nuffnang ads

November 15, 2010

Padang Merdeka - Last Day

Hooorrreeyyy, last day event!! Kami berpakat tuk bangun lewat sedikit dari semalam. 8.15 pagi dah ada kat padang. Tiada aktiviti yang serius cuma menyambut kedatangan anak yatim dari Sarawak seramai 20 orang. Aku just check tempat makan dalam vvip room, letak air mineral dan revive yang telah disponsor oleh orang air.. siyes aku tak ingat nama booth. Petang tu aku ajak budak faci teman pergi beli kuih lapis dan surat khabar. GGO sorry la, kuih lapis dah tak berlapis tinggal sekeping jek!!

Suasana di pagi hari, ramai exhibitor dah masuk

Aku macam biasa, mengular sebentar.. amik gambar belon

Tempat aku berteduh, buat kerja dan makan

Boleh tengok abang polis dari sini. Diaorang memang ada kat padang menjaga keselamatan. Abang rela ada, abang first aid ada, abang bomba ada.. apa lagi cuci mata la :P

Sesi post mortem antara shlq dengan faci a.k.a cikgu sementara. Mereka mengajar cara2 mengunakan broadband. Tapi depa kata yang datang semua dah pandai, check fb sendiri, upload lagu then save dalam hp. Ada seorang pakcik ni tanya, korang letak laptop kat sini buat apa? diaorang guna free, dapat untung ke! Eh, over pakcik nie.

Agak ramai yang datang dari hari semalam

Pukul 11 lebih dah makan, lapar okehhh!! 2 bungkus sekali aku melantak

Pukul 12 tghari hujan turun, aku risau sebab pukul 2 petang ada performance dari nad dan daus budak2 af8. Tapi alhamdulillah, hujan turun kejap je.. walaupun padang lecak, ramai juga yang datang tengok

Camni la perangai orang tua 30 tahun bila takde kerja. Tu shlq berangan nak jadi maskot!

Si nad dan daus beraksi dengan maskot

Performance dari Pentarama, suara depa mmg best la.

Tu penghibur dan penari sambilan... walaupun tak berapa nak betul pandai juga dia menari ikut rentak lagu!

Conclusion dari event yang aku buat ni, sangatlah mencabar, penat, panas, sunburn, jari kaki melecet tapi aku tak kisah semua itu sebab aku memang suka buat event. Aku suka bergaul dengan orang ramai. Walaupun penat tapi aku fun, puas dan segala2nya. Event outdoor ni bergantung pada cuaca, kalau hujan maka faham2 je la.. sales takde, orang tak ramai tapi event tetap diteruskan. Setiap kali event pasti aku akan kenal sorang dua dan berkawan sehingga sekarang. Bertambah lagi kawan, jodohnya tak bertambah lagi. Thank you shlq sebab percaya dan yakin dengan aku. Happy working with you, nanti ada event lagi habaq mai ya, tapi kali ni duit elaun kasi tambah!! :P

No comments:

Nuffnang Ads