nuffnang ads

April 6, 2010

March 2010

Sebelum aku bercerita apa yang aku buat bulan lepas, aku nak tepek satu email buat tatapan rohani korang semua.. aiyoo muslimah tetiba!!


Bergurau senda kasar bersama budak opis, sib baik email nie dapat kat aku sorang kalau dapat kat si kenanga harus sentapkan!! RM50 untuk anak ikan lepas servis.. choiiiii!! ingat aku tak laku ke? sentip sangat!


Tak beli buku pun, tapi beli paper bag dan recycle bag.. aku memang suka kumpul benda2 yang comel dan yang penting dapat la komik free.

Akhirnya berjaya juga membeli 2 buah novel bahasa omputeh bagi meningkatkan lagi mutu penulisan dan percakapan aku di UK nanti.. aiyoooo berangan sangat okehhh!! harga tak mahal RM10 sebuah. Aku baru baca Dying Light, kisah polis investigate prostitute tua yang kena belasah dek siapa? itu aku tak tahu, belum tamat lagi.. asyik kat muka surat 40 je.. perkataan pelik pun dah banyak tapi tak berdictionary lagi. Baru baca sehelai dua dah pening.. how?


Bergym bersama t.linda di hotel equatorial bangi selama 4 jam.. berpeluh sakan la juga dan di akhiri berjakuzi, stim dan sauna.. fuhhh sedappp!!

Ditemani teman seperjuanganku rafi ke uk education. feeling2 nak sambung belajar tahun ni. singgah pula ke british council, test ielts yang berharga RM570.. tak lepas amik lagi dan lagi dan lagi.. aduushhh cukup la amik sekali terus 7.0 wahhh berangan lagi.. kebanyakkan universiti nak 6.5 dan fees dalam RM100k itu belum termasuk makan, minum dan tempat tinggal. Teringin nak sambung belajar mungkin tahun ni mungkin juga tahun depan. insyallah kalau ada rezeki aku pergi dengan english yang cemerlang dan gemilang.. hahahaha


Binatang peliharaan aku di g.coast. Sorry bububear, terpaksa meninggalkan ko buat seketika di sana sehingga aku dapat tempat sejuk di Malaysia.

Sekian.

4 comments:

Aujinz said...

Ai sedang memahamkan bahasa peringkat tertinggi cik dewman sebab ai skolah kampung jer..

[cikgu ngajo english aku dok tembak kacang hijo..]

owh..bubear sangat comel.. berapa sekilo?

Dewman said...

tembak kacang hijo, memang u kekampungan sangat :P.. i kat sini tembak2 guna nintendo game je.. kelaskan ai masa sekolah.. :P

bububear tu tak jual la.. dah ada orang tempah utk dipelihara.

Kenanga said...

prostitute tu apa?

dewman said...

prostitute? ala apa ya, yang suka jual2 body tepi jalan tu.. nak lebih lanjut sila cari dalam kamus eng-malay.. :P

Nuffnang Ads