nuffnang ads

September 30, 2010

Nikah Plus Pesta

Aku mulakan dengan cerita nikah dan pesta cousinku Nisa. Neway, congratulation to both of you, Nisa and Israr. Nisa, you look so damn cute with jilbab.. :)

Apa lagi, jom tengok gambar!

Majlis akad nikah di adakan di Masjid Al-Bina, Senayan, Jakarta Selatan.

Permandangan dari luar masjid.

Ukiran tingkap.

Memperkenalkan, Nisa and her parents.

Upacara penyerahan anak perempuan kepada bakal suami. Time ni sedih okehh!

Akhirnya mereka sah digelar suami isteri. Dua kali lafaz.

Sarung cincin.. Sebelum dan selepas majlis aku dok melantak je.. Later aku post gambar makanan!

Abang arwah atuk aku.. sedih dowhhh teringat kat arwah atuk!

Setelah selesai majlis akad nikah, aku dan keluarga dari malaysia ke Hotel Atlet Century Park untuk berehat sebentar sebelum ke pesta pada malamnya. Bukan kami saja ada dalam bilik tu, tapi ada 2..3 keluarga dari jakarta dan sekitarnya juga.

Gambar...!!!

Pre wedding photo.

Penyambut tetamu.. Pesta ni ikut adat minang kot??

red carpet..

Ketibaan pasangan pengantin yang mengenakan pakaian serba hitam dan emas.

Di atas pelamin.

Bersama ibubapa masing2.

Chantek!!

Masa untuk bersalam-salaman bersama keluarga dan sahabat handai.. 2 jam diaorang kat atas ni okehh tak makan2.. dok salam je!

Aku malas nak rotate.. :)

Video khas buat tontonan anda semua. Enjoy!

Kembali Bergegar

Hi everyone! lama betul aku menyepi. Dont worry aku ada banyak cerita nak diceritakan pada uolls semua. Nak start dari cerita basi ke atau cerita yang masih hangat? Nantikannnn!!

Pesta Nisa dan Israr

September 19, 2010

Main dengan Bebulu

Hari raya ke-empat aku singgah di rumah makngah. Benda pertama aku nak jumpa sudah tentulah anak2 chemong.. setakat tengok awek hot keramat tu, kat fb pun boleh. Lupa la nak beli hadiah tuk anak2 chemong.. nanti la cari sikat yang dah tak pakai tuk depa semua.

Ada 3 ekor anak chemong.. ejaan aku tak tau ya.. main belasah jek..

1. kukun
2. bubu
3. mone

Jom tengok gambar kucing..

Alololoooo tomeiinyaaa

Alolololo manjanya.. kalau tak silap ni mone

Hahhh ni laa bubu.. aku panggil babun.. sebab muka dia hitam

yang ni kalau tak silap kukun.. sebab ada belang oren kat dahi

Jappp yaaa.. mak perah susu, lapar ya!

Anak2 chemong baru 3 bulan. Betapa besarnya anak2 chemong ni. Depa ni dah putus susu ibu ya, sebab cousin aku cakap tetek chemong berdarah kena gigit. Tajam tau kuku dan gigi depa ni.. abis calar balar lengan aku. Maka minum la susu yang di bancuh. Harga susu RM40 setin yang bertahan hanya seminggu je.. tapi dek kerana dah tak mampu tukar susu RM7 tuk seminggu.

Hah ni laaa chemonggggg.. besar okehh.. bulu terlebih!! bapak kepada anak2 chemong adalah dari kalangan maine coon.. sila la google.. tapi ala2 anjing

Aku memang suka kucing tapi lepas tu aku dapat la penyakit.. asthmaaaaa!!

September 17, 2010

Akibat Minum Ais dan Rokok

Aku kena asthma tapi takde la teruk sangat.. adalah tiap2 malam aku terjaga tiga empat kali untuk tidur duduk sebab nafas aku berbunyi. Bila tidur duduk saluran pernafasan straight maka bila bernafas tu sedap la sikit. Aku start batuk dari hari isnin sampai ke hari ini. Doktor cakap aku ada demam.. yang itu aku tak perasan sebab rasa dahi takde la panas sangat. Inilah akibatnya kalau suka minum ais dan sedut asap rokok dari orang lain. Aku tak hisap rokok siyesss aku sedut oksigen je.

Model pesakit asthma. Semua sekali RM106.. fengsannnnn!!

September 15, 2010

Posing Time

Gambar ni di ambil selepas beraya di rumah saudara mara, cam ramai je kan padahal satu umah je yang satu lagi tu takde g beraya. So, posing la kejap kat depan umah sebelum tukar baju kelawar sambil makan tart nenas depan t.v.

Dari kiri tu makcik aku, pastu adik laki aku, yang besar, comel tu aku dan yang posing senget tu mak aku..

Comelkan akuuuu.. hahahaha!! berangan..

Laksa tokteh.. terbaikkk!!

motif apakah ini? gara2 tgk citer lagenda budak setan. Ala time si kahshah amik gambar si lisa tu.. kan ada tutup2 muka. Maka inilah hasilnya.. cousin aku, si nina dan awek hot keramat.

Posing di hari raya ke-tiga.. lepas ziarah kubur arwah atuk dan moyang.

Lepas tu apa lagiiii.. melantak roti canai laa!!

Yang ni takde kena mengena ngan raya, tapi nak citer gak. lampu tomyam ni aku beli time kahwin sharna 2008.. baru sekarang nak pakai..

September 14, 2010

Melantak Time

Alhamdulillah, aku selamat sampai di kl semula. Jalan tak jem pun sebab pepagi lagi aku dah pecut. Aku lebih suka pergi kerja dari balik kuantan ikut lebuhraya. Kalau kat lebuhraya automatik aku pecut ngam2 110km sejam kalau naik pun sket je 120km sejam.. tapi kalau g kerja paling laju pun 150km sejam. haihhhh!! penat tul bawa keta kat lebuhraya pantai timur ni.. main turap je.. berbonjol2.. tak rata langsung.

Kita mulakan dengan menjamu mata lauk pauk di hari raya. Hanya tinggal pulut palas dan rendang sahaja di rumah. Itu pun dah tak banyak. Kira tak membazir sangat la tahun ni.

Ketupat, bapak aku rebus. Aku tolong letak garam je.

Sotong sambal yang sangat merbelos

Rendang daging ala minang.

Lodeh

Ayam masak kuzi.. bukan daging kuzi dalam gila2 remaja tu.

Ya, apa lagi time mencekikkedarah la.

Semua biskut adalah buatan orang kampung aku di batu pahat. Sedap!

September 10, 2010

Mercun Time

Bukan mercun aku, tapi kawan adik aku yang bagi. Dia juga yang bakarkan. Semuanya 16 das, abaikan suara aku di belakang.. tetiba aku takut mata terkena api! Enjoyyyy

September 9, 2010

Hari Terakhir Ramadhan

Sedih.. itu je yang mampu aku luahkan. Semoga dipertemukan lagi bulan ramadhan di tahun hadapan. Esok dah nak raya. Persiapan raya dah buat. Hanya tinggal masak2 je. Lauk raya sangat meriah seperti tahun2 lepas. Seperti biasa makayah aku yang masak. Aku hanya tolong kacau, tolong blend, tolong kupas bawang, kemas2 dapur dan banyak lagi la yang aku buat cuma aku tak masak je.

Lauk Raya..

1. Rendang daging ala minang (mak aku masak)
2. Ayam masak kuzi (mak aku juga masak, aku goreng ayam je)
3. Sotong masak sambal (Kekadang mak aku kekadang bapak aku)
4. Ketupat daun ya bukan segera (tahun ni bapak aku beli je sarung.. kat kuantan mahal ya sebiji RM0.50, kat kl RM0.40)
5. Pulut palas.. beli je kat pasar sebiji RM0.45
6. Kuah kacang (mak aku lagi yang masak)
7. Lodeh (mak aku jugaaaaaaa, aku tukang potong2 sayur je)

Sebelum menutup tirai ramadhan, seperti biasa aku nak upload juadah berbuka puasa.

Berbuka Hari Keduapuluhenam

Berbuka puasa di warung dusun, bangi bersama ahli2 GGO. First time makan sup gearbox si nyah kenanga yang order. Tapi tak habis.. Tengok kiri kanan semua licin.. yang kami punya banyak lagi lemak. Biasa la tak pandai nak makan.

Berbuka Hari Keduapuluhtujuh

Alamak aku lupa tanya t.linda nama juadah ni yang berintikan daging.

Nomm Nomm Nomm

Nasi goreng ikan masin.

Berbuka Hari Keduapuluhlapan

Aku goreng ayam popcorn.

Nasi goreng sedap air tangan t.linda.

Mee kari air tangan t.linda. Terima kasih t.linda sebab rajin memberi makanan tuk berbuka. T.linda memang baik hati, pandai masak. Ok, ni memang ayat bodek sebab aku dah lama teringin nak makan ayam rose mary.. sampai laaa ni masih belum lagi.

Berbuka Hari Keduapuluhsembilan

Mak aku masak bawal tiga rasa dan labu masak lemak kuning. Yang lelain bapak aku beli sotong masak kunyit dan udang goreng. Adik aku lak beli murtabak, seri muka, puding telur dan a.b.c/cendol mustapa.

Berbuka Hari Ketigapuluh

Tak tau nak makan apa. Mak aku malas masak, aku lagi la malaskan. Nak masuk dapur pun dah malas. hahaha!! Kebetulan adik aku yang nombor tiga kat luar beli barang. So, dia je la decide nak makan apa. Kalau boleh aku nak makan nasi beriani je.

Akhir kata, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Aku nak minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terkutuk, terguris hati kamu semua dan ter2 semua la. Semoga happy di hari esok. Take care n jom melantakkkkkkkkk!!

September 7, 2010

Balik Kampung

Hari ni aku balik kampung. Niat di hati nak gerak pukul 7 pagi tapi laaa ni tak tido lagi. Semoga perjalanan aku, selamat sampai ke destinasi. Pagi yang indah ini aku nak upload gambar juadah berbuka puasa. Sebelum itu, aku nak ucapkan terima kasih untuk bos besar dan wifenya kerana baik hati memberi kami sebiji kek coklat yang sedap.


Budak opis kata sedap.

Berbuka Hari Keduapuluhempat


Makan di Sweet Chat, Midvalley. Aku makan nasi tomato. Not bad at all. Tapi spegeti masak lemak cili padi dengan smoke beef memang sedap. Penkek durian juga sedap. Overall ok la.


Harga untuk 15 orang makan.

Berbuka Hari Keduapuluhlima


Sup ikan air tangan t.linda, ayam masak lemak cili padi air tangan jojet, selebihnya air tangan makcik aku. air tangan aku.. basuh pinggan jek!


Pra ucapan untuk anda semua. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Sila berhati2 di jalan raya. Ketupat ni aku ambil tahun berapa aku tak ingat. Time ni arwah nenek aku ada lagi. Time cari2 gambar terjumpa gambar arwah. Terus rasa hiba. Semoga roh arwah nenek dan atuk dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang disayangiNya.. Amiinn. ...

Nuffnang Ads