nuffnang ads

July 28, 2010

Student Nursing Berasmara dalam Toilet

Tulisan tu kena censored risau di cop racist.

Ini bukan tulisan aku, tapi tulisan budak opis aku. Selalunya lepas ke toilet dia akan ke bilik meeting tuk solat.. tapi kali ni terus ke tempat aku minta paper dan pen nak tulis. Nahhhhh ini gossipnya.. terus memba aku terbantut nak amik air semayang. Tak kusyuk nanti dengar keluh kesah mak esah dan pak pandir..

Ok tu je.. eh wait seminit.. keluh kesah ke keluh resah? hahaha

Lupa lak nak citer, memba aku ada wakafkan sabun buku.. tapiii lepas dengar citer ni terus geli nak guna. Adakah mereka guna untuk membasuhhhhh?? Oh Tidak!

July 24, 2010

Kuantan Oh Kuantan

Aku ada kat kuantan sebab bonda aku bising suh balik. Oleh kerana tidak mahu di cop sebagai anak derhaka maka aku balik juga. Eh, takde la.. memang aku nak balik pun nak amik roadtax. Tapi kalau dah balik mesti malas nak balik kl semula.

Kalau balik kuantan, aku memang jarang keluar rumah. Aku tak tau nak pergi mana. Kalau kuar pun aku jumpa my bff linda. Tapi kali ni tak dapat nak jumpa sebab dia bz dengan event maka terperap la aku di umah. Malam semalam bonda aku membebel.

Bonda: Kaklong, tak keluar ke?
Aku: Tak, malas la.
Bonda: Ish, rimas la tgk kaklong kat umah, gi kuar jalan2.

*fitam nangis kena halau.

Aku juga nak wish happy bday to my puteh yang ke 3 tahun. Next year hutang kereta pun habis! yehaaaa.. planning nak beli rumah pula. Insyallah!

Jom tengok gambar aku makan kat Doli.


Saya menang kuey teow goreng Doli.


Ada mee rebus.. boleh la, sedap lagi kat rnr seremban.


Pembantu rumah meterialistik, tudung dolce n gabbana, baju guess, handbag LV.. made in Chinaaaa.. hahaha!!

July 23, 2010

Semakin Tua Semakin Keliru

Wahhh, tajuk nak hebat je kan! kenanga i tak perli u ok.. hahahaha! Jom layan gambar masa aku kat OU bersama ahli2 GGO's. Dari opis, aku ke Putra Universiti pastu tunggu si nyah taik ayam pastu tunggu si kantan. Sampai ke OU jumpa si kenanga kemudian jumpa sunplawer dan akhirnya jumpa pasangan dua sejoli hsm dan suaminya yang terchenta.

Kami bergerak ke tempat makan pilihan sunplawer maka sampai la kami ke restoran peranakan.


Hurrmm nak makan apa ya?


Dslr kepunyaan sunplawer, belakang tu si hsm


Ni je gambar makanan yang aku amik, yang lain gelap. harga RM25, santapan si kenanga. kelazz kaw nyahh!


2 years


Sambutan birthday kami semua merangkap ahli2 GGO's

Semoga persahabatan yang terjalin selama 2 tahun akan berkekalan sehingga ke anak cucu. Aku gembira ada kawan-kawan yang extravaganza terancat akal.. hehehe jgn marah! LOVE UOLL GGO's.

July 19, 2010

Orang Gaji Terlampau

Dulu makayah aku sibuk dengan kerja. Asyik mengejar kemewahan sehingga anak-anak terabai. Bila dah besar aku jadi liar dan kurang ajar. Eh, salah intro! ni skrip cerekarama yang aku tulis bertajuk "Anu anakku dalam seluar". Hahaha betul la kan.. takkan kat tempat lain lak.

Aku nak cerita pasal pembantu rumah a.k.a orang gaji. Bapak aku dulu kan x-imigresen so senanglah nak dapatkan pembantu rumah. Seingat aku la kan, adalah 6-8 orang yang pernah kerja kat rumah aku tu.

Kak Na.
Pembantu rumah yang pertama. Orang johor dan masih lagi berhubung. kalau raya, selalunya kami singgah. Dia dah kahwin anak lima. Dia start jaga aku dari kecil sampai adik aku yang nombor tiga. Orangnya baik dan ngam la ngan kami semua. Tapi lepas tu dia kena balik johor, aku tak ingat sangat tapi rasanya mak dia sakit.

Mak Wan.
Orang thailand, pangkat nenek sebab dah bercucu. Dia ni pandai masak. Rajin pun rajin. Sebab berhenti aku tak ingat sangat la.

Kak Shima.
Orang Medan. Masa dia jaga kami semua, dia tengah mengandung. Dia pun pandai masak. Sebab berhenti, of coz la nak bersalinkan.

Kak A.
Siyes, ramai pembantu rumah yang aku tak ingat nama. Yang ni cantik orangnya, chinese look. Pandai buat nasi kerabu. Sedap sangat! Dia ni rajin menggosok, t-shirt pun gosok apa lagi sependerkan.

Kak B.
Orang Medan juga. Aku siap call mak aku tanya siapa lagi pembantu rumah yang dia ingat. Lebih kurang cam aku gak tak ingat. Ramai sangat. Tapi mak aku kata Kak B ni pemalas.

Kak Gem.
Dari seberang juga. Sama besar je ngan aku. Tapi aku fobialah dengan Kak Gem ni, sebab kalau dia tido pakai kain dan tak bersepender.. korang fahamkan, ni la masanya nak gunakan imaginasi sendiri. Aku malas nak terang.

Kak Tam.
Dari Thailand dan berkulit hitam manis. Seorang yang sangat beremosi, suka nangis.. aku pun tak faham apa yang dia sedihkan. Tengah gosok baju nangis, tengah masak nangis. Kak Tam ni pernah baling ikan goreng kat ruang tamu. Protes gara2 tak boleh makan ikan yang dah terusik.

Makcik Seksi.
Dari seberang juga. Seksi ok kalau kat rumah. Ala2 ingin menggoda bapakku, tapi tak dapat la jet. Mak aku lagi extravaganza lawa. Dia ni pandai masak terutamanya daging dengdeng. Sebab berhenti, ya, dia lari rumah sambil gembira mencuri baju mak aku yang lawa2.

Kak Gil.
Orang burma. Muda lagi rasanya dalam 20han. Mula2 tu ok la dia kerja. Tapi tak pandai masak. Dia masak air timun kicap. Apakah? Mudahnya resipi. Lama2 dia cam gila. Lari rumah tapi takde la jauh mana pun. Duduk melepak kat belakang rumah jiran. Pastu habis daun atas pokok dia cabut sampai botak. Bapak aku punya la baik letak makanan kat porch. Dia makan ok.. pelarian mesti la lapar. At last dia balik juga.. suka dia dapat RM50.

So, itu je la citer pembantu rumah dan yang paling aku ingat sekali adalah kak na. So lepas tu, bapak aku dah malas amik pembantu rumah, so aku la ganti depa semua.. tapi aku tetap taknak kalah.. cuci baju upah, gosok baju upah, mop lantai upah, masak upah. fengsann!!

Pembantu rumah yang meterialistik.

Mimpi Basah



Meh aku review sket movie Inception ni.

Mimpi dalam mimpi dalam mimpi dalam mimpi.
Sekian ulasan dari "mata jatuh ke hati".

Selama 2 jam setengah aku duduk, tengok dan amati, aku boleh simpulkan movie ni amat interesting walaupun mengarut. Ada kesamaan dengan movie The Matrix di mana geng2 ni suka bermimpi.. dan mereka boleh reka mimpi mereka sendiri.. Siap ada arkitek yang boleh bina bangunan dan bandar mengikut citarasa sendiri. Effect dari movie ni pun best!

Contoh mimpi:

Aku mimpi jumpa abg polis, time aku jumpa abang polis tu aku mimpi jumpa abg arkitek, masa tengah dating tu aku mimpi lak abg komuter, dalam komuter tu aku mimpi abg nun jauh diperantauan United Kingdom bermain salji. Nak terjaga dari mimpi, samada geng2 aku kejutkan atau kena bunuh dan akhirnya aku kembali ke alam realiti tanpa abang2 di sisi.. muntahhh!!

Dalam movie ni takde mimpi sambil ngigau ya, sebab set2 ni basuh kaki sebelum tidur agaknya. So silalah tengok. Tak rugi pun!

July 14, 2010

Menolong Tapi Terbunuh

Malam tadi, aku call bonda. Lama juga berbual.
Meng'update' cerita tuk seminggu. Selalunya kalau lama tak call, bonda aku selalu bising.
Bonda aku kata "hai, dah tak reti guna telefon ke? bukan kena buat coding pun nak call".
Aku jawab "Ya la ma, nanti kaklong buat script, cron tiap2 hari tuk call mama secara automatik"
Kalau aku jawab camni, bukan tangan je naik, penyapu pun naik.. perbualan ni aku reka sendiri ya..

Jogging dengan Kain

Lambat
Dah Biasa
KTM
Salah satu punca
Jem
Sekangkang kera je pun
Banjir
Ok, ini kali pertama
Maka
Bonus tahun ni jatuh merundum

Jauh ok aku menapak.. dah la pakai baju kurung.. lalu tepi highway.. orang tgk.. aku malew.. gilo!!

*Longkang pecah ya..

July 11, 2010

Dua Dalam Satu

Quick update:

Sabtu : Ke Sunway Piramid, cuci mata, shopping buku.. choiii salah beli buku camna nak jawab soalan kalau takde cd.. dah la listening test .. aku nak dengar apa? tetiba soalan! Agaknya kalau aku dengar suara dari cerita GLEE, aku boleh jawab tak.. Which map shows the correct location of the seller's house? A. Puck house.. terus band 3.. jawapan tak mengikut kehendak soalan! nangis..

July 7, 2010

Lelaki Itu Bernama Puck

Diantara pelakon GLEE yang aku suka, sudah tentulah si Noah Shalom a.k.a. Puck yang berambut mohowk.. nyummmyy sangat!! aku suka kot lelaki macam ni.. nak jadikan suami mmg mimpilah. So berangan je la sebelum tidur.. kononnya aku kahwin dengan si puck ni, pastu dapat anak.. mimpi tengah-tengah tu, tak boleh la cerita kat sini.. sebab aku sendiri pun tak ingat. ikut imiginasi korang la nak macam mana. Aiyooo fengsan, mana aku nak letak abang yang jauh di perantauan tu!!

July 6, 2010

Gossip Berantai

Dah lama aku tak post gossip antara ahli GGOs. Nahhh tuk tatapan korang semua.. Perbualan antara Mr. M dan Mr. A.. hehehehe

July 3, 2010

Sudah pun Bergelar Isteri

Akhirnya, selamat sudah kenduri kahwin antara Puan Sazz dan abg soldiernya yang tampan, gagah lagi perkasa.. ni, aku tiru ayat abg hafiz, MCs kesayangan Puan Sunplawer.. hahahaha!! Penat plus ngantuk, tapi tetap happy sebab dapat berkumpul bersama ahli2 GGO. Aku telah di lantik sebagai PA System. Tugas aku menjaga lagu pada time2 tertentu. Orang lain kahwin aku lak yang sexcited.. mana taknya, takut juga tetiba tengah makan berdamai, aku pasang lagu Suamiku Kahwin Lagi ke.. naya jer!! Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik..

July 2, 2010

Mata dan Makan

Semalam niat dihati nak beli baju je, tapi non ado.. kira selamat la duit mek kan *sedih takde saiz! hahaha. Sekali gatal lak masuk kedai cermin mata. Hamik kawwww sekali terbeli juga. Sedey dah miskin sket dari biasa.. Tapi untuk mata aku juga. Senang sket nak cuci mata.

July 1, 2010

Aktiviti Makan

Kat opis aku, aktiviti makan adalah benda yang sangat wajib tiap2 bulan. Tak kirala samada orang belanja ke (part ni, ada yang kena paksa belanja.. so rela hati ke tak, itu aku tak tau!!) hahahaha tettt tipu je.. semuanya ikhlas nak belanja. Atau pun kami bawa makanan dari rumah, cakap je potluck tapi kaedahnya beli juga di luar. Tapi yang rajin sekali sudah tentu la kagami, bangun pagi semata2 nak goreng mee.. nice one.. tapi goreng mee bukan alasan tuk datang lambat ke opis.. opsss panas, aku pun cenggitu gak.. tapi bukan salah aku, aku tetap nak salahkan train KTM.

Nuffnang Ads