Aku teringin nak makan Macaron, apatah rasa sebab aku tengok ramai je orang makan, sedap ke?, alang2 ada diskaun di MilkADeal beli 12 biji dengan harga RM12 so dengan gembiranya aku menggunakan credit card untuk membuat pembelian. Harga sebelum diskaun RM24.
Aku pun beli, eh tak boleh beli lagi kena signup dulu. Dah signup tup tup terus redirect ke page payment. Okla aku pun masukkan detail. Pas masuk detail redirect pula ke CIMB secure page, masukkan lagi detail.. kendian jeng jeng jengggggg aku dapat page..
So, aku beranggapan tak success la payment aku. Aku relax jap baca2 dulu MilkADeal tu apa, pastu baca Macaron dari Piqa bakery dan tuan punya bakery Puan Noami.
Later on, aku try lagi. Kali ni berjalan dengan smooth.. redirect ke page MilkADeal semula. Ok la gembira la dah settle, so aku check la cart aku sekali kau, takde pun coupon yang aku beli tadi. Aku takde la gelabah sangat, dah biasa dengan benda ni.
Aku call la callcenter cimb.. depa kata credit card aku tuk beli benda alah ni dah success, bukan sekali tapi dua kali. SENTAP tau! Aku minta la approval code senang tuk berurusan dengan milkadeal. Sentap buat kali kedua, call hanya office hours je. Patutnya kalau dah bisnes online, perlu la 24x7.. senang apa2 berlaku macam kes aku ni. Aku tak suka nak email2 aku lebih suka call terus. So, aku try call Puan Noami, dia suruh aku email apa problem aku dan dia akan check dengan milkadeal pula. Oklah aku pasrah.. aku pun email dan sekarang hanya menunggu jawapan.
Sekali check email, purchased aku dah confirmed pukul 2.10 PM padahal aku beli bagai nak rak siap ada error pukul 12.30 PM. Hurmmm SENTAP buat kali ke 3.
Akhirnya aku hanya dapat satu coupon SAHAJA, yang satu lagi? Kita tunggu dan lihat sebab aku percaya pada kata 'The User Is Always Right'. Gap antara mobile88 dan milkadeal agak lama. Dalam masa 45 minit. Kalau la dapat user yang gelabah, risau dan pemarah, macam mana? Aku ni dah biasa realtime, beli hari ni waktu ni aku akan dapat feedback on the dot juga. Kalau gap pun ada la 1-5 minit. Tak lama. So, aku tak biasa slow2 ni.
Pada sesiapa nak beli sila la beli. Mungkin kebetulan aku yang kena.. sila la layari http://milkadeal.com/r/5240
No comments:
Post a Comment