nuffnang ads

March 5, 2011

Der, Otak Letak kat Mana, der?

Aku baru je lepas jumpa dengan budak yang langgar manja kereta aku tu. Sebelum jumpa aku dah pergi bengkel ketuk tanya harga. Perbualan aku dengan apek....

Oklah RM180, haiya apek, murah sikit la RM150. Talak bolehh owhh ini susah mau ketuk lagi mau cat sama body lagi. Ala apek, ini budak yang langgar student juga. Kasi murah la apek. Okla okla RM160 cincai.

Serta merta aku pun sms la budak yang langgar manja kereta aku tu. Dia kata nak jumpa kat mcd. Aku kata OK sebab dalam sms tadi aku dah kata, kalau ada tempat yang murah bagitau atau kita g tengok bengkel apek tu.

Aku pergi sorang, budak yang langgar manja kereta aku tu ngan boifren kot. Kira berani juga la aku pergi sorang, sebab kalau memba aku hari tu, dia berdua n yang langgar kasar tu berenam. Semua laki yang langgar kasar tu je perempuan. Alhamdulillah la, nego tadi berjalan dengan baik.

Yang tak baiknya adalah... tetiba datang kawan kepada si boifren tu. Budak kelantan. Ya, aku tetap nak state juga budak negeri mana. Dia tengok, dia raba puteh aku. Dia cakap dalam Rm100 juga ni. Aku ok lagi la. Sekali...

"Ala kereta local je kot, kalau sandar pun kemek apatah lagi tolak pakai lutut pun boleh kemek juga. Kereta local camtu la. Ni tolak pakai tangan pun boleh ni, tak pun sedut. Ni takyah cat pun takpe, kiwi je bukan scratch teruk sampai nampak body." der, ko nak cakap keta aku murah la kan!!

Aku nak je menjawab, tapi memikirkan aku datang secara baik dan budak yang langgar manja kereta aku tu pun ok je lemah lembut lagi. So, aku buat keputusan taknak naik angin. Kecoh der, macam der je! Der, ko sekolah ke tak? ilmu yang ada sila guna. Bercakap sila guna otak kat dalam kepala tu der, bukan otak kat celah bontot. Cakap ikut sedap mulut!

Der, aku beli kereta pakai duit kot der, kalau aku beli keta harga RM2 yang boleh dibeli di kedai Dua Ringgit, aku tak kisah der. Ni aku beli dengan duit der yang aku bayar tiap2 bulan. Nasib baik budak langgar manja kereta aku tu langgar kereta local, kalau langgar lamborghini walaupun tak kemek macam kereta local, tercalar je mau beriban nak bayar balik. Bodoh la lu der, ko pakai mustang ke? ke kancil? hp pun jenis cap ayam, nasib baik aku tak tengok ko pakai kereta apa.

Takde maknanya aku nak pau budak yang masih belajar. Duit pun makbapak bagi tak pun duit pinjaman. Aku kalau boleh nak cari tempat ketuk harga RM2 juga macam harga kereta aku. Tolak pakai tangan pun takpe, aku tak kisah.. cuba la sedaya upaya. Tapi, cakap je berapi2, try tolak tak buat lak. Apa la der, bercakap takpe aksi tidak dilayan ya. Tetiba ko muncul menghangatkan suasana pula yang sebelumnya ceria. Apa ni der, cakap elok2 la.

Kalau sesiapa tahu tempat ketuk atau ada yang boleh tolak pakai tangan sila bgtau aku. Aku kalau bab ketuk mengetuk body ni tak berapa nak pandai sangat tapi bab enjin memang confirm aku tahu. Hahaha, i wish.. nak letak air tuk wiper pun aku tak tahu memula dulu. Sekarang tahu dah.



Kesan cat kereta budak yang langgar manja kereta aku tu.

4 comments:

cyanamoose said...

beb.. kalo akk ketok kt seksyen 25. murah ar..tp shah alam ler. hehe

rafi said...

der, tetiba aku rasa hangin dgn mamat tu. napa ko tak belasah je. nasib baik ko tak ajak aku sekali. kalau tak confirm mamat tu makan spana.

sherliza said...

ouch...that hurts :) sian putih. aku memang malas betul kalau kes dilanggar nih.

melanggar apatah lagi, susah nak kira :( anyway...ku tkde tempat ketuk yg murah lah dewi. tp rasanya...shah alam ngan klang might hve good deals.

Dewman said...

shah alam? jauh maa kena cover minyak pergi balik lagi. Dah la aku pakai minyak 97.. ecececehhh so kedekut sket. gamaknya ketuk kat apek tu je la..

Raf: mmg anginkan dapat orang tak guna akal sblm bercakap

Nuffnang Ads