Masa zaman kekanak ribena, aku rasa, rasa je la rajin gak menabung. Tapi lepas rumah bapak aku kena pecah dek pencuri lahanat.. lepas tu aku dah malas menabung. Sedih la kan, simpan duit, tak belanja kekonon nak diet.. see kecik2 dah pandai nak diet!
Bila dah tua ni, aku cuba semula berjinak2 dengan menabung.. tapi kali ni duit yang aku tabung hanya bersifat 50 dan 20 sen sahaja. Leceh la simpan 10 sen.. hazab nak kira nanti. Aku suka kira sendiri.. baru ada feel.
Kalau rasa nak syiling lebih, aku beli la tiket ktm dari mesin. Boleh dapat banyakkkkkk duit syiling. Masukkan 10 hinggit balance semua syiling 50 dan 20 sen. Suka bebeno aku. Last year aku dah start menabung menggunakan tabung free dari eneos, tempat aku hantar si puteh.
Menabung pun nak kena amik gambar.. Nak bagitahu pada kanak2 di luar sana betapa pentingnya menabung untuk masa hadapan.
Jumlah tabungan, RM70++.. syiling tu aku pass kat amsyar sebab dia nak buat meniaga. Dapat la aku duit kertas dan juga upah berupa nasi lemak dan teh tarik.
Tadaaaa, tabung baru aku.. tapi dah ada 10 hinggit.. aku takde la kasi semua kat amsyar.. kalau bagi semua alamat nak start balik menabung non ado laa.. kira cam bagi semangat la kat aku supaya menabung.
Duit RM60 tu, dah selamat belanja makan, buku dan sebagainya. So, adik2.. jangan jadi macam kakak ye.. menabung untuk masa depan, simpan dalam bank nanti bila makayah tak cukup duit leh pinjam dulu. Kakak menabung untuk kepuasan..
Sekian
No comments:
Post a Comment