Lokasi: Ofis
Masa: Sudah tentulah bila aku bosan
Kesimpulan: Melegakan kepala otak dan mengurangkan tekanan
Semalam hari appraisal. Oh Noooooo!! masih berasa takut walaupun dah 3 kali mengadap muka bos. As usual ia berjalan dengan baik. Bos cakap aku semakin improve dengan coding. Alhamdulillah memang aku rasa semakin OK, dah boleh buat pdf dengan baiknya. Buat pdf adalah salah satu cara untuk mendapat tekanan jiwa yang hebat. Kerja aku mengejar baris, kotak, tulisan supaya berada di tempat asal memang menguji kesabaran.
Aku juga dah tak takut bermain dengan server. Tak takut nak pico codes atau kill2 die2 atau chown user aku ke admin.. opss!! tak buat ya.. Cuma satu aku tak leh nak improve mood.. asyik moody je apsal tah. Sorry ya!! Aku akan cuba sedaya upaya utk tidak moody lagi. Tapi best juga moody ni, sebab bos aku kata dia takut nak bagi kerja.. :P
Aku melukis dikala bosan.. ubat terbaik utk aku setakat ini
1 comment:
sian bos terpaksa layan mahmood ko. :-p
Post a Comment