nuffnang ads

May 30, 2011

Dating dengan GGO's

Last friday aku ke kerinchi bersama nyah kenanga. gayah termasyhur di serdang.. ops silap2.. jejaka! Lepas amik si kenanga, amik si nyah nik pula. Skandal si kenanga. Mak konpius sangat hubungan anda berdua.. sesuatu! :P

Then lepak kat old town atas bukit tu.. tak sangka nyah sunflower sampai tepat pada waktunya. At first nak lepak kat kedai ala2 food court.. nyah kantan kata ramai anak2 ikan, lelaki2 gorges kat situ. Nyah kenanga taknak katanya ramai mat rempit je.. tak kowser katanya. Pastu nyesal sebab yang makan kat situ mostly budak2 shell or hp or a.k.a. kerja2 hebat.. Sunflower pun taknak lepak sana.. melepas yang single2 nak memperluaskan jajahan jodoh.

Selepas kes dna khinzir, aku dah tak lalu nak makan minum kat mana2 kopitiam kat kl ni. Aku lebih suka makan kat restoran yang 100% pekerja melayu. Takpe la bang, kopi cair pun cair la.. asal aku tak was2 minum kat tempat korang. Kalau suatu hari nanti mana2 restoran pun aku rasa was2, aku bawa je air kopi dari rumah.

As usual, topik hangat sudah tentulah pasal kerja. Si sunflower sudah tentulah ditahtakan sebagai ratu mic. Dia sorang je kot banyak bercakap. Yang lain dok gelak, dok perhati, dok layan sampai la pukul 2.++ pagi. Ngantuk gila.

On the way balik ke rumah, si kenanga punya la lahabau boleh dia nak citer pasal hantu kat highway sg besi. Gilo apo. Dah la aku hantar dia dulu, pastu aku balik sensorang.. naik lift sensorang. Lahanat tau perasaan aku time tu. Takut gila. Sib baik la lift tu kecik.. dalam erti kata lift tu penuh aku sorang je. So takde la takut sangat. Tiada ruang untuk mana2 hantu nak menyendeng. Ewahhh beraninya aku bercerita gah di sini. Fuhh minta dijauhkan.

Macam cerita karak 'Hadekkk kuatkan semangat, kuatkan iman.. baca ayat kursi jangan hafal sahaja tapi tak faham maksud' Ya, aku tengok cerita karak dan aku rasa macam pernah tengok cerita ni. Aku tak tahu nak kritik tapi apa yang aku boleh simpulkan, movie karak ni biasa2 sahaja. Tapi aku suka maksud tersirat dalam cerita ni. Ulang balik ayat 'Hadek ku..'. Ramai budak2 kecik tengok cerita karak, apa yang mereka simpulkan 'Kelakarkan hantu tadi' ya, memang betul.. sebab karak banyak menonjolkan wajah hantu yang tak berapa nak real tu.

Habis dah cerita tuk last week. Jom tengok gambar klcc dari opis aku.

Klcc warna oren disimbahi cahaya matahari.

Gayat dowhhhhh!!

2 comments:

otak3suku said...

kami masih dalam proses mengenali satu sama lain...*opss..koma!

cyanamoose said...

Tu dier. Kenanga dh brani wat speku. Harus mek interbiu depa dua nnt. Kemboja, sila sediakn mic!

Nuffnang Ads