nuffnang ads

January 29, 2011

Tolong Jangan Demam

Aku tak sihat sejak semalam. Selsema berat. Sebelum tidur dah makan ubat selsema, tahan sakit dan demam. Nak tak nak kena telan juga ubat sebab pagi tadi aku kena hantar si puteh service kat perodua. Aku tak boleh nak tidur, hidung tersumbat. Kalau sebelah je takpe.. kalau rasa nak bernafas lubang hidung kiri, aku tidur mengiring belah kanan dan via versa. Oleh kerana dua lubang hidung aku tersumbat dengan tekak peritnya lagi so solutionnya aku tidur duduk. Tapi tak dapat la jet tidur duduk lama2.. penat!

Tadi aku kena RM481.. full service air wiper pun kena charge RM1.80.. sebab ada sabun je. Aiyoooo pengsannn!! kalau g kedai biasa takde la semahal perodua paling busuk pun RM200-300.. sebab kalau spark plug elok lagi diaorang tak tukar sama juga dengan air filter. Kalau kat perodua aku tak boleh nak tengok dan tanya, ni tuk apa, ni buat apa, tayar ok ke apa ke. Tapi takpe sekali sekala memanjakan puteh di tempat asal. So aku nak kena cancel g krabi.. duit dah menyusut!! Bolehkannnnn GGO??

Beehoon goreng free kat perodua. Terima kasih enchek deng kerana membenarkan saya mengguna pakai psp untuk mengubat kebosanan ketika menunggu kereta siap. Dont worry takde sehelai beehoon atau tauge jatuh di atas permukaan screen psp. Saya jaga bagaikan minyak yang penuh!

Settle je service, aku g makan tengahari dengan makcik aku di Mines. Tetiba rasa nak makan ayam Kenny Rogers. Terharunya makan ayam sedap sangat. Kalau makan kat the mall takde la sesedap ini.

Aku punya, ayam black pepper bahagian dada. Rugi amik peha since harga RM15. Puas hati.

Makcik aku punya, original.

Tu je la aktiviti aku di hari sabtu. Aku mengantuk nak tidur mungkin kesan ubat tadi. So, happy weekend.

Camni la aku tidur duduk :P

January 26, 2011

Makan Mee

Masih gambar lama, makan bersama t.linda dan makcik aku. Nama kedai lupa, tapi kat Alamanda. Kedai ni hanya jual makanan yang berasaskan mee. Enak juga!! Noodle station kalau tak silap aku.





Ini kegemaran aku yang penting ada ayam


Lada belah kanan tu memang meletup!

January 25, 2011

Klappertaart

Tiba-tiba aku teringin nak makan klappertaart air tangan feda, cousin aku dari jakarta. Teringat lagi masa aku sampai airport, benda pertama yang aku dapat adalah klappertaart. Thank you Feda.

Bahan-bahan Klappertaart seperti cheese, almond, custard dan coconut. Untuk hiasan taburkan sedikit cinnamon di atas. Wallaahhh 'a piece of heaven that melts in your mouth' kata feda. Pastu makan time2 panas, sebab klappertaart ni kena simpan dalam peti ais baru terangkat bila makan. Enjoy la gambar2 ni





So, siapa yang nak order, boleh order ngan Feda.. tapi rakyat jelata di Malaysia tak dapat la nak tempah.. sampai kat Malaysia dah tumbuh cendawan.

January 23, 2011

Lepak Dengan Farah

Selamat hari Ahad. Akhirnya pagi tadi aku jogging di Bukit Jalil. Seawal 7.15 dah gerak ke sana. Jogging, takde la berlari tapi jalan laju je. Jantung aku terasa cam nak meletup tadi. Punya la lama tak jogging. Tapi alhamdulillah masih mampu menghabiskan satu round, satu round kecik tepi tasik dan akhirnya naik tangga. Stamina agak kurang. Dulu tiap2 minggu turun tapi kali ni berbulan2 sekali.

Dan setelah penat membuang kalori aku tambah pula kalori. Makan nasi kerabu, nasi aku amik suku je la.. tahan la sampai esok pagi.

Gambar lama yang aku rakam masa lepak ngan farah dan 3 orang anaknya. Tahun ni tambah sorang lagi. Rezeki anak. Aku NON ADO! Susah ya menjadi ibu, aku tengok farah kelam kabut.. kejap anak ni nangis, kejap anak ni nak makan, kejap anak ni main lari2, semuanya kejap2.. Aku tak rasa lagi so aku tak tahu.. tapi apa yang aku tahu ibu2 ni penat tapi happy tengok keletah anak2. Owhh so sweet!! one day aku mungkin berada di tempat itu juga. Insyallah

Airish

Aku dan Airish. Time ni farah g beli aiskrim ngan aikal dan aisyah. So aku diamanahkan untuk menjaga airish. comelkan kami! :)

p/s: untuk decide samada jogging atau gym, aku dan auntie linda telah menggunakan kaedah "one two jus" tapi ikut cara aku, batu+gunting+kertas. Macam bebudak! Tapi kalau ikut cara auntie linda.. cara orang dolu2, batu+air+pistol.. air dan pistol mana yang menang?

January 21, 2011

Mari Memasak

Selalu aku post gambar makanan yang dimasak oleh orang lain tapi kali ni aku nak tunjuk gambar makanan yang dimasak 100% oleh aku. Aku bukannya tak reti masak, reti tapi malas. See how to bergelar isteri kalau masak tuk diri sendiri pun malas. Orang kata bila dah kahwin nanti pandai masuk dapur.. Emm harapan nak pandai masuk dapur tu cam tipis je.. Mak aku pun bising kalau balik kampung aku tak masak, tolong tu ada la.. selalunya ayahanda aku atau bonda yang masak. GILA pemalaskan.. hope rasa malas tu hanya sementara je.

Bukannya aku tak reti masak, reti antaranya lasagna, spegeti, kurma ayam, kari, mee kari, singgang, goreng2 sayur, masak lemak, gulai telur, telur dadar, telur goreng (*pengsan nak juga bagi tau), makaroni sup, bubur daging dan lain2 lagi.. Pandaikan, cuma malas je!






Sarapan pagi yang diberi nama "ikan bilis, kentang, kacang, sosej (ISK2)" yang berkalori.

Ayam

Aku suka ayam, bukan ayam hidup tapi yang dah di masak. Part ayam yang paling aku feel adalah dada.. bukan dada ko tapi dada ayam a.k.a. isi ayam.

"dada ayam tak best la sebab keras!" orang kata bukan aku. Aku rasa cam rugi je amik bahagian peha atau kepak atau bahagian2 lain sebab tak banyak isi.. katakan ko makan nasi ayam harga RM12, tapi ko minta kepak.. sikit kan isi tu, so pada aku kalau amik isi macam gambar kat bawah tu.. berbaloi2.. :P

kalau takde isi, rib pun aku belasah.. sebab banyak isi juga.



January 19, 2011

Resepi Makcik

Aku nak puji makcik aku. Makcik aku memang pandai masak, dah la pandai sedap pula tu. Campak la apa je dalam kuali mesti menjadi. Wah wah wahhh over ya aku puji.. tapi kenyataan memang begitu. Sorang lagi mak sedara aku, makchu.. sama hebat mereka berdua ni.





Yang ni bukan makcik aku masak, tapi kawan makcik aku masak. Dia seorang guru tapi pandai masak calong. Calong tu apa? susah nak terang tapi setakat ni ada kat kuantan je.. pat lain aku tak tau. Dalam calong tu ada tauhu yang disumbat ikan dan juga kopok lekor boleh di makan bersama beehoon atau mee.. ikut suka. pastu nak pedas tambah la cili.. meletop!!


January 18, 2011

Lazatnya Kalori

Seperti biasa, makcik aku yang masak. Resepi sendiri a.k.a. resepi main campak2. Bahan-bahan yang terdiri dari kentang, cheese, makaroni, cendawan dan sup cendawan. Aduk dah bakar. Senang bukan! Jom tengok gambar


Lepas ambil banyak kalori, kita tambah lagi kalori.. salad fruit with cream cheese n milk. Hebat bukan!



January 14, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan

Lokasi: Kuching, Sarawak

Gambar lama dalam handphone, sebelum aku delete baik aku post dulu. Makan bersama sheleq, zida dan aisyah selepas event bb. Not bad, tapi agak manis. Aku try makan udang 2 ekor, konon-konon nak buang rasa fobia makan udang. malangnya memang aku rasa nak muntah!! aiyooo rugi




Umai.. RM16 utk hidangan kecil.. ermm aku tak suka cuma nak rasa je






Sapa tau nama sayur nie? aku lupa

January 12, 2011

Akibat Cuai

Hypertension, gila, gugup, serabut, marah, kecewa, takut, keliru, berdebar-debar, sedih = semua yang aku fikir adalah negatif. Apa sahaja perkataan yang keluar dari mulut orang, aku akan rasa seperti mereka sedang menyindir. Itu tidak bagus buat aku, sudah ku cuba untuk berfikir positif, tapi tetap kalah dengan bisikan syaitan.

Kenapa perlu cuai? Walaupun aku tahu bukan kecuaian aku 100%, tapi tetap merasakan aku yang cuai. Aku tak suka rasa begini, seakan-akan maruah aku di koyak2 dengan hanya kecuaian yang aku sendiri tak sedar. Kejadian ini telah membuatkan aku lebih berhati-hati. Ia juga satu pengalaman baru bila berhadapan dengan situasi begini dan perlunya kawan2 disekeliling yang banyak membantu dan tidak menyalahkan siapa2 (itu aku fikir, mereka fikir aku tak tahu). Terima kasih kepada yang membantu, anda tahu siapa anda!!

Walaupun aku tengah tension, tapi badan aku tetap sama seperti gambar di atas.. :P

January 10, 2011

Tolong Ingatkan Aku

Tolong Ingatkan aku 'update blog selalu'
Tolong Ingatkan aku 'bayar hutang credit card'
Tolong Ingatkan aku 'hari-hari pergi kerja'
Tolong Ingatkan aku 'diet hari-hari'
Tolong Ingatkan aku 'bangun pagi supaya boleh naik train awal'
Tolong Ingatkan aku 'lain-lain perkara'

Neway tahniah kepada ana raffali, walaupun aku tak pernah dengar lagu ni, tapi tolong ingatkan aku dengar hari2. Lirik memang super tak faham macam buku2 yang aku beli kat sindiket sol-jah.

Tolong Ingatkan aku, 'nasi lemak banyak kalori'

Tolong Ingatkan aku 'jangan ambil kalori lebih dari 500' dan Tolong Ingatkan aku 'aku bukan anorexia nervosa'

Tolong Ingatkan aku, supaya kurangkan makan daging merah

Nuffnang Ads