nuffnang ads

July 7, 2012

Geram Hokey

Panas betul aku semalam, sepatutnya aku pergi cyberjaya. Macam biasa, sebelum pergi tanya la budak2 opis dah gerak ke belum. Semalam 2 orang EL, lain2 BZ. Maka, aku pun singgah opis cyber jap amik lappy aku n opismate then zuppp terus ke train. Aku taknak la dok sorang2 kat situ, takut hokey. Badan besar tak semestinya berani nak2 aku ni wanita.. kalau jantan aku redah je.

Nak sangat berhantar berhambik, ni la jadinya. Takkan la tiap2 pagi nak tanya siapa hantar, siapa ikut. Yang sorang lagi, sibuk tanya, korang pergi macam mana? ada lesen taknak guna.. komen je kerjanya, ishhh tak membantu langsung!

Buat je la virtual opis kalau camni citernya.. income tax taknak bayar, tapi bila orang mdec n lhdn nak datang  buat spot check time tu la gelabah nak hantar kitaorang ke sana. sapa suruhhhhh sewa opis jauh2.. tak pikir panjang, pikir murah.. claim transport, meal semua.. tah2 cukup sewa opis dekat area kl.

Spoil MOOD betul semalam.. Memba aku lagi best, lepas dapat lappy terus balik.. dia angin dengan budak yang dok tanya hari2 diaorang pergi naik apa.. huhuhuhu

Dah, jom tengok gambar.. *sebut dengan nada marah

 Memba aku kata nasi hujan panas sebab warna warni, tapi bila rasa macam nasi minyak je RM3.50

 Nasi Tomato RM3.50 *murahkan.. ni kat area cyber

 Karipap Lori
Kenapa Lori? sebab BESARRR.. inti ayam/daging dan telur separuh RM2.50 *tapi aku rasa biasa je sebab takde rasa ayam and ayam berketul2 pun takde.. tak macam pau kedai sebelah karipap lori tu.

 Korang mesti pernah pergi DAISOkan.. suka takkk? Aku suka je.. tapi jangan la chopstick buluh pun ko belasah beli.. tak berbaloi dengan harga RM5.. pilih la barang yang sesuai dengan harga RM5.. contoh aku selalu beli, perfume biji2 RM5 berat 600gm, atau tisu basah/kering tuk lantai tu.

 Bekas ubat RM2.50, aku beli dekat D.I.Y.. harga lebih murah dari DAISO, aku beli net mesin basuh pun baru singgit, kualiti tak tau la nak cakap.. banyak juga barang2 yang menarik boleh kita beli kat sini. Kebetulan D.I.Y ni berdepan dengan DAISO.. lagi la senang nak compare harga. Maka WANITA, sila la BIJAK berbelanja.. :)

Jam sebab ada satu keta je rosak belah kiri, tapi dia punya jam macam ada xcident. Aku amik sebab awan tu nampak lawa, bukannya nak amik gambar jam pun.

No comments:

Nuffnang Ads