nuffnang ads

February 27, 2011

Burung Marah

Tiada aktiviti sepanjang hari minggu. Hanya duduk di rumah sahaja dan satu kejadian terkehel pinggang berlaku semalam. Gila sakit. Seperti biasa jalan slow dan bongkok sedikit. Sakit pinggang ni aku alami sejak zaman remaja lagi masa tu umur aku 23 kot sampai laaaa ni. Berat sangat mungkin sampai pinggang aku tak dapat tampung berat badan aku.

Kali ni aku nak tunjuk game Angry Birds version cinta2. Agak comel dan agak payah untuk dapatkan 3 star. Bos aku bagi main guna ipad dia. Pergghh boleh tonyoh2 skrin wa cakap sama lu. Bukan takat jari je bergerak ngan badan2 sekali ikut sama. Tapi aku main kejap je la sebab dah sedap main guna mouse. Traditional way la katakan.




p/s: Memerlukan bantuan sesiapa sahaja yang membaca blog aku yang tak seberapa. Aku hanya memerlukan kreativiti anda dalam memberi nama dan slogan untuk produk terbaru ayahanda aku. Produk apa? keropok kering dan lekor. So, masih lagi mencari nama dan slogan nak tepek kat plastik. Sapa yang memberi idea, aku akan bagi keropok kering sebungkus sorang. Jangan memain keropok kering pun mahal ya. :)

February 25, 2011

Sukanya Dia

Dulu aku pernah cerita pasal makcik2, eh silap, auntie2 yang kecoh berborak dalam komuter. Tapi hari ni lagi kecoh. Macam biasa KTM lambat, KTM dan lambat dah sebati, bagaikan isi dengan kuku. Tak boleh nak dipisahkan.

Petang tadi, komuter agak kosong sebab first train ramai manusia dah naik dan berebut2. Aku, huh tak kuasa nak rebut2. Lagipun balik bukannya pergi kerja tak kisah la lambat. Sampai je next stop, auntie2 ni punya la gembira, suka, gelak2 sebab dapat duduk. Kecoh satu gerabak. Kelakar, bayangkan auntie2 tu dah berumur tapi perangai cam bebudak. Comel je!

Auntie ni suka borak pasal komuter. Kiranya auntie dan komuter tak dapat dipisahkan. Kali ni pasal pemandu train. Auntie2 ni suggest la supaya yang memandu train tu mesti dari kalangan degree graduate yang amik kursus komunikasi. Sebab apa? bila dah pandai berkomunikasi maka bila ada problem, train rosak ke, elektrik takde ke, mereka pandai buat pengumuman dengan jelas dan jitu. Takde pesong2nya. Kalau train senget sebelah cakap senget bukan sebab technical. Aku pernah kena, train stop dekat sejam dah la berdiri sekali takde pengumuman. Setengah jam lepas tu baru nak bagi tau ada train nak lalu. Geram je!

Dah tu je cerita tuk hari ini, bawah ni gambar aku makan semalam. Makcik aku masak sayur goreng dengan taufu dan ikan dori masak tempoyak


February 24, 2011

I Don't Have A Smart Phone

Oleh kerana aku takde phone yang boleh tonyoh2 atau tenyeh2 screen dengan jari, maka aku download juga Angry Birds dalam pc aku. Syok weiii main benda alah ni terkenan lepas main kat phone android csl. Bukan aku punya tapi phone tuk testing application kat opis. Aku belasah la kekuatan phone ni.. sedihhh bateri cepat habis.



Brownies pemberian raf dari Jakarta

February 23, 2011

Makan Roti Yukk

Seperti biasa makcik aku ter'rajin' banyak sediakan makan petang. Tidak lupa juga jemputan khas ke teratak makcik iaitu t.linda dan jojet. Makcik aku buat bread pudding with chocolate sauce dan apple crumble. Pergghh so western








Selamat menjamu mata :)

February 22, 2011

Jom Bergaduh

Bukan aku yang bergaduh tapi antara presenter framework PHP dan selang seli dengan audience. Wahh cam menarik kan? Gaduh tarik2 rambut ke? atau hack framework? tentulah tidak, tapi gaduh mulut je, mereka membentangkan kebaikkan dan keburukkan framework yang ada di dunia ini.
Buat pertama kalinya aku ke PHP Meetup 2011 - Framework Shootout yang diadakan di Mimos, TPM pada hari Sabtu lepas pada pukul 8.30 pagi. Ya, 8.30 pagi keluar dari rumah macam nak pergi kerja.

Kesimpulan dari Meetup ni, aku masih tak tahu framework mana nak guna. Boleh! Pengakuan ikhlas aku tak pernah develop sistem guna framework. Semua dari zero dan akhirnya sesat dalam coding sendiri dan kekadang sesat dalam coding kawan sendiri.

Macam pergi kuliah, tak sampai sejam dah ngantuk akibat makan nasi lemak dan tengahari nasi ayam.

Wakil dari MIMOS.. uncle ada kerja kosong tak? :P

Sepatutnya dia yang intro pasal PHP Meetup tapi dia terdatang lambat. Banner tu pun pasang masa wakil MIMOS bercakap. Takpe kata 2 orang je handle event, later ajak aku, aku ni memang suka buat event. Last event aku Jalur lebar, tapi tuk ini free pun takpe. Agak lawak orangnya sampai ada juga yang aku tak faham maybe tak kelakar.

CakePHP ada la sikit aku tulis. Its MAGIC!

DooPHP, banyak juga input dari mamat ni. Dia adalah pencipta framework dan buatan Malaysia. Cerdikkan, aku nak keluarkan report dalam bentuk pdf pun sesak nafas apa lagi buat framework.

Django.. siyes aku jatuh cinta dengan Django mungkin cara dia sampaikan tu menusuk ke kalbu. Mungkin juga language Django bukan PHP tapi Python membuatkan aku teruja dengan benda baru. Rasa berkobar2 kejap je la pastu NON ADO!

ZendFramework.. tiada info sangat, slide pun hanya beberapa helai jek, dan nota aku kosong.

CodeIgniter, slide ok, tapi nota aku still kosong dan aku tak berapa nak faham. Bukan salah dia, sebab dia pun baru lagi dengan framework CI hanya berkongsi pengalaman dengan audience.


Ruby On Rails, suka juga tapi takdelah suka macam Django. Sebab yang sama, bukan language PHP tapi Ruby. Framework lebih kurang macam CakePHP

Akhirnya, PHPhyppo and still on going development. Wa citer sama lu, gila kentang senang hidup programmer tuk wat sistem simple2. Drag Drop je tak mudah ke? lu pikir la sendiri

Nak tahu kenapa aku sanggup datang sebelum pukul 8.30 pagi? Sebab aku nak mug je dan juga ilmu.. ILMU tentula penting. Awal punya pasal, tempat registration pun belum siap lagi. Overall PHP Meetup ni memang bagus tuk aku dan juga orang2 yang berminat tuk menimba ilmu dan mencelikkan mata dengan teknologi2 baru.

Mug ini la penyebab aku bangun awal

Aku masih ingat kata2 dari salah seorang presenter, "kita tidak boleh bergantung harap dengan satu framework kerana setiap framework ada limitationnya yang tersendiri. Bergantung pada projek yang kita buat, sekiranya framework yang kita pilih ada kekurangan maka perlulah beralih arah ke framework lain. Nak taknak, kena la tau pelbagai framework. Berharap event seperti ini akan diadakan lagi. Goodluck guys!

p/s: Terima kasih bos sebab rajin suap anak2 buah dengan ilmu baru.

February 17, 2011

Rindu Sama GGO

Aku rindu sama ahli GGO (geng gossip opis). Lepas jijon tukar tempat kerja email GGO tidak lagi bernyawa.. ada la nyawa tapi cam nyawa2 ikan. Semalam lagi la langsung takde orang nak start email.. hari ni baru keluar 3..4 ahli mengatakan rindu pada GGO. Kuat sungguh aura jijon sampai adek2 merindui jijon merangkap abanglong. Sumpahan abanglong memang menjadi. Diva GGO la katakan, memang tak boleh lawan. Merasa entry tuk abanglong.


Ok, cerita pasal makan lak. Makcik aku masak simple je tapi enak banget. Sambal belacan epal hijau, ayam masak sos tiram dan sayur goreng. Nyummmyyy sedap!! tq makcik




February 15, 2011

Comelkan

Department aku dapat dart baru pemberian....... CEO kami!! Comelkan CEO aku beli dart tuk staff dia main dikala kebosanan dan ketensionan. Dart ni dalam kotak, aku ngan raf ingatkan tv flat screen sebab CEO kata 'nah amik ni g gantung' so budget tv la kan.. sekali dart! Bukan cikai2 dart pula tu. So, apa lagi panaskan lengan laa..

Milkadeal dah cancel satu transaction beli macaron, tq kerana membalas email walaupun lambat.


Selamat main.. ala kejap je ni pastu takde sapa nak main lagi!!

Tidak lupa juga, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua.

February 13, 2011

Zend Framework VS cakePHP

Hari Ahad aku penuhi dengan aktiviti di gym, makan tengahari dan makan petang bersama ayahanda,bonda,adik2 dan cousinku yanti. Dah lama aku tak pergi gym, last sekali tahun lepas entah bulan berapa. Kali ni, aku gunakan mesin2 dalam tu sebaik mungkin. Pejalkan bontot, pejalkan peha, pejalkan lengan dan pejalkan dada.. fewwwittt!! meletop!! Lepas tu masuk sauna, stim dan akhir sekali jakuzi. Pergghhh sehari memanjakan diri di sana.

Adik aku dah selamat berbelanja di ampang park. Membeli seluar ala2 arab sebab dia ada dinner bertemakan arab. Nasib baik aku takde dinner mengikut tema di opis. Kalau ada sah2 aku pakai baju ala2 belly dancing, tunjuk pusat sambil gelek2 mengayunkan lemak2 yang ada, pengsannnn!!

Aku juga sempat membaca perbezaan antara zend framework dan cakePHP. Selepas mengamati aku prefer cakePHP. Apa yang aku faham, cakephp sesuai untuk beginner yang baru nak berjinak dengan MVC. CakePHP juga ada room kat irc #cakephp. Zend framework juga tidak ada cacat cela, siapa yang memerlukan kawalan yang lebih baik bagi design application dan built-in support boleh la guna zend framework.

Ada juga yang aku baca, documentation cakePHP tak berapa bagus berbanding dengan zend. Pada aku, dua2 pun ada kelebihan, tepuk dada tanya selera.. bagi aku yang baru nak bermula dengan MVC, aku pilih cakePHP. Ada juga user yang mix up antara zend framework dan cakePHP.

Yang penting, aku cuba dulu cakePHP, bila dah terror pastu bosan, aku try pula zend framework. Tak rugi pun belajar benda baru.

Ini aku letak top 10 php framework.

sumber - http://www.phpframeworks.com/top-10-php-frameworks/

1 Yii (106 votes) talk Yii at forum discuss Yii
2 CodeIgniter (91 votes) talk CodeIgniter at forum discuss CodeIgniter
3 CakePHP (73 votes) talk CakePHP at forum discuss CakePHP
4 Zend (62 votes) talk Zend at forum discuss Zend
5 Symfony (49 votes) talk Symfony at forum discuss Symfony
6 PHPDevShell (38 votes)
7 Prado (26 votes) talk Prado at forum discuss Prado
8 Akelos (24 votes) talk Akelos at forum discuss Akelos
9 QPHP (5 votes)
10 ZooP (5 votes)

sumber - http://www.mustap.com/phpzone_post_73_top-10-php-mvc-frameworks

10- Ambivalence: A Java-Maverick Port
9- WACT: Web Application Component Toolkit
8- Achievo: A good RAD framework
7- Phrame: A Java-Struts port
6- Studs: A Java-Struts port to PHP
5- Prado: The winner of Zend coding contest
4- PHPOnTrax: a Rails port - PHP5 Only
3- CakePHP: Inspired by Rails PHP4/5
2- Mojavi: The first MVC framework I fell in love with

and the winner is:

1- Symfony: Based on Mojavi and inspired by Rails

Perbezaan cakePHP dan zend framework

Sumber lain - http://www.brownphp.com/2008/12/zend-framework-vs-cakephp-framework/#idc-cover

February 12, 2011

Sentap

Aku teringin nak makan Macaron, apatah rasa sebab aku tengok ramai je orang makan, sedap ke?, alang2 ada diskaun di MilkADeal beli 12 biji dengan harga RM12 so dengan gembiranya aku menggunakan credit card untuk membuat pembelian. Harga sebelum diskaun RM24.

Aku pun beli, eh tak boleh beli lagi kena signup dulu. Dah signup tup tup terus redirect ke page payment. Okla aku pun masukkan detail. Pas masuk detail redirect pula ke CIMB secure page, masukkan lagi detail.. kendian jeng jeng jengggggg aku dapat page..


So, aku beranggapan tak success la payment aku. Aku relax jap baca2 dulu MilkADeal tu apa, pastu baca Macaron dari Piqa bakery dan tuan punya bakery Puan Noami.

Later on, aku try lagi. Kali ni berjalan dengan smooth.. redirect ke page MilkADeal semula. Ok la gembira la dah settle, so aku check la cart aku sekali kau, takde pun coupon yang aku beli tadi. Aku takde la gelabah sangat, dah biasa dengan benda ni.


Aku call la callcenter cimb.. depa kata credit card aku tuk beli benda alah ni dah success, bukan sekali tapi dua kali. SENTAP tau! Aku minta la approval code senang tuk berurusan dengan milkadeal. Sentap buat kali kedua, call hanya office hours je. Patutnya kalau dah bisnes online, perlu la 24x7.. senang apa2 berlaku macam kes aku ni. Aku tak suka nak email2 aku lebih suka call terus. So, aku try call Puan Noami, dia suruh aku email apa problem aku dan dia akan check dengan milkadeal pula. Oklah aku pasrah.. aku pun email dan sekarang hanya menunggu jawapan.

Sekali check email, purchased aku dah confirmed pukul 2.10 PM padahal aku beli bagai nak rak siap ada error pukul 12.30 PM. Hurmmm SENTAP buat kali ke 3.

Akhirnya aku hanya dapat satu coupon SAHAJA, yang satu lagi? Kita tunggu dan lihat sebab aku percaya pada kata 'The User Is Always Right'. Gap antara mobile88 dan milkadeal agak lama. Dalam masa 45 minit. Kalau la dapat user yang gelabah, risau dan pemarah, macam mana? Aku ni dah biasa realtime, beli hari ni waktu ni aku akan dapat feedback on the dot juga. Kalau gap pun ada la 1-5 minit. Tak lama. So, aku tak biasa slow2 ni.

Pada sesiapa nak beli sila la beli. Mungkin kebetulan aku yang kena.. sila la layari http://milkadeal.com/r/5240

February 9, 2011

Mari Belanja Kawan

Makan bersama Raff dan Eqa di Chicken Rice Shop sempena saja2 belanja Eqa kerana dia sorang je belajar lagi. Takkan nak suh dia bayarkann tak sampai hati. Aku ngan Raff kan baik hati. Makan untuk portion 4 orang padahal 3 orang je makan. Last sekali tak habis. Akhirnya tapau kepak goreng tu.
Makan isang konon2nya.. gila manis! akhirnya tak abis.. terrorkan aku pegang chopstick.. arwah nenek aku marah ya guna chopstick sebab dia kata bukan style melayu.

February 8, 2011

Pau Tepi Jalan

Sudah seminggu aku demam dan batuk. Hari ini aku MC, insyallah esok aku akan pergi kerja untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang kuli di opis. Walaupun kuli, aku tetap gembira dari buat sebarang kerja berbentuk MLM.

Seminggu cuti aku hanya duduk di rumah. Ada la 2 kali keluar itu pun pergi Maidin teman adik aku dan pergi makan bersama keluarga. Aku tak boleh kena angin luar, aku rasa seram sejuk pastu terus lemah semacam. Dari elok2 aku drive aku suruh adik aku drive lak. Si Linda pun aku tak jumpa. Dia nak exam so malas la nak jumpa risau dia berjangkit.

Ada sekali tu aku keluar semata2 nak cari pau yang aku suka makan sejak kecil lagi. Dia jual pau dalam kereta kancil je depan masjid kuantan. Ada pau kacang dan pau daging. Aku suka tapi mak aku kata dah tak sedap macam dulu. Jom tengok gambar






Selamat menjamu mata

Nuffnang Ads