nuffnang ads

March 29, 2010

Australia Part 7: Last Day

Baru aku perasan, terkurang satu hari. Rasanya telah bercampur dengan hari pertama. Tapi tidak mengapa banyak lagi cerita lain yang boleh aku post. Hari terakhir kami di gold coast digunakan dengan sebaik mungkin. Chewahh padahal pergi pantai surfer paradise je. Pertama kali jejak kaki di pantai okeh, before this tengok pantai pun tak mahu.. walhal tempat tu famous ngan pantai dan abang2 surfer yang gagah perkasa. Jom tengok gambar..

Pakwe 2 minit aku, nama pun tak sempat nak tanya sebab depa sibuk tgk ombak. aku lak sibuk minta permission nak amik gambar.

Perjalanan diteruskan ke Lone Pine, tempat ni kat Brisbane dah. So bergambar la aku dengan koala harga AUD16.. sila jangan convert duit ke RM, kalau tak nangis tgk duit berterbangan.

Pastu pergi tengok show bebiri berlari di atas padang yang di kawal oleh anjing dan diberi arahan oleh tuannya. kejam ok tengok mamat nie cukur bulu biri nie sampai berdarah.. lepas tu dia pun isi minyak kat tempat luka tu. Tonggang terbalik biri tu dikerjakan.

Mari memulangkan diri ke tanah air semula. Sudah puas membasuh hadas kecil menggunakan bekas maggi cup.

Tah apa2 makanan yang si silkair ni bagi.. ikan semata2 pastu breakfast sayuran dan telur bersama roti. orang lain dok la makan chicken pie..

Akhirnya ini la nafsu makan
bersama teh ais
aku selepas touch down.

Sekian sahaja percutian aku di Brisbane, Gold Coast dan Sydney. Kesimpulannya adalah BEST. Pergi dengan mak2 lagi BEST sebab depa belanja, depa masak dan depa juga membebel, tu wajib! Orang2 di Gold Coast juga sangat baik hati, walaupun mereka rambut panjang, tattoo merata2 tapi baik hati menunjukkan jalan. Depa juga suka welcome us, say hai, say hello, borak2 tak terasa la disisihkan. Tapi baik mereka pun ada juga yang nakalnya. kalau mereka dah di bawah pengaruh alkohol.. siaplah dia kacau yang bertudung nie.. tak pasal2 memekik melolong sebut Allahuakbar. Mencarut tu toksah cakap laa. geram tu memang la geram tapi jgn di layankan sangat sebab depa tak sedar apa depa buat.

Di Sydney pula tempatnya memang cantik, tapi ramai sangat cina.. merata2 dah macam bercuti di beijing pun ada. Orang2 di sana takde la semesra orang di Gold Coast. Mereka rajin jogging selepas kerja, jogging kat sana best sebab sejuk tepi laut permandangan cantik. abg2 yang jogging pun gagah perkasa. Tapi aku balik kerja terussss ke Saba makan nasi arab.. ehh tidak okkk.. hahahaha!!

Di Brisbane pula, not bad at all walaupun tak berjalan sangat. Tapi dapat juga la makan aiskrim free. Solat lak kat Uni Queensland.. pelajar malaysia pun ramai kat sana and mostly mereka sambung phd. Kat sana nak kemana2 pun senang sebab walking distance. Tapi aku rasa kalau aku sambung belajar kat sini, hakikat nak kurus terpaksa di kuburkan sebabbbb saiz baju banyak ok.. dari 2xl ada lagi 3xl, 4xl, 5xl.. tapi aku terasa kecil ok bila kat sana.. terasa aku la paling howt kat brisbane.. hahahahaha!

So next holiday nak ke beijing pula.. insyallah kalau duit menimbun dan ada orang nak sponsor.. hahahaha!!

4 comments:

Aujinz said...

huhuhuhu...

ape kate, nanti kita pegi lagi sekali..
cik Dewman tolong guide..dah ade pengalamankan..ahaks..:))

Dewman said...

boleh2 no problem at all.. pastikan anda simpan duit dari sekarang

Aujinz said...

Duit belanje jer..

tiket kapal terbang dah ready...
huhuhuhu..anytime

Dewman said...

wow nak ikutttt.. hehehehe

Nuffnang Ads