Aku cuti semata2 nak uruskan event. Sebelum tu, aku dah tanya mak aku, adakah ok atau tidak untuk buat part time di tempat lain. Mak aku kata ok je, asalkan amik cuti secara sah. Nak buat apa, suka hati ko la. So, apa lagi aku terus setuju la nak ikut. Sebelum aku berangkat, aku diberi briefing yang menjadikan aku tak senang duduk sebab tugas aku adalah menjaga aktiviti di pentas dan assist operation dan apa2 yang boleh ditolong.
Aku juga diberi tugas untuk menjaga artis, bob dan farina. Merasa aku jadi PA tak bertauliah.. Overall aku sangat suka, enjoy gila, cuci mata dan yang pasti bersosial dengan orang ramai. Takdelah aku dok memerap dalam bilik mengadap monitor. Walaupun penat, sunburn, dahi berbelang, jari kaki melecet, makan nasi bungkus, kaki sakit tapi ia satu kepuasan yang dah lama aku tak kecapi. Cheewahhh!!
First time aku buat outdoor event 'Karnival Jalur Lebar' kat Padang Merdeka, Kuching Sawarak.
2 comments:
wow kelazz....event manager...siap jadi maskot vagai kan..!
adoiiii... full coverage pls.. wat suspen jek. sure pasnie post gmbo yu ngan bob kan?
Post a Comment