Next stop, ada sorang awek berbadan sedap masuk. Dia berdiri sebelah aku. Tangan aku pegang tiang sama paras dengan muka budak tu. Pastu kejap2 aku dapat rasa pipi budak tu menyentuh tanganku yang lembut ini. Eh, budak ni pesal, main laga2! Takkan aku nak marah, kalau rasa tak boleh kena sentuh sila naik teksi sorang2. Kemain lagi mengada.
Tetiba.. jeng jeng jeng.. budak tu bersuara "akak, tolong pegang saya, saya nak pitam." Aku relak je sebab aku dah biasa rasa nak pitam. Aku tengok muka budak tu dah pucat. Aku pun pegang la lengan budak tu. Barisan belakang aku.. semua dok pakat tidur, tadi ada sorang celik tapi tetiba tidur pulak. So, plan lain.. tengok baris depan, yes ada sorang awek ni tgh dok layan lagu aku pandang dia aku cakap.. "boleh bagi dia duduk tak, dia nak pitam" awek layan lagu tu pun bangun.. pastu dia tanya "kenapa dia?" laaa tak dengar ke aku kata apa tadi.. so aku cakap la "dia nak pitam"
Awek layan lagu tadi sibuk tanya aku ada minyak cap kapak tak? sudah tentulah tak ada.. lain la kalau si raf, semua pun ada. Awek layan lagu tanya orang depan dia pulak.. akhirnya awek minyak cap kapak menyerahkan minyak cap kapak kepada awek layan lagu dan minyak cap kapak beralih tangan ke budak pitam tu. Settle sapu sana sapu sini, dia pass balik kat awek layan lagu, dan pass semula ke tuannya. Selesai cerita..
Ehhhh.. belum habis lagi, kesimpulannya takde. Kesimpulan awek pitam tadi takde pun ucapkan terima kasih kepada aku, awek layan lagu dan awek minyak cap kapak. Aku takde la hadap sangat ucapan terima kasih tapi mana pergi kesopanan budak pitam tu. Masa aku pitam dulu, ada la sorang akak offer aku tempat duduk, korang imagine tengah dok tahan sakit aku relak je cakap terima kasih. Ada juga yang tak kasi tempat duduk, tengok aku macam nak telan.. mungkin dia cakap "ala dia boleh tahan lagi tu" tak pun "lagi satu stop je nanti aku kasi la dia duduk" pinggan la kan.. ingat aku sakit jari ke boleh tahan2.. takpe nanti aku nampak korang nak pitam aku tgk pastu aku gelak. buruk dowh perangai.
Oklah tu je nak citer. Bab makan pula. Aku n the geng makan kat alamak tak ingat nama restoran. Tapi restoran ni kalau nak makan sekali sekali boleh la. Tapi yang sentapnya memba aku ni bawak g makan time akhir bulan. Gaji lagi 4 hari. Adoyaiii pokai kejap duit dalam purse. Pelanggan yang datang pun stok2 pakai kot, lipstik merah, rambut karat, makcik2 yang berumur speking english. What that? owh that is nut bottle.. kacang botol, blehh!! :p artis pun ada, aku jumpa wife m.nasir dan kawan2nya.
Nasi suku, ayam goreng, kuah daging salai masak lemak dan sayur ubi masak lemak. RM11.30 Dewmandew punya.. sedap, ya pada aku sedap
No comments:
Post a Comment