Aku sangat bertuah kerana berdarah kacukan dari 2 negara. Malaysia dan Indonesia. Statement taknak kalah, kacukan walhal seberang je. Percintaan antara arwah nenek aku dan arwah atuk aku, maka lahirnya ibu aku yang gorges dan pada tahun 1980 lahirlah pula anaknya yang masih single walaupun dah 31 tahun, besar tapi baik hati, comel, gebu, meletup, simple dan ayu.. ya itulah aku. Nangis!!
Aku ramai saudara kat sana. Jakarta ada, Bandung ada, Bogor ada, Bukit Tinggi ada. Kalau aku pergi sana, tempat tinggal dah ada, transport nak kemana2 pun dah ada. Makan minum pun ada. Senang bukan. Owh saudara aku kat sana cantik2 ya.. dan educated.. Aku tau ada cousin aku yang baca blog aku ni, thank you sebab belanja dan bawa dewman jalan2 di sana. Paling aku suka, food.. yes, food.
Gambar bawah ni, cousin aku Thia, bawa makan abc atau es kat mana? aku tak ingat.. tapi bukan restoran.. kedai kecil tepi jalan. Best!
Tak sempat nak rasa bakso.
Es kelapa.. ke nangka.. ke es buah.. tah tak ingat
No comments:
Post a Comment