nuffnang ads

December 31, 2010

Laksa Bola Sempit

Aku kat kuantan, pagi semalam sampai. Plan mendadak memandangkan hari ini cuti. Terima kasih team bola sepak malaysia sebab main bagus2 dan yang untungnya rakyat malaysia dapat cuti. Seperti biasa aku tak suka tengok bola, tengok result pun kat wall kawan2. Ensem mana pun pemain bola sepak aku memang tak suka tengok.

Aku agak frust ya semalam. Aku beli tiket bas Transnasional secara online dah la kena RM23.++. Kalau beli kat kaunter RM21.++. Dah la tak boleh nak pilih tempat duduk, depa yang pilihkan. Amik kaw sekali dapat dok depan sekali. Itu ok lagi, tapi dapat lak dok sebelah jejaka yang berbadan sasa tambah lak aku berbadan obesiti. Kesimpulannya, tersangatlah sempit! Tapi sempit2 pun dapat juga aku tidur.

As usual, gambar makanan tetap ada. Laksa Johor






Makchu aku masak, tip top sangat sedap.

December 29, 2010

Hani Batrisha

Tengahari tadi aku ke Ulu Yam, untuk bertemu dengan Ayu pembuat produk yang terunggul di abad ini. Jauh ya dari opis ke Ulu Yam, aku ingatkan dekat je. Tapi untuk melihat sendiri produk yang berjaya dihasilkan itu aku dan 4 lagi kawan sanggup meredah jalan tar yang tidak berapa nak bagus tu.

Inilah produk kedua ayu, hasil benih mereka yang diberi nama Hani Batrisha. Sememeh je muka si batris ni.

Hadiah untuk anakmu yang di datangi khas dari department paling di anak tirikan..

Tataplah gambar si Batris yang ketiduran sampai kami balik. Hampa tapi nak buat macam mana kata baby, baru 2 minggu lak tu.

Anak dan ibu tidak benaran. Aku ni asyik pegang anak orang je la. Bila badan besar ni aku boleh pegang baby sebelah tangan je. Terrorkannnn!!

Teringat menjaga adik2 dulu. Aku masih sekolah, tapi bisa mandikan adik2 aku, tidurkan mereka, kalau mak aku, aku tolong tungkukan, tolong barutkan, tolong tepek2 ubat kat perut la kat dahi la pastu masak halia muda dengan telur campur lada hitam. Makanan ni bukan tuk mak aku je ngan aku2 sekali bedal. Sedap tau makan dengan nasi panas pastu letak kicap manis cap kipas udang. Pergghhh lazat pedas2 sket.

Lastly, thank you kinah kerana belanja kami semua. Punah diet aku hari ini dengan nasi ayam separuh mancongkam.

December 28, 2010

Si Cilik dan Gossip

Lama aku tak copy paste perbualan ahli2 GGO, nah g baca jauh2..

Pecah perut ya lawak Miss G nieh.. Miss G ni anak kak gee ke?

Ingat tak Daza yang susah gila nak tembak gambar dia. Last 2 month, dia ada datang. Daza dah ngam dengan aku walaupun kadang2 tu dia garang dan sombong. Tapi tidak mengapa aku tetap cuba untuk mendekati budak ini dan akhirnya berjaya.. Yayyy!

Atuk daza ni ada kedai makan kat tanjung pinang, aku je yang tak pernah pergi. Ayam goreng sangat sedap ya! Ayam goreng berbumbu, mereka guna ayam kecik2 tak main la ayam yang disuntik sampai besar gedabak. Fuhh sabar2 malam ni nak g timbang berat badan. Risaunya!


Seeeee, ngadakannn!! :P

Selit satu gambar kucing kesayangan awek keramat.


Makan Di Rumah Makngah

Jom tengok makanan apa yang di masak oleh makngah dan anak daranya Nila yang merangkap cousin aku.

Nasi goreng dengan ayam masak rebah bangun

Makaroni cheese.. ni Nila masak, sedapnya

Dah siap di bakar

Makan time.. kalori banyak tak ingatnya

Ayam panggang

Makan dengan nasi beriani

Akhirnya pencuci mulut, koci

December 27, 2010

Sebelum Hujan

Esok hari penentuan, timbang berat badan.. risau beserta gelisah samada berat aku statik atau turun. Kalau tak turun kena marah, kalau turun of coz la aku gembira. Jom tengok gambar permandangan kl sebelum hujan tapi seperti biasa aku edit dan aku rasa cantik dah..



December 26, 2010

Sedapnya

Sedapnya tengok makanan, sabar je la

Aku makan kat klcc bersama cousin aku dari Jakarta. Suka tengok mereka makan nasi lemak, seru kata mereka

Nak pilih buah apa ya?

Banyaknya pilihan!

Aiskrim yogurt.. sedap ada masam2 sket!

1st time aku makan di subway. sob sob

December 24, 2010

Lunch Time

Lokasi: Chawan, Subang bersama budak2 opis

Agak sedap. Aku makan beehoon soto, nasi tomato pun sedap dan mee bandung oklaa ada rasa. Bila dah sibuk makan baru sibuk tanya halal ke tidak. Susah sejak isu halal ke tidak ni, takpe yang penting hati tidak was2. Sekian.





Happy Christmas and happy weekend.

Appraisal

Lokasi: Ofis
Masa: Sudah tentulah bila aku bosan
Kesimpulan: Melegakan kepala otak dan mengurangkan tekanan

Semalam hari appraisal. Oh Noooooo!! masih berasa takut walaupun dah 3 kali mengadap muka bos. As usual ia berjalan dengan baik. Bos cakap aku semakin improve dengan coding. Alhamdulillah memang aku rasa semakin OK, dah boleh buat pdf dengan baiknya. Buat pdf adalah salah satu cara untuk mendapat tekanan jiwa yang hebat. Kerja aku mengejar baris, kotak, tulisan supaya berada di tempat asal memang menguji kesabaran.

Aku juga dah tak takut bermain dengan server. Tak takut nak pico codes atau kill2 die2 atau chown user aku ke admin.. opss!! tak buat ya.. Cuma satu aku tak leh nak improve mood.. asyik moody je apsal tah. Sorry ya!! Aku akan cuba sedaya upaya utk tidak moody lagi. Tapi best juga moody ni, sebab bos aku kata dia takut nak bagi kerja.. :P


Aku melukis dikala bosan.. ubat terbaik utk aku setakat ini

December 21, 2010

Wantan Campur Bakso

Tukang masak: sudah tentulah makcik aku
Tukang makan: aku, jojet, adik aku n makcik
Kesedapan: sedap tak terhingga

My favorite food, tapi dah di renovate sket, makcik aku tambah daging bakso satu biasa satu lagi pedas gila, boleh berair air mata. Jom tengok gambar..







Aku salah beli mee wantan, aku terbeli wantan kering patutnya wantan basah. Tapi sedap juga!!

December 19, 2010

Tekad

Fast food terakhir yang aku makan sebelum mengikuti diet plan. Kali ni aku mmg gila2 nak mengecilkan sedikit badan. Tak boleh tidak. Aku kena semangat. Selasa ni aku ada appointment dengan pn. zu tuk check berat badan n so on. Kalau turun alhamdulillah, maknanya aku kuat semangat, tetap pendirian, yakin, berwibawa, tegas, ya ampun ayat tak agak2.

Tadi aku timbang berat badan.. turun tapi tak tau la betul ke idak kan. So tunggu je la jawapan hari selasa ini. Petang ni aku nak tengok citer kak halimah. Have a nice day!



Burger, tunggu aku sebelum ko tamatkan promotion,
aku akan pastikan akan makan sekali lagi next year!

December 17, 2010

Mati Juga Akhirnya

Kejap je dah weekend balik. Nampak gayanya perasaan untuk mencecah 31 tahun kian membara. Dah terasa bahang2 umur aku meningkat lagi. Aisshhh entah mengapa sejak dua menjak ni jiwa aku semakin kacau. Kacau kenapa? Nanti aku citer pada 9.1.2011.

Hari ini, server image yang selalu aku tatang bagaikan minyak yang penuh dah mati. Manja server aku ni, biasa la dah tua. Sempat la aku jaga 2 tahun. Mengikut kata fariz, server aku ada error pada pci. PCI? jangan tanya aku, aku tak tau. benda tu warna hitam pastu panjang..

Happy weekend!

Aku tembak pukul 9.30 pagi bila aku edit nampak cam petang. neway aku suka!

December 13, 2010

Penangan Alisara

yang mencekikkedarah: semestinya aku, t.linda dan jojet
Agenda: aku terlebih duit so belanja la mereka.. :) no la aku belanja t.linda sebab amik aku kat lcct hari tu.
Masakan: Macam pure thai je

apa tah tajuk makanan ni, rasanya macam kuey teow laksa masam RM6

Aku biasa la, takde ayam tak sah.. tomyam ayam RM5.50

Tomyam santan seafood.. apatah tajuk makanan ni RM16

Overall makanan kat alisara ni sedap2 juga. Phak Kheng2 apatah nama makanan tu tapi gila pedas. Bersiap sedia la tisu utk mengelap peluh.. maybe air peluh akan menitis dalam lauk. Satu lagi yang best telur dadar ada soohoon dan udang. Aku sekarang tak makan udang bisa muntah! Nama makanan pun pelik2, kadang2 aku tak faham pun tukang amik order cakap apa.

Programmer & Silly Mistake

Dulu aku ada post, kehilangan penutup dalam codes aku. Hari ni aku dapat print screen kehilangan penutup pada Nuffnang. Hehehe, bestkan jadi programmer bikin user terkejut!! Ala biasa la, no body perfect.. nak2 kalau edit guna notepad.. mau tak berpinar mata kira hebat dah edit pakai notepad.. belum lagi edit dari server.. hitam puteh terus screen.

Nuffnang Ads