Lauk Raya..
1. Rendang daging ala minang (mak aku masak)
2. Ayam masak kuzi (mak aku juga masak, aku goreng ayam je)
3. Sotong masak sambal (Kekadang mak aku kekadang bapak aku)
4. Ketupat daun ya bukan segera (tahun ni bapak aku beli je sarung.. kat kuantan mahal ya sebiji RM0.50, kat kl RM0.40)
5. Pulut palas.. beli je kat pasar sebiji RM0.45
6. Kuah kacang (mak aku lagi yang masak)
7. Lodeh (mak aku jugaaaaaaa, aku tukang potong2 sayur je)
Sebelum menutup tirai ramadhan, seperti biasa aku nak upload juadah berbuka puasa.
Berbuka Hari Keduapuluhenam
Berbuka puasa di warung dusun, bangi bersama ahli2 GGO. First time makan sup gearbox si nyah kenanga yang order. Tapi tak habis.. Tengok kiri kanan semua licin.. yang kami punya banyak lagi lemak. Biasa la tak pandai nak makan.
Berbuka Hari Keduapuluhtujuh
Mee kari air tangan t.linda. Terima kasih t.linda sebab rajin memberi makanan tuk berbuka. T.linda memang baik hati, pandai masak. Ok, ni memang ayat bodek sebab aku dah lama teringin nak makan ayam rose mary.. sampai laaa ni masih belum lagi.
Mak aku masak bawal tiga rasa dan labu masak lemak kuning. Yang lelain bapak aku beli sotong masak kunyit dan udang goreng. Adik aku lak beli murtabak, seri muka, puding telur dan a.b.c/cendol mustapa.Berbuka Hari Keduapuluhsembilan
Berbuka Hari Ketigapuluh
Tak tau nak makan apa. Mak aku malas masak, aku lagi la malaskan. Nak masuk dapur pun dah malas. hahaha!! Kebetulan adik aku yang nombor tiga kat luar beli barang. So, dia je la decide nak makan apa. Kalau boleh aku nak makan nasi beriani je.
Akhir kata, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Aku nak minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terkutuk, terguris hati kamu semua dan ter2 semua la. Semoga happy di hari esok. Take care n jom melantakkkkkkkkk!!
No comments:
Post a Comment