nuffnang ads

February 27, 2011

Burung Marah

Tiada aktiviti sepanjang hari minggu. Hanya duduk di rumah sahaja dan satu kejadian terkehel pinggang berlaku semalam. Gila sakit. Seperti biasa jalan slow dan bongkok sedikit. Sakit pinggang ni aku alami sejak zaman remaja lagi masa tu umur aku 23 kot sampai laaaa ni. Berat sangat mungkin sampai pinggang aku tak dapat tampung berat badan aku.

Kali ni aku nak tunjuk game Angry Birds version cinta2. Agak comel dan agak payah untuk dapatkan 3 star. Bos aku bagi main guna ipad dia. Pergghh boleh tonyoh2 skrin wa cakap sama lu. Bukan takat jari je bergerak ngan badan2 sekali ikut sama. Tapi aku main kejap je la sebab dah sedap main guna mouse. Traditional way la katakan.




p/s: Memerlukan bantuan sesiapa sahaja yang membaca blog aku yang tak seberapa. Aku hanya memerlukan kreativiti anda dalam memberi nama dan slogan untuk produk terbaru ayahanda aku. Produk apa? keropok kering dan lekor. So, masih lagi mencari nama dan slogan nak tepek kat plastik. Sapa yang memberi idea, aku akan bagi keropok kering sebungkus sorang. Jangan memain keropok kering pun mahal ya. :)

2 comments:

NeoTech said...

cadangan : Keropok Dewi

Yun said...

aku pon benci main game ni kat touch screen...gila xbest..asik terlepas jek burung marah tu...

Nuffnang Ads