Hypertension, gila, gugup, serabut, marah, kecewa, takut, keliru, berdebar-debar, sedih = semua yang aku fikir adalah negatif. Apa sahaja perkataan yang keluar dari mulut orang, aku akan rasa seperti mereka sedang menyindir. Itu tidak bagus buat aku, sudah ku cuba untuk berfikir positif, tapi tetap kalah dengan bisikan syaitan.
Kenapa perlu cuai? Walaupun aku tahu bukan kecuaian aku 100%, tapi tetap merasakan aku yang cuai. Aku tak suka rasa begini, seakan-akan maruah aku di koyak2 dengan hanya kecuaian yang aku sendiri tak sedar. Kejadian ini telah membuatkan aku lebih berhati-hati. Ia juga satu pengalaman baru bila berhadapan dengan situasi begini dan perlunya kawan2 disekeliling yang banyak membantu dan tidak menyalahkan siapa2 (itu aku fikir, mereka fikir aku tak tahu). Terima kasih kepada yang membantu, anda tahu siapa anda!!
No comments:
Post a Comment