nuffnang ads

June 5, 2009

Sayang

Selama aku naik komuter, semalam adalah hari yang paling melemaskan. Sesak dengan manusia dan bau-bauan, maki hamun setiap kali train mengambil penumpang, adegan tolak menolak, sentuhan sengaja atau tidak sengaja, menjerit setiap kali tak boleh keluar, siap ada backup dan segala macam adegan di dalam train setiap kali pulang dari kerja.

Tiba-tiba...

"ya, ya aku dalam train nak balik, penuh macam sardin, sebab tu aku tak suka MALAYSIA"

WHATTTT???

ya anak-anak, kalau nak gurau sekali pun jangan la bergurau taik. Tak bagus untuk pendengaran orang sekeliling. Apa perasaan anda? suka, tak suka, jijik, marah atau benci. Mungkin 'orang tak suka MALAYSIA' baru balik dari overseas, mungkin di sana kalau naik train, gerabak seorang satu.

Nak bergurau pun ada caranya, contohnya 'sebab tu aku tak suka naik TRAIN' tak nak naik train naik teksi, naik keta sendiri atau pinjam atau suruh awek datang amik, naik bas dan bagi orang yang sengkek macam aku jalan je kaki dari PWTC ke Serdang.

Atau contoh lain, 'sebab tu aku tak suka balik lepas waktu kerja, so naik la train yang lastttttttt sekali.

Pada pendapat aku, aku tak suka orang bergurau tak menggunakan akal. Aku yang lahir tahun 80an pun sayangkan MALAYSIA, nak bergurau ishhh tak la kan. Walaupun aku tidak berada sebelum kemerdekaan, tapi aku dapat rasa susah payah orang dahulu, makan ubi, kena seksa, bunuh, kehilangan orang tersayang dan segala macam keperitan. Setiap kali menjelang kemerdekaan, aku pasti sebak. huhuhuhu patriotik tak aku.

So gunakan akal sebelum bergurau jangan ikut sedap mulut.

p/s: semalam aku terbabas sampai ke Kajang, maka aku tak pasti samada 'orang tak suka MALAYSIA' wujud dalam mimpi aku atau semasa aku tengah tidur-tidur ayam. Semalam hari yang sangat memenatkan dan mengantukkan.

2 comments:

otak3suku said...

cikjan ke cikki yg mulut longkang iteww nyah?. tiada perasaan patriotisma!Syabas bethe..nanti mak usulkan nama uol kat parlimen..!

Unknown said...

cikjan la nyah, cara dia cakap tu macam salesman. Aku rasa kalau dia kerja doktor tak cakap kot macam tu!! hahaha

Nuffnang Ads