nuffnang ads

June 30, 2009

Bila lelaki mula bercakap

OMG! OMG! OMG! OMG!

aku cuba untuk mengingati perbualan antara sepasang kekasih, status tidak dapat dikenalpasti. aku cuba karang skrip sebaik yang mungkin, faham-faham je la kalau dah dalam train, sudah tentu percakapan mereka sayup-sayup kedengaran.

lelaki: u dah bayar bil?
wanita: belum lagi, bil tak sampai. (wanita perlu membayar bil-bil tertunggak sebelum penyewa lain masuk)
lelaki: so bila nak bayar?
wanita: tunggu bil sampai.
lelaki: bila nak sampai?
wanita: end of month bila bil sampai, baru i bayar.
lelaki: macam mana nak bayar?
wanita: lepas dapat bil, baru i bayar.
lelaki: bila dapat bil?
wanita: end of month baru bil sampai.
lelaki: macam mana u tau bil tu dah sampai?
wanita: agent akan beritahu.
lelaki: rajinnya agent tu nak call.
wanita: urusan rumah masih belum selesai, apa-apa bil yang sampai agent akan beritahu.
lelaki: bila agent nak beritahu?
wanita: tunggu bil sampai.
lelaki: bila agent tu nak call?
wanita: i akan bayar bila bil tu sampai.

tu je yang aku ingat, topik seterusnya.

lelaki: u balik pukul berapa tadi?
wanita: pukul 3 petang.
lelaki: kemana?
wanita: damansara.
lelaki: jauhnya, pukul berapa u jupa kawan u tu?
wanita: dalam pukul 11 pagi.
lelaki: kenapa lama sangat?
wanita: pergi lunch.
lelaki: takkan lunch lama sangat?
wanita: masa lunch tu, kawan i ada borak pasal bisnes, so i dengar je la.
lelaki: naik kereta kawan u ke?
wanita: with my own car.
lelaki: kenapa lama sangat? u ada buat apa-apa ke dengan dia?
wanita: abang, dalam train ni.

perbualan tergendala kerana mereka berbisik-bisik.

lelaki: i tak percaya la, nora (bukan nama sebenar) ikut u kan? bagi nombor telefon i nak pastikan cerita u benar.
wanita: telefon dalam beg.
lelaki: cuba u cerita detail?
wanita: diam dan tiba-tiba dia mengaduh dan berteriak sakit.

aku terrrrrrnampak, lelaki itu memegang pinggang wanita itu dengan kuat, dannnnnnnnnnn aku terrrrrrrrnampak lelaki itu mencubit celah kangkang wanita itu.

lelaki: apa u buat dengan kawan u lama sangat?
wanita: abang, lepas serah kunci, i dengar kawan i cerita pasal bisnes, lepas tu baru lunch.
lelaki: borak kat rumah dia ke?
wanita: ish abang ni, kat kedai la.
lelaki: i tak percaya, selagi u tak cerita detail.
wanita: abang ramai orang ni, nanti kita sambung cerita.

oleh kerana masih tidak berpuashati, sang lelaki mengambil telefon dari beg wanita itu.

lelaki: nombor nora ada dalam ni kan? (sambil mencari nombor nora)
wanita: ya.
lelaki: i nak tahu cerita detail, susah sangat ke nak cerita?
wanita: diam.

kemudian aku pun keluar dari train. takkan aku nak stay sampai pengakhiran cerita. bukan niat aku nak mendengar segala perbualan dan perbuatan mereka, tapi aku duduk betul-betul depan mereka. kebetulan juga, suasana dalam train tidak bising seperti sediakala, bermakna orang-orang di sekeliling juga memasang telinga.

yang pasti, aku rasa nak lempang je muka lelaki tu, dah la tanya soalan bertubi-tubi. kesian wanita tu, menjawab soalan yang sama, berhadapan dengan lelaki yang agak pervert, dan sekali sekala perlu meredakan rasa marah lelaki itu. kalaulah aku ada keberanian, sebelum aku turun dari train, aku nak bisik kat wanita itu, "tinggalkan dia".

jahat ke? aku tak suka lelaki yang tidak dapat mengawal emosi, mengutarakan soalan yang sama dah macam latihan tubi, terlalu mengawal kehidupan wanita itu, cemburu buta, mengongkong, tidak mempercayai pasangan, tidak positif, topik perbualan yang tidak sesuai dibincangkan di public, serba sedikit boleh memalukan wanita itu. aku tidak rasa wanita itu bohong, sebab cara dia jawab sangat tenang, tidak gagap dan jawapan yang tidak berubah, dan dia tidak kisah bila lelaki itu call si nora.

pendapat anda pula?

p/s: tadi aku menitiskan airmata, kakak MJ berucap di Bet Award mengenai abangnya,

"To you, Michael is an icon. To us, Michael is family and he will forever live in all of our hearts. We will miss him so much" sedihhh!!!

June 17, 2009

Ampunkanlah

Serabutnya benang itu di ibaratkan serabutnya otak aku setiap pagi dan setiap senja.

Ampunkanlah dosaku, di pagi hari dan juga di senja hari, bila aku mula berkata kesat dan menggunakan jari-jari yang gemuk ini membuat bahasa isyarat yang tidak sopan. Aku perlu banyak bersabar, teruknya perangai. Noted perlu diubah!

Inilah dosaku hampir setiap hari, bila aku berhadapan dengan pemandu yang tidak menggunakan signal. Baik kereta kancil berenjin kuda atau kereta mewah tapi akal tarak dan tidak lupa juga pada motorsikal dan lori yang tunjuk handal di jalan raya. Kalau la ada pertandingan "Gunakan signal anda dengan betul, anda akan menggondol wang sejumlah RM1,000,000". Sudah tentu ramai pemandu akan menggunakan signal setiap masa, dan pertandingan ini akan mengambil masa selama 10 tahun.

Kawan-kawan, nanti aku belanja Yellow Cab Pizza seorang sekotak sebesar 18inch kerna hadiah itu sudah pasti milik aku. Owh aku patut letak sign "Awas perempuan ini pandai dan cerdik menggunakan signal, anda pula bagaimana? Monyet!!"

-- Risau pula kalau ada pertandingan sebegini, untuk mengelak batu kelikir pun akan menggunakan signal. :p

June 11, 2009

Hati yang mengecil

Kawan aku sudah berkahwin dan tengah mengandung 19 hari, aku tahu pun selepas membaca blognya. Owh kawan, susah benarkah untuk memberitahu aku berita gembira ini, tidak perlu telefon, cukuplah dengan SMS. Tidak perlu ayat yang panjang, cukuplah dengan "yay aku dah kahwin". Pada aku, walau susah macam mana sekali pun keadaan kita ketika itu, berita gembira tetap aku sampaikan.

Sedikit kecewa, tapi tidak mengapa, mungkin ada segelintir kawan aku yang tidak akan melupakan aku. Biarlah kawanku ini bergembira dengan kawan-kawannya yang lain.

Tetiba emosi, friendship forever tidak boleh digunapakai pada zaman sekarang.

June 5, 2009

Sayang

Selama aku naik komuter, semalam adalah hari yang paling melemaskan. Sesak dengan manusia dan bau-bauan, maki hamun setiap kali train mengambil penumpang, adegan tolak menolak, sentuhan sengaja atau tidak sengaja, menjerit setiap kali tak boleh keluar, siap ada backup dan segala macam adegan di dalam train setiap kali pulang dari kerja.

Tiba-tiba...

"ya, ya aku dalam train nak balik, penuh macam sardin, sebab tu aku tak suka MALAYSIA"

WHATTTT???

ya anak-anak, kalau nak gurau sekali pun jangan la bergurau taik. Tak bagus untuk pendengaran orang sekeliling. Apa perasaan anda? suka, tak suka, jijik, marah atau benci. Mungkin 'orang tak suka MALAYSIA' baru balik dari overseas, mungkin di sana kalau naik train, gerabak seorang satu.

Nak bergurau pun ada caranya, contohnya 'sebab tu aku tak suka naik TRAIN' tak nak naik train naik teksi, naik keta sendiri atau pinjam atau suruh awek datang amik, naik bas dan bagi orang yang sengkek macam aku jalan je kaki dari PWTC ke Serdang.

Atau contoh lain, 'sebab tu aku tak suka balik lepas waktu kerja, so naik la train yang lastttttttt sekali.

Pada pendapat aku, aku tak suka orang bergurau tak menggunakan akal. Aku yang lahir tahun 80an pun sayangkan MALAYSIA, nak bergurau ishhh tak la kan. Walaupun aku tidak berada sebelum kemerdekaan, tapi aku dapat rasa susah payah orang dahulu, makan ubi, kena seksa, bunuh, kehilangan orang tersayang dan segala macam keperitan. Setiap kali menjelang kemerdekaan, aku pasti sebak. huhuhuhu patriotik tak aku.

So gunakan akal sebelum bergurau jangan ikut sedap mulut.

p/s: semalam aku terbabas sampai ke Kajang, maka aku tak pasti samada 'orang tak suka MALAYSIA' wujud dalam mimpi aku atau semasa aku tengah tidur-tidur ayam. Semalam hari yang sangat memenatkan dan mengantukkan.

June 4, 2009

Hati saya sangat ceria

Bila saya sedih, saya beli Hello Kitty.
Bila duit banyak dan tak tahu nak beli apa, saya beli Hello Kitty.
Bila gembira kerana mempunyai ramai kawan dan seorang pacar yang tidak memahami hobby saya, saya akan beli lebih banyak Hello Kitty.
Bila user google Hello Kitty mereka akan jupa blog saya.
Bila saya bosan dan ingin menulis sesuatu di blog, saya akan cerita tentang hobby saya suka membeli Hello Kitty.
Bila dah beranak pinak, saya akan kongsi Hello Kitty bersama anak saya.

Itulah saya yang bercirikan cute dan kawaii dan kaya kerana ada banyak Hello Kitty.

Sekian, peminat Hello Kitty.

Ya, masih ada manusia yang tua dan minat Hello Kitty.

June 3, 2009

Curang

Aku sudah pandai curang. Aku curang sebab aku dah tak larat dengan sikap kau yang tidak menetapi masa. Sudah banyak kali aku bersabar tapi kali ini, aku perlu buat perubahan drastik, aku perlu curang. Tidak ada kau aku ada dia.

Dulu komuter sekarang star :)

June 1, 2009

Kami boikot Treasure Hunt

Permainan bermula dengan membahagikan peserta kepada 3 kumpulan. Pasangan aku adalah insan paling istimewa identiti disorder dan yang penting kami enjoy. Warna kumpulan kami adalah hijau, dan pesaing kurang sihat kami adalah merah dan oren.

Pencarian harta sudah bermula, berlari-lari anak kami mencari clue kedua, tapi tak jumpa, upset rugi masa nak menang tempat pertama, rupanya clue tu dekat je dengan tempat pengerusi a.k.a pencipta soalan treasure hunt ini. Bermacam-macam persoalan bermain di minda kami, mampukah si pencipta untuk meletakkan clue di tempat yang tinggi, haruskah kita mencari clue di celah-celah rimbunan daun yang sama warnanya dengan kertas dan segala macam soalan.

Clue kedua sudah dapat, tapi ayat semacam kami tidak faham itu ayat macam mana mahu lukis itu logo. Hahahaha sudah pening ke membaca ayat aku. Oleh kerana kami tidak faham maka terlukis sudah logo yang melambangkan rasa cinta sesama insan.. hahahahahah tidak la kan!!

Inilah rupa logonya, hahahaha dialog antara kami "nyah, nak lukis logo apa ni, tak cakap pun.. ok, ok ko lukis bentuk love, pastu ko wat anak panah, then letak rama-rama tu. Salah uolll, bukan lukis logo secara bebas, rupanya ayat untuk check point 2 tidak lengkap. Sepatutnya "sila lukiskan bentuk rama-rama dari kertas pertama".

Clue ketiga juga agak mengkonfiuskan, akhirnya kami berjaya menemukan clue seterusnya dengan bantuan si pencipta. Uoll bayangkan si kenanga nak cari sampai kat umah pakcik yang bagi pondok free tu, dialog "nyah, nyah kat situ ada kon, kat depan umah pakcik tu, kat situ kot" hurrmm!!

Setelah kesemua clue kami kumpul, kami tetap kalah kerana logo. Kami juga ada mensabotaj kumpulan merah dan oren. So anak-anak, kesimpulan jangan la berhati busuk dan berniat jahat di dalam permainan, kelak diri sendiri yang rugi (seperti biasa hadiah di sponsor oleh puan sunflower dari sisa kenduri kahwin

Kemalangan

1 Jun 2009 - Musim cuti sekolah, berlakunya tragedi menyayat hati kepada sebuah bungkusan nasi kerabu yang penyek dan hampir terburai lauk pauknya akibat dihimpit ratusan manusia di dalam train.

Berita dari Bernamadew

Nuffnang Ads