

Popia Goreng 3 gulung RM1

Cara Manis 3 biji RM1

Main dish, KFC

Makan, Makan dan Makan

Hari Ketujuh Berbuka

Aku berbuka puasa di rumah bersama makcik kesayangan aku. Tak masak pun memandangkan t.linda hantar beehoon goreng sehari sebelum tu. Takkan nak makan beehoon je kan, so, aku beli la murtabak ayam kat tempat kerja dan kirim ayam percik kat amsyah.


Terima kasih t.linda.. malam tadi pun t.linda bagi beehonn goreng lagi.. nasi goreng sedap bila lak? :P


Harga RM2, rasa.. ok laaaa!!


Recommeded sangat!! dah la murah RM2.50, besar lak tu.. kuah kacang pun sedap!!


Nomm Nomm Nomm, hari ke 9 pun aku beli lagi.. kat mana? nanti aku citer!!

Alhamdulillah rezeki hari ke tujuh.. pagi ni nak bersahur kat mcd.. weeehooo!!

August 19, 2010

Bila Garang Baru Ingat

Huraikan tajuk di atas tidak melebihi 100 patah perkataan.

Sekian..

Ok, ok, aku huraikan.. aku nak cerita pasal zaman sekolah. Mengenai apa? Ya, mengenai cikgu sekolah yang paling aku ingat sampai sekarang. Cikgu-cikgu yang baik ni, aku tak berapa nak ingat. Tapi, kalau tahap panggil kat depan pun boleh tercirit dalam seluar, memang aku ingat.

1. Cikgu Ayam
Aku tak tahu kenapa dipanggil cikgu ayam. Mr. Wong namanya. Cikgu Wong ni ngajar math, memang tidak dinafikan cara dia ngajar tu bagus, tapi garang sangat! Dulu aku kelas ngan budak2 cina, diaorangkan memang terror math so aku takde la takut sangat!! hah, berangan la depa semua, semua pun takut ngan cikgu Wong.. yang nangis pun ada ok! Cikgu Wong ni suka suh budak2 jawab soalan kat depan. kalau salahhhhhhh dia baling kapur.. perkataan bodoh, lembab tu dah biasa bagi dia. Pernah sekali dia baling duster kat kepala budak.. mau tak nangis!

2. Ustaz Hashim
Bekas seorang askar. Suka buat nota kecik dan distribute pada kami semua. Ala-ala buku zine underground scene, tapi zine ni berbentuk ilmiah penuh dengan doa, cara solat, zikir dan sebagainya. Rotan dah jadi salah satu alatan wajib di bawa ke mana2. Kena rotan tu perkara biasa, bukan rotan manja, ni sekali rotan berbalar tapak tangan. Takde lak aku nak ngadu kat mak, takut nanti di tambah dengan batang penyapu lak kat punggung. So senyapkan je, kalau citer pun, aku rasa mak aku mesti kasi hadiah kat ustaz tanda terima kasih kerana mengajar aku. Tapi aku suka kalau kena denda, duduk tepi longkang pastu kaki dalam longkang sambil menulis.

3. Cikgu Gaban
Nama aku tak ingat sangat. Kenapa gaban? sebab dia suka pakai tudung labuh warna hitam. Memang takde color lain selain hitam dengan spec matanya yang besar. Cikgu Gaban ajar geografi, dia takde la garang sangat.. sket tu ada la.. denda2 biasa je.. Mungkin sebab di gelar Gaban menyebabkan aku ingat cikgu ni.

Nie je yang aku ingat. Tapi segarang2 meraka.. banyak ilmu yang aku dapat. Contohnya, ustaz hashim.. at least aku tahu zikir lepas solat! aku masih ada lagi zine doa2 tu kat umah. Para pendidik di luar sana, terima kasih tak terhingga aku ucapkan kerna penat lelah mengajar aku sehingga menjadi orang yang berguna. Tidak lupa juga buat enchek deng dan rafi yang juga byk memberi tunjuk ajar dalam programming sampai aku dah jadi tepu dan malas. Ops termengaku pula. Tidak lupa juga, terima kasih buat abg polis.. eh nak jugaaakkk!! fengsannn..

Nextttt.. gambar makanan pula!

Hari Keenam Berbuka
Hari memanaskan lauk pauk lebihan dalam peti ais sedunia. Beehoon sup, spegeti bolonise, nasi tomato dan satu juadah terbaru, jemput2 ikan bilis air tangan t.linda. Dengar macam banyakkan aku melantak, tapi percaya la semuanya dalam kuantiti sedikit. Dapat la 5..6 suap kecuali spegeti banyak suap.


Lauk pauk yang dah dipanaskan.


Spegeti bolonise.. Nomm Nomm Nomm.. sorry la mangkuk tu kotor sebab 2nd amik.


Jemput2 ikan bilis.


Nomm Nomm Nomm

August 16, 2010

Juadah Berbuka Lagi

Bulan puasa ni, aku tetap nak upload gambar makanan, hehehehe! :)

Hari Keempat Berbuka
Berbuka di Restoran Nasi Beriani Gam Johor di area Seri Kembangan. Not bad at all walaupun aku kena tunggu agak lama. Nasib baik aku ni penyabar orangnya. Nasi sikit je, maybe dia tau aku tgh diet. kononnnnnnnn!!

Nasi Beriani Kambeng (RM9.00++)

Seperti biasa, menu aku tetap ayam bahagian dada ya.. (RM8.00++)

Hari Kelima Berbuka
Berbuka di rumah sahaja. Makcik aku masak sayur dan juga resepi terbaru yang aku sendiri tak tau nak bagi nama apa. Makan bersama nasi tomato, air tangan t.linda yang dah terperap dalam peti ais sehari.

Sayur goreng. Di hias dengan lada benggala pemberian ammar. Sebulan dah lada tu dalam peti ais, akhirnya habis juga.

Resepi terbaru. Aku berikan nama 'Acar Tomato Makcik'.. sedap, rasa masam2 sket.. kalau pekena dengan ikan bakar.. perrgghh meleleh.

Dua lauk baru.. alhamdulillah rezeki

Nuffnang Ads