nuffnang ads

April 30, 2010

How To Lose A Double Chin?

Ditembak oleh nyah kenanga, portrait lagi!
Tak lama lagi boleh la jadi photographer terhebat di equine sahaja.
Jangan tembak benda lain sudeyyyyy!! hehehehe

jap lagi nak ke kuantan membawa kengkawan menaiki river cruise melalui sungai kuantan.. semoga selamat sampai ke destinasi.. aminnn!!

April 29, 2010

RM10.20

Itulah harga yang perlu aku bayar untuk lunch hari ini.. ikan cencaru bakar, nasi suku, 5 batang kacang botol, sambal belacan, sambal tempoyak, papadom dan 5 jenis kuah beserta tea o ais. Selalunya lunch aku dalam RM3.50 - RM4 tapi takpe sekali sekalakan. Lunch hari nie aku makan kat medan ikan bakar kampung baru. Seronoknya, best sangat cuci mata. nyummmyyy sangat! mahal pun mahal laa yang penting leh cuci mata.. fengsan ok dengan statement aku!!

sedapnya isi ikan cicah air asam

Souvenir dari enchik deng dari nepal.. berebut sama rafi and sorry la rafi aku dapat warna biru.. thxs to ammarita

Last but not least, gambar aku zaman bebudak dulu.. awwww kurusnyaaa!!

April 28, 2010

Bercikcuran

Oleh kerana aku duduk di celah2 seri kembangan maka anugerah cikcuran terhebat di abad ini jatuh kepada diva kenanga. Kalaulah si kenanga takde, mati kutu aku di sini.. mati la kan makan sorang2 kat oldtown, paparich, black canyon.. hah kawww tempat makan taknak kalah nak yang hebat je.. fengsan terasa poyo sangat! apa salahnya sekali sekala makan kat tempat2 camni.. kalau non ado duit.. gerai makcik depan umah aku pun sedap juga.

Lets tengok gambar.. gambar ni di ambil oleh diva kenanga menggunakan canon eos berapa? aku tak tau..

Black Canyon.. serius service charge mahal belum tambah tax lagi.. nak kata sedap tu takde la, boleh laa tapi sayur mmg fresh.

View putrajaya.. bukan nak kondem tapi kenapa la tetiba ada bangunan tinggi yang bisa menutupi keseluruhan bandar putrajaya. Next time nak bawa orang luar tgk pun segan.

Gambar ni aku ambil before ada bangunan tinggi.. sorry amik guna hp dan malam.. cantikkan tanpa ada bangunan tinggi tu.

Pandaikan diva kenanga amik gambar.. ni aku dah edit

Last week lepak di Paparich bersama diva kenanga.. agak sedap juga curry laksa tu selalunya aku baca kat blog orang je.

April 25, 2010

Orang kampung masuk bandar

Jumaat lepas aku bercikcuran bersama nyah kenanga di kedai mamak. Aku order la roti nan dengan ayam, si nyah lak order roti nan cheese dengan ayam juga. Senyap je si nyah makan, menikmati agaknya.. Pastu nyah bersuara "terima kasih la nok, sebab kenalkan mak makanan niehh, 1st time mak makan taw, marbelos sangat.. sebab tu mak diam" fengsannnnnn aku.. dan 32 tahun baru pertama kali makan roti nan.. nangissss!

Breakfast aku selepas jogging.. thxs to t.linda for the homemade energy bar

Aktiviti hari sabtu dimulakan dengan jogging di cyber bersama t.linda kemudian ke ke chow kit bersama t.linda dan jet.. pergi mana? plaza gm.. bestnyaa g sana, selalunya aku dengar cerita dari orang pasal plaza ni tempat memborong. murahhhhh tauuuuu, but the problem is kena la beli bundle.. contoh beli 6 atau 10, satu barang RM10.. tapi kalau beli satu, harga RM16.. so kepada ahli2 ggo lets membeli belah.. kalau beli banyak pun kita jual la balik.. byk barang yang di jual di sana, ada beg, baju, kasut, manik, rantai, gelang, tudung dan lain2 lagi la.. so harga kat luar sana lebih mahal dari plaza gm nieh.

Lupa nak cerita, tapi aku admit sangat mmg aku jakun parking kat plaza gm tu sebab 1st time parking kereta naik lift.. wowww canggihnya.. hahahaha!! mmg jakun abis laa..

Tengah tunggu pintu lift naik.. kereta sebelah tu tengah naik lift.. jakun tawww!!

Keychain yang gantung2 tu.. RM0.30 tapi kena amik 12 keping.. murahkan uolll kalau kat luar 3 keychain RM10..

Selepas penat membeli belah.. masa untuk makan tengahari nasi kandar di yaseem. Tempat ni t.linda yang suggestkan. memang sedap beratur panjang ok nak makan. As usual aku hanya amik ayam goreng bersama nasi.. nymmmyy sangat! Bau tangan sampai ke hari ahad..

Sedap uoll.. lets ahli2 ggo terutamanya nyah sunplawer.

Then ke Sogo, beli bra lagi.. upset ok, satu bra aku jenama wacoal atau triumph bersamaan 3 bra dan 2 sepender jenama skiva.. tahan lama atau tidak.. kita tunggu dah lihat! sebab aku ni jenis masuk bra dalam mesin basuh.. senang!

Hari ahad non ado aktiviti.. duduk rumah cuci baju kemas rumah dan kemas bilik. Sekian berita dari bilik atas katil.

April 23, 2010

Iklan Dulu


Aku hanya mampu post gambar buat sementara waktu. Akan kembali bersiaran dengan lebih panjang pada hari Ahad. Banyak kerja di opis, semuanya gara2 realtime search. Aku terpaksa menggodek coding orang lain yang aku rasa coding dia tersangatlah extravaganza advanced ke susah ke aku pun tak pasti. Tapi tuk pass parameter aku kena tahu which class and function yang berkaitan yang aku rasa kejap point kat A, pastu point kat B dan point kat C then patah balik kat A dan B.. fengsannnnn!!

Task html convert to pdf terpaksa ditunda, harap2 sempat la siap sebelum 19 May. fengsan lagi!! Si rafi lak terpaksa tunda kerja2 yang patut diselesaikan dek kerana terpaksa menukar maybe keseluruhan query gara2 orang besar nak guna sistem tu secara free! Ni bukan aku fengsan tapi rafi.. hahahaha.. kecohkann RM13 tu pun berkira.. beli je la di saluran yang betul chewahhh!!

April 19, 2010

Mari Menjawab

Client opis aku complaint tak dapat guna sistem. Dia tepek la screenshot error tu. Kalau la client tu kawan2 aku, aku jawab..
"Kami telah memperbaiki error tersebut, terima kasih kerana menjumpai curly bracket yang hilang merata2 selama ini di line 229. Al maklumlah, kami yang buat coding dan kami juga yang testing, kadang kala terlepas pandang dengan masalah kecil sebegini. Maaf di atas kesulitan yang puan hadapi, kami berharap tiada lagi penutup tidak cukup di masa akan datang."

April 16, 2010

Macam Mana Tah

Perbualan antara aku dengan cousin tghari tadi..

cousin: yoi (kalau tak yoi, hoi.. ish ishhh)
aku: yer
cousin: ade number kak ngah emma tak
aku: kak ngah emma, sapa?
cousin: aiya sedare
aku: ya la, sapa kak ngah emma
aku: tak pernah pun panggil kak ngah emma
cousin: dah tu panggil sape dong ahaha
aku: kak ngah yanti la
cousin: ya la
cousin: ahaha
cousin: gue mne tau nk pggl cmne name
cousin: haiizzz
Last message received on 16/4/2010 at 12:44 PM

fengsan ok kalau chat ngan budak nih!

Lepas pengsan, kita makan lak..

Ayam penyet, oleh kerana aku nie tak reti makan nasi takde kuah, so aku order soto, overall boleh laa takde la sedap mana sangat..


Spaghetti daging, tak berapa nak sedap laaa sebab ada bau lembu..


Ni memang marbelos, spaghetti dengan ayam dan dihiasi dengan serbuk cheese dan salad..

April 14, 2010

Apa nak jadi?

Isnin lepas aku puasa, semangat gigih berpuasa walaupun tak bangun sahur. Malam tu aku makan roti je. So, ok la kan dari tak makan apa2. lagipun aku kan banyak lemak tuk cover apa2 yang patut.


Petang tu, aku ke sini..


Apa aku nak makan ya lapar ni seharian berpuasa?


Nasi ayam garing.. "sahaja aku berbuka puasa" ya kawan2, aku berbuka puasa pada pukul 2.15 petang!! Dengar je budak2 opis nak makan kat mancongkam, terus nafsu aku membuak2, berahi sangat tau.. sekian sahaja laporan untuk edisi kantoi.

p/s: Aku ada beberapa minggu sahaja untuk membuat keputusan yang akan mengubah total cara hidup aku. Apa sahaja keputusan yang aku buat, Insyallah, keputusan yang terbaik untukku.

April 13, 2010

Mari Belajar Sesuatu

Semalam aku belajar cara crimping network cables dengan budak opis. Bukan takde kerja tapi aku dah bosan dok mengadap coding yang semakin lama semakin malas, lemau dan segala macam perasaan la. mama, papa cepat la bagi green light tuk berhenti niehhhh.. i'm waitingggggggggg!!


Inilah rupanya bila dah siap.. sarung kuning tu budak opis aku panggil kondom.. "pasang kondom tu dulu, baru masukkan plug" huhhhh macam dah takde perkataan lain nak guna.

Lepas tu baru kita test menggunakan wire tester. First time aku buat tak menjadi sebab salah satu wayar terlalu pendek. Lampu merah tu menandakan problem so dengan gigihnya aku buat semula.

Dan akhirnya, keluarlah lampu hijau menandakan pandainya aku buat crimping nieh. Baru buat satu dah kecohkan.. bukan buat 10 meter pun, setengah meter jek! fengsannn..


April 11, 2010

Bukalah pintu hati

Aktiviti melawat irish.. semakin comel!! sian kawan aku farah, si aiqal tidur atas kerusi dekat meja makan, si aisya dah tido pastu terbangun dan nangis, si irish enak tidur atas pehaku yang gebu. Macam ini la pengorbanan seorang ibu, bila dah besar derhaka dengan ibu. Mama i love u!

Hari ni aktiviti jogging berjalan dengan lancar. Fuuhhhh, berpeluh2. Cuma berlari anak di cyberjaya, memandangkan aku belum fit untuk naik turun bukit di bukit jalil. Dan dikatamkan dengan nasi lemak di old town. fengsannn!! bakar lemak dan tambah lemak.. good job!!

Berbalik pada tajuk posting yang mengisahkan perniagaan secara MLM. tak kisah la halal ke tak, pokok pangkal MLM. Korang ada kawan2 yang obses dengan MLM? ya, aku ada! agak ramai dan aku tak suka cara mereka memprovoke aku agar join bisnes ni. Mostly yang ajak ni semua dah bekerja dan mencari wang tambahan untuk mengubah nasib mereka.

Contoh alasan suruh aku join MLM:
  1. Kau taknak kaya ke?
  2. Sampai bila kau nak kerja makan gaji?
  3. Cuba la dengar talk diaorang dulu.. (talk untuk membanggakan diri sebab anda orang pertama, kedua, ketiga dan bukan yang ke beribu2 berjaya. janda anak 10, sekarang dah boleh beli bmw, rumah banglow 10 bilik.. student pergi kelas pandu skyline dan pelbagai cerita di atas kejayaan mereka.) sedetik pun tiada rasa iri hati, rezeki masing2kan usaha lebih dapat la semua ni. untuk success dan memenangi hati orang, kita perlu tunjuk kejayaan kita. tapi kadang2 tu menyampah la dengar.
  4. Kau bukalah pintu hati kau tu, ko tak teringin ke nak ke overseas ke apa ke? aku tak masuk MLM pun boleh je g jalan2. Nak seribu daya, kumpul la duit tak kisah la setahun pun at last pergi juga.
  5. Kau ni bodoh sombong, nak bagi duit secara senang pun kau taknak!! (nak kena basuh otak diaorang nieh)
  6. Aku malas la kawan dengan kau. (eh eh, sempat lagi nak ugut2 aku.. kau ingat aku heran sangat ke nak berkawan dengan kau).
  7. Sampai bila kau nak hidup macam ni, kalau kau masuk, cara hidup kau boleh berubah. tak perlu lagi nak jogging masuk je slim center. duit terlebihkan.
  8. Kau masuk la, bukannya mahal.. RMxxxx kau boleh dapat RMxxxxx. tapi kau kena cari orang kat bawah kau la.
  9. ni lagi keji, berkawan dengan kita bukan ikhlas pun, tapi sebab nak kita join bisnes dan pergi talk.. atau ajak makan tapi rupanya pergi talk.
  10. Bila taknak masuk, terus tak bertegur sapa.. aiyooo sentap ke kak?
  11. Dan lain2 lagi..
Pernah dengar irc.. masuk ahli dan dapat makan secara free. Ya aku pun pernah di suruh untuk join.. bagi yang join awal mesti nampak hasilnya, tapi yang kebelakang2 akhirnya hampa sebab irc dah takde.. bankrup ke apa aku tak tau!

Sekarang ni dok famous dengan Score A, most of my friends buat benda nieh. semua sibuk suruh aku join. Semua bagi alasan seperti di atas. Aku tak kisah kalau nak ajak join, tapi.. tak perlu la kot nak bagitau sampai bila kau nak hidup makan gaji, taknak kaya. Cara yang sangat menyedihkan, kesian giler! adakah anda sangat desprate nak kaya sampai boleh berkata begitu. siapa korang untuk tentukan rezeki aku. Kalau aku nak kaya, aku akan join dengan sendirinya..

Kalau setakat score A, aku boleh buat lebih advance dari sekarang. sambil menjawab soalan aku bagi budak2 ni duit.. satu jawapan yang betul aku bagi RM0.05.. wahh, berlumba bebudak nak jawab. kira give and take. tak pun kalau score 100%, aku bagi movie cartoon secara free.. original lagi.. belajar dan happy.. kira balance! macam2 la boleh buat.. nak berview cam dengan cikgu tuisyen pun boleh.. kalau tak faham tanya terus on the dot! wahhh berangan sungguh, nak tukar html ke pdf pun dah semput!

So kawan2 di luar sana, kalau pintu hati aku terbuka untuk MLM, insyallah aku akan join. Tapi buat waktu sekarang, aku masih gembira dan bersyukur dengan apa yang aku perolehi. dan yang penting, aku tak kacau hidup orang lain untuk join MLM yang akhirnya menjadikan aku seperti korang semua. Owh aku risau kalau duit berkepok2 aku akan jadi alpa dan menjadi orang yang mendabik dada.

Sekian terima kasih.. pakcik menang motorsikal! hehehe

April 9, 2010

Suspen

Ingat lagi tak buku omputeh yang aku tengah baca tu.. semakin interesting!! it's happen when Logan found a dog yang di potong2 dalam suitcase. Who is killed the prostitute and the dog? jeng jeng jenggggg.. up sket dari page 40 ke 60.. more pages to go, sigh!!

This week aku dapat task baru, orang finance nak invoice yang automatically send to the client, maka dengan ini, harusla aku menggodek benda baru bagi aku iaitu 'convert html to pdf'. aiyooo terus fengsan tengok coding. terus dapat term baru ghostscript, ps2pdf, x11 dan lelain.. gagal di situ! running je script dapat lak error "Cannot open X display `(null)'." terus meroyan..

Comelkan orang aussie guna perkataan ni. Femes kak gee kannn? kak gee how are u? anak2 sihat ke? :P

April 6, 2010

March 2010

Sebelum aku bercerita apa yang aku buat bulan lepas, aku nak tepek satu email buat tatapan rohani korang semua.. aiyoo muslimah tetiba!!


Bergurau senda kasar bersama budak opis, sib baik email nie dapat kat aku sorang kalau dapat kat si kenanga harus sentapkan!! RM50 untuk anak ikan lepas servis.. choiiiii!! ingat aku tak laku ke? sentip sangat!


Tak beli buku pun, tapi beli paper bag dan recycle bag.. aku memang suka kumpul benda2 yang comel dan yang penting dapat la komik free.

Akhirnya berjaya juga membeli 2 buah novel bahasa omputeh bagi meningkatkan lagi mutu penulisan dan percakapan aku di UK nanti.. aiyoooo berangan sangat okehhh!! harga tak mahal RM10 sebuah. Aku baru baca Dying Light, kisah polis investigate prostitute tua yang kena belasah dek siapa? itu aku tak tahu, belum tamat lagi.. asyik kat muka surat 40 je.. perkataan pelik pun dah banyak tapi tak berdictionary lagi. Baru baca sehelai dua dah pening.. how?


Bergym bersama t.linda di hotel equatorial bangi selama 4 jam.. berpeluh sakan la juga dan di akhiri berjakuzi, stim dan sauna.. fuhhh sedappp!!

Ditemani teman seperjuanganku rafi ke uk education. feeling2 nak sambung belajar tahun ni. singgah pula ke british council, test ielts yang berharga RM570.. tak lepas amik lagi dan lagi dan lagi.. aduushhh cukup la amik sekali terus 7.0 wahhh berangan lagi.. kebanyakkan universiti nak 6.5 dan fees dalam RM100k itu belum termasuk makan, minum dan tempat tinggal. Teringin nak sambung belajar mungkin tahun ni mungkin juga tahun depan. insyallah kalau ada rezeki aku pergi dengan english yang cemerlang dan gemilang.. hahahaha


Binatang peliharaan aku di g.coast. Sorry bububear, terpaksa meninggalkan ko buat seketika di sana sehingga aku dapat tempat sejuk di Malaysia.

Sekian.

April 2, 2010

Mari Membaca

Tamat sudah cerita di Australia, kembali semula ke tanah air sendiri yang nan permai, aman lagi indah dan tidak memerlukan bekas maggi cup untuk membasuh hadas kecil. Last month aku ada beli buku dari Sindiket Sol-Jah dan rasanya ini buku yang ke empat yang aku kumpul. Nak kata aku ni pandai menulis tu wajib tidak la kan tapi entah mengapa aku suka baca buku2 diaorang ni. Meh aku review sket buku yang aku beli hari tu.

Lihat judul buku dah rasa kelakar kan.. dalam belum tentu okkkk!!
  1. Berharga RM20 dan hanya ada 112 muka surat sahaja. Termasuk bonus track "Mari Bermain Harimau Jadian" yang tidak ada kena mengena langsung dengan kesinambungan cerita. Hanya game untuk happy2 bersama kengkawan di mana sahaja mereka berada, yang aku rasa best lagi main One Family At Home atau Snap yang bisa menggugurkan jantung.
  2. Suka ulang cerita.. aku ingatkan flash back rupa2nya memang ulang cerita.. sekali dua takpe nie 3 kali okeh! Macam drama swasta melayu yang ada adegan orang menangis lama ataupun ulang balik cerita dulu2 nak cukupkan tayangan 2 jam. :)
  3. Nama watak dalam buku ni lebih kurang sama dengan novel cinta yang ada di pasaran, contohnya 'Daniel Zaxris Jolly' tapi nama dalam buku kekah ni takde la extravaganza gorges sebagai contoh Pak Akop Baju Kot, Mail Sepit Udang, Abdul Kadeer Kuti, Beraim Prewel Mati yang sedap sket Abdullah Firdausi.
  4. Tidak menggunakan kata nama seperti mereka, kami dan sebagainya tetapi dengan menyebut semua nama yang ada. Part ni aku selalu langkau je.. jenuh nak membaca dah la pelik nama2.
  5. Ada unsur lawak geli2 contohnya "Cuba kau tengok 'wiki'nya ni, Melah... panjanggg! Ngikut 'wiki' pak dia juga niee! Alaa... tak panjang mana pun 'wiki' abang Mael tu" Motif tau nak citer pasal 'wiki' di sini. hahahaha
Kesimpulannya, jalan ceritanya best dan ada maksud tersirat, penggunaan bahasa pun sempoi dan simple! aku pun bukannya pandai sangat mengarang so dari buku2 macam ni serba sedikit mengajar aku menyusun ayat. Sense of humor pun ada pendek kata mari la membaca "Siapa Kekah Bidan Sepiah? Buku ni mengisahkan jelmaan manusia menjadi harimau jadian yang penuh dendam, kerakusan, kuasa dan kehidupan. Owh ya, aku masih belum tahu siapa yang sebenarnya kekah bidan sepiah.. Tapi aku rasa orang yang jumpa tangkal bidan tu!!

Nuffnang Ads