nuffnang ads

February 22, 2011

Jom Bergaduh

Bukan aku yang bergaduh tapi antara presenter framework PHP dan selang seli dengan audience. Wahh cam menarik kan? Gaduh tarik2 rambut ke? atau hack framework? tentulah tidak, tapi gaduh mulut je, mereka membentangkan kebaikkan dan keburukkan framework yang ada di dunia ini.
Buat pertama kalinya aku ke PHP Meetup 2011 - Framework Shootout yang diadakan di Mimos, TPM pada hari Sabtu lepas pada pukul 8.30 pagi. Ya, 8.30 pagi keluar dari rumah macam nak pergi kerja.

Kesimpulan dari Meetup ni, aku masih tak tahu framework mana nak guna. Boleh! Pengakuan ikhlas aku tak pernah develop sistem guna framework. Semua dari zero dan akhirnya sesat dalam coding sendiri dan kekadang sesat dalam coding kawan sendiri.

Macam pergi kuliah, tak sampai sejam dah ngantuk akibat makan nasi lemak dan tengahari nasi ayam.

Wakil dari MIMOS.. uncle ada kerja kosong tak? :P

Sepatutnya dia yang intro pasal PHP Meetup tapi dia terdatang lambat. Banner tu pun pasang masa wakil MIMOS bercakap. Takpe kata 2 orang je handle event, later ajak aku, aku ni memang suka buat event. Last event aku Jalur lebar, tapi tuk ini free pun takpe. Agak lawak orangnya sampai ada juga yang aku tak faham maybe tak kelakar.

CakePHP ada la sikit aku tulis. Its MAGIC!

DooPHP, banyak juga input dari mamat ni. Dia adalah pencipta framework dan buatan Malaysia. Cerdikkan, aku nak keluarkan report dalam bentuk pdf pun sesak nafas apa lagi buat framework.

Django.. siyes aku jatuh cinta dengan Django mungkin cara dia sampaikan tu menusuk ke kalbu. Mungkin juga language Django bukan PHP tapi Python membuatkan aku teruja dengan benda baru. Rasa berkobar2 kejap je la pastu NON ADO!

ZendFramework.. tiada info sangat, slide pun hanya beberapa helai jek, dan nota aku kosong.

CodeIgniter, slide ok, tapi nota aku still kosong dan aku tak berapa nak faham. Bukan salah dia, sebab dia pun baru lagi dengan framework CI hanya berkongsi pengalaman dengan audience.


Ruby On Rails, suka juga tapi takdelah suka macam Django. Sebab yang sama, bukan language PHP tapi Ruby. Framework lebih kurang macam CakePHP

Akhirnya, PHPhyppo and still on going development. Wa citer sama lu, gila kentang senang hidup programmer tuk wat sistem simple2. Drag Drop je tak mudah ke? lu pikir la sendiri

Nak tahu kenapa aku sanggup datang sebelum pukul 8.30 pagi? Sebab aku nak mug je dan juga ilmu.. ILMU tentula penting. Awal punya pasal, tempat registration pun belum siap lagi. Overall PHP Meetup ni memang bagus tuk aku dan juga orang2 yang berminat tuk menimba ilmu dan mencelikkan mata dengan teknologi2 baru.

Mug ini la penyebab aku bangun awal

Aku masih ingat kata2 dari salah seorang presenter, "kita tidak boleh bergantung harap dengan satu framework kerana setiap framework ada limitationnya yang tersendiri. Bergantung pada projek yang kita buat, sekiranya framework yang kita pilih ada kekurangan maka perlulah beralih arah ke framework lain. Nak taknak, kena la tau pelbagai framework. Berharap event seperti ini akan diadakan lagi. Goodluck guys!

p/s: Terima kasih bos sebab rajin suap anak2 buah dengan ilmu baru.

8 comments:

rafi cyber said...

ko datang awal sebab nak ngorat sama kan?? hahaha. nanti kita paksa bos join sekali pi PHP Meetup. hehehe. :-D

Dewman said...

ko pun datang awalkan? awal lagi dari aku, lala lalala lala.. see sapa ngorat sapa ni? :P

xjutsu said...

should follow your instinct and go for django... diversified... knowing more than language is a plus+ :P

fazilah said...

ape yg mamat ni tulis dlm lebih menarek kerana lebih realistik n prektikal dalam HIDUP.
http://ericharrison.info/2010/04/21/how-i-build-php-applications/
tapi tak tau kenapa blog dia 'off' skrg..sempat aku simpan ape yg dia tulis n aku amat bersetuju dgn dia.

rafi cyber said...

rasa cam belajaq django. kena cari sifu ni. jom dewman. :-D

Unknown said...

raf, tu ada sifu kat atas tu en. xjutsu :)

aku_tak_tau said...

hoyeh hoyeh....banyak lagi ajk next time. tapi keje tak bergajilah yer. eheheheh

Dewman said...

no prob, setakat event tak sampai 500 orang senang je.. wahhh gile berlagak!! ok je takde gaji pun takpe.. yang penting dapat ilmu dan kenal kawan2

Nuffnang Ads