nuffnang ads

March 15, 2009

Bali Hari Pertama - Part 2

Perjalanan dari hotel ke bandar Kuta mengambil masa selama 20 minit. Sempat juga la lalu tempat pengeboman di Bali dulu dan berhenti betul2 tempat van yang diletupkan. Maka bergelap la bandar kuta, mayat2 bergelimpangan, kaki, tangan semua terputus dan tercampak dimerata2. Ada juga yang mati berpelukan, tengah melarikan diri, tengah menari dan macam2 adegan lagi la. Setahun juga la ekonomi Bali lumpuh, takde orang datang, tahun berikutnya orang Asia mula datang dulu kemudian baru dari negara lain. Paling ramai yang datang orang Australia mungkin dekat kot.

Bandar Kuta takde la cantik sangat. Kecil, penuh dengan orang dan macet. Banyak kedai2 jual surviner, baju2 surfing, baju2 branded tapi tak tau la ori atau local. Bar/disco takyah cakap la mmg byk. So kat bandar Kuta nie susah nak cari kedai makanan halal. Tiap2 malam aku dan family hanya melantak maggi bersama telur rebus sahaja. Kesian!! tapi KFC dan McD halal. Maybe or maybe not itu aku tak tau!! Banyak was2nya. Area pantai masuk je pukul 7 malam, mereka tidak dibenarkan lagi bermandi manda sebab bahaya. Air naik. Berbeza dengan pantai Teluk Cempedak masih bermandikan spotlight kalau kat pantai Kuta kelam terus sebiji mentol pun takde.

Gambar 8.1: Pantai Kuta. Ramaikan?

Gambar 8.5: Di pantai dan masih ramai.

Tips, bagi sesapa yang nak pergi ke Bali, terutama ahli2 GGO, kalau malas nak buat passport ya la mungkin setahun sekali je pergi ke overseas, pergi pun Indon tak abis2, maka buatlah grouping passport. Minimum 5 - 20 orang. Harga RM200 sahaja. Maaf aku tak amik la gambar bandar Kuta sebab tak menarik hehehehe!! takdela tak terpikir nak amik. Ok sambung di lain episod, hari kedua pula.

**Kalaulah aku bisa berenang memakai bikini.. ahahaha nak mampus terkeluar semua bonjolan lemak yang menghodohkan itew. Tapikan minah saleh selamba je?? kenapa ya??

No comments:

Nuffnang Ads